[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑰𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏

Start from the beginning
                                    

Datuk Kamal memegang kedua-dua bahu anak lelakinya.

"Kenapa Ryan kata begitu?" Soal Datuk Kamal mengawal riaknya dari dibaca Ryan.

Ryan terdiam lama.

Lama-kelamaan dia..

tiba-tiba tersengih sambil menggarukan kepala.

"Erm.. mungkin Ryan salah dengar kot. Tak mungkin Ryan ada dua ayah.. haha." Ketawa dia dibuat-buat dan terus pusing melangkah ingin keluar dari bilik pejabat abahnya.

'Kau patut kenal dia macam mana.' kata-kata Daniels ini masih diingati oleh Datuk Kamal waktu selepas Ryan baru selesai dibedah di kepala 3 tahun lalu.

Wajah datuk Kamal mulai serius.

'Tak mungkin..'

"Ryan!" Langkah kaki laju dan menggapai tangan anaknya.

Ryan menoleh.

"Ryan ingat bukan?"

Dia diam lama.

"Bagitau abah, Ryan ingat bukan? Sejak bila?" Datuk Kamal menggoncang kedua-dua bahu Ryan inginkan kepastian.

Bahu yang digenggam ditepis kasar oleh dia. Kedua matanya berkaca memandang lelaki tua separuh abad ini. Raut wajahnya berubah tegang.

"Siapa papa pada Ryan? Kenapa Ryan panggil dia papa?" Keras nada suaranya, ekspresi yang ingin jawapan dari lelaki separuh abad dihadapannya.

Datuk Kamal terdiam.

"Kenapa abah tak jawab? Jawab lah!" Suara Ryan mulai berubah begitu keras berbanding sebelum ini.

"Siapa abah!" Jerkahnya tidak puas hati abahnya diam begitu lama.

Datuk Kamal terkejut dengan perubahan sikap diri Ryan. Ini sebab mengapa Datuk Kamal tidak mahu Ryan ingat. Dia akan ingat siapa dirinya sebenar.

Hanya dia, isterinya, Marc dan Daniels sahaja tahu kisah silam Ryan sebelum dan selepas dibedah kepalanya 3 tahun lepas.

Datuk Kamal cuba beriaksi tenang,

"Ryan.. duduk dulu. Meh sini. Abah cerita ye."

Perlahan dia menarik tangan Ryan untuk duduk di sofa pejabatnya.

Ryan menuruti berjalan ke sofa. Datuk Kamal duduk di sofa berhadapan Ryan.

"Maaf Ryan marah tadi. Ryan cuma keliru. Apa abah sembunyikan dari Ryan?" Soalnya bercampur baur dengan perasaan bersalah.

"Tidak apa, maaf abah bukan tidak mahu beritahu. Tetapi Ryan, abah mahu tahu sejak bila Ryan ingat?"

Ryan melepaskan keluhan.

"Ryan.. tipu abah pasal makan ubat. Ryan tak makan pun. Itu sebab ke Ryan kena makan? Abah tak nak Ryan ingat memori dulu?" Timbul kerutan di dahinya dengan wajah yang sudah serius. Dia sangsi dengan ubat diberi abahnya. Atau sebenarnya abah bukan bapa sebenarnya?

"Bukan begitu Ryan, tahu kan Ryan ada memori buruk. Abah tak nak anak abah ni ingat perkara itu."

"Kenapa? Kenapa Ryan tak boleh ingat? Teruk sangat ke masa lalu Ryan?" Nadanya sudah menaik di hadapan Datuk Kamal. Sungguh ada perkara yang mencurigakan tentang abahnya sendiri.

Datuk Kamal terus bangun dan melangkah ke arah anaknya. Dia duduk bersebelahan Ryan.

Perlahan tangan tuanya naik memegang sebelah bahu anaknya yang sudah dianggap anak kandung sendiri. Dia mengusap lembut supaya menenangkan diri Ryan yang sudah mula mempunyai emosi marah terhadapnya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now