Marriage Contract

Start from the beginning
                                    

"kau ingat ni kereta proton wira ke? Kau ingat bayar murah ke nak elokkan ha? Aku pakai kereta Mercedes tau!" iman terkedu, terbeliak matanya memandang ke arah kereta lelaki itu

Kereta berwarna hitam berkilat yang mempunyai logo Benz di depan

*ya tuhan kereta Mercedes Benz!*

Macam mana dia boleh tak perasan yang lelaki ni pakai kereta mahal?

*alamak, macam mana ni!*

Dia bukan sengaja terlanggar kereta lelaki ni sebab dia nak mengelak daripada terlanggar anjing tadi

Ni semua salah anjing tu!

" sekarang aku nak kau bayar ganti rugi dekat aku sekarang! "

Iman mengetap bibir. Apa dia nak
jawab ni

"a-awak, saya tak sengaja. Tadi ada anjing nak lintas jadi saya pusing la stereng lepastu terlanggar awak. Maafkan saya" dia meminta maaf tapi dia lihat muka lelaki itu sikit pun tidak berubah. Lagi bertambah bengis adalah

"ahh takde, alasan je semua tu!"

"tapi awak betul memang saya tak sengaja-"

"sengaja je tak sengaja ke aku tak kira. Kau bayar sekarang"

"berapa kos untuk betulkan itu"

"10,000"

Terkejut beruk iman mendengarnya

"HA BERAPA!"

"kau pekak ke? Aku cakap 10 ribu"

" Eee, mahalnya! Kemik sikit je pun! "iman merungut. Dia mencekak pinggang lalu dia memerhatikan sekali lagi keadaan kereta lelaki itu

*tak teruk pun tapi 10ribu. Gila*

" kemik je pun? Kereta aku mahal! "lelaki itu menyampuk lalu  memarahi dia lagi" baik kau bayar sekarang sebelum aku bawak kau pergi balai sebab langgar kereta aku. Sattle dekat balai je senang "

Iman tergamam, macam tu sekali lelaki tu nak dia membayar kerosakan itu! Kejamnya! Tak kan tak ada sikit rasa simpati kepada perempuan lemah  macam dia ni?

"jangan la bawa saya pergi balai. Saya tak nak! "

"ah aku tak kira! Ikot aku sekarang atau pun bayar aku sekarang jugak!"

"ta-tapi awak saya tak ada banyak duit ...."

Iman pandang ke bawah. Ingin menitis air matanya. Dia bukan lahir daripada keluarga kaya dan dia pun tak ada duit sebab sekarang ni tengah bulan. Dia belum mendapat gaji dan gajinya pun tidak banyak untuk membayar kos baik pulih kereta mahal itu

Gajinya hanya 2 ribu tapi lelaki ni nak 10 ribu. Macam mana dia nak bayar?

Tak kan dia nak minta tolong abah dan ummi bayarkan pulak ? Dia tak nak menyusahkan orang tuanya

Dia perlu mencari jalan lain. Dia tak nak masuk penjara!!!

Fikir iman fikir

15 saat dia berfikir di situ dan akhirnya mentol di kepalanya menyala

Dia berfikir mahu membayar lelaki  itu secara ansuran. Dia tak boleh bayar penuh tapi dia janji akan langsaikan semuanya

"awak...Saya minta maaf sebab tak boleh bayar terus kos kecacatan kereta awak tu"

"APA KAU TAK BOLEH BAYAR? SO KAU NAK PERGI BALAI LA NI" lelaki itu menengking dia di situ. Dia menggeleng ketakutan

"tak, bukan macam tu.. Saya tak boleh bayar semua sekali gus  sebab saya nak bayar ansur-ansur. Saya janji saya bayar awak sampai habis" iman menunduk muka lalu dia bermain dengan jari sendiri. Rasa bersalah mula berada di hatinya. Dah la dia langgar lelaki itu tadi, sekarang dia minta lelaki itu menerima permintaan dia pulak

etherealWhere stories live. Discover now