1-Perempuan Gila!

250 9 0
                                    

"The Sweetest Bitch With Her Kanda "

CINTA yang datang bukan lah permainan guli,
Ia terjadi saat kita mencium bumi,
Hati terbentuk dengan cincin dijari,
Mekar indah di hadirnya kasturi.

Sayang...sayang bukan tajuk cerita,
kita bina ia di dalam sebuah istana
Lafaz terlahir dari bibir si dia
Tanpa nama mahupun jiwa

"Adakalanya aku rasa untuk melancong ke Luar Negara sukar dengan kehidupan harian aku agak tidak stabil " Mereka semua itu faham akan masalah yang dialami oleh kawan baik mereka itu ,dari zaman sekolah sehingga sekarang mereka tetap bersama tambahan pulak semasing sudah pun ada kerja yang tetap. Zairul Adam bukan lah dari keluarga yang senang lenang ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

"Jangan risau apa yang kita hajat akan tercapai pada waktu yang tepat betul tak Qabriel" Nama yang bukan sahaja mampu membuatkan perempuan pengsan namun jatuh cinta apabila kedipan mata itu tidak beralih ke tempat lain .

Kanda Qabriel lebih disenangi dengan panggilan Qabriel seorang lelaki yang memiliki paras rupa yang tampan ,segak ukuran tubuh badan yang tidak keding. "Betul tu ... Sekarang dah lambat jom ke kelas aku risau kalau Lecture Gritti datang mengejut"

Mereka pelajar yang cemerlang, memiliki personaliti yang berbeza-beza diploma jugak bidang yang sama . Mereka berjalan ke arah kelas mereka namun entah mengapa dia merasa akan lengan nya berat ia menoleh ke sebelah membulat melihat seorang perempuan yang datang memeluk erat lengan sasanya itu dengan senyuman manis bak buluh perindu "Leona kau dah kenapa,lepas kan tangan aku" arah akan Kanda Qabriel.

"Apa you ni tolak-tolak tangan I sakit tahu"adunya dengan manja meraih akan simpati namun Kanda Qabriel tidak akan tewas dengan kata-kata dari seorang perempuan seperti Leona Lewis.

Zairul Adam dan Arif Syafiq memandang antara sama lain bala baru sahaja datang menerjah "Leona ,behave aku ni bukan boyfriend kau untuk jadi suami engkau pun lambat lagi . Lepas! Sebelum aku guna kekerasan "Leona Melis mencebik terus melepaskan sebelum kepala ia ditunjal-tunjal macam lesung batu.

"One day you will be my husband Kanda so I need to wait and... my finger still empty without your diamond ring " berangan untuk dapat menjadi isteri kepada Kanda Qabriel ,adakah itu mimpi atau angan-angan Leona Melis.

Kanda Qabriel memandang wajah Leona Melis silih berganti "Jangan terlalu mendongak ke langit untuk gapai bulan ataupun bintang yang kau sendiri tahu kau tak akan dapat!" Arif Syafiq tersenyum mendengarnya

"Tak salah kan kalau I mencuba lagipun I seorang yang obsessed dengan you Kanda!"

"Jangan panggil aku Kanda lagi berapa kali aku cakap stop calling my first name . " Kanda-kamsa rimas tahu tiada nama yang sedap sikit ke nak dipanggil ingat ini kerabat diraja ke nak guna bahasa istana. "Qabriel nama tu ramai orang panggil nama yang satu ini unik dan itu khas untuk I sahaja!"

Berikan lah kesabaran yang tebal untuk tahan akan perangai Leona Melis yang suka mencari penyakit dengan nya "Qabriel cepat lah karang si air green tea datang menyembah bumi pulak" Arah akan Zairul Adam untuk menyelamatkan Kanda Qabriel dari perempuan itu.

"Kanda , ambil lah adinda sebagai isteri Kanda" Jerit akan Leona Melis dengan kuat membuatkan ramai orang memandang tajam ke arah Kanda Qabriel.

"Dasar perempuan gila!" Kutuknya

MRS KANDA QABRIEL

MRS KANDA QABRIEL ✓| 30Onde histórias criam vida. Descubra agora