DEAR MR | 02

129 23 7
                                    

"HUH" aku melepaskan keluhan berat di sebelah teman lelaki aku bersama langkah aku yang dibuat-buat seperti orang malas. Lelaki itu hanya memandang aku bersama senyuman nipis.

Aku menjeling wajahnya atas bawah tanpa senyuman. Ew, muka kacak tak kalut...ini muka macam cock terung.

Kutuk aku.

"Ughhhh, penat lah berjalan" aku mengeluh lagi dengan rungutan.

Dapat aku dengar jungkook mendengus di sebelah aku. Tidak semena-mena pinggang aku di tarik agar merapat dengannya. Aku memuncung sahaja apabila tubuh aku di tarik.

"Wae?" Soalnya sambil hidung mancung aku di cuitnya. Aku protes bersama kedua bibir aku yang di kemam rapat.

"Penat lah jalan, yang kau tu tak reti nak bawa motor kenapa...kan dah susah-susah kena berjalan" kata aku.

Jungkook meletuskan tawa kecil. Sisi bahu aku di usap lembut olehnya bagi menenangkan aku yang sudah panas membahang akibat geram.

Shibal je, tak pasal-pasal kena melangkah jauh dari sekolah pergi ke tempat kerja aku dengan matahari terik macam ni. Habis peluh.

"Alah... Jalan kaki best apa, senaman sikit. Kau tu jarang bersenam sebab tu kerap sakit". Jungkook bebel. Erhhh, benci dengar. Cepat-cepat aku pekakkan telinga dengan menutup kedua belah telinga aku dengan tapak tangan.

"Heiii" tangan aku itu, jungkook cuba alih. Tapi aku masih mengeras. Mengeleng dia tanda kesal.

Nak tahu tak, jungkook ni... Hati dia lembut, suka ambil berat walaupun kadang-kadang perangai dia nauzubillah, mulut pun boleh tahan puaka jugak lah. Jauh beza dengan perangai aku yang kasar ni. Tapi aku tetap sayang dia sebab dia ni gentleman nak mampus. Haihh buat malu je aku yang tua dari dia tapi perangai tak matang langsung.

Tapi- ada aku kisah?

"Jom, kita pergi makan ice cream" ajak jungkook.

"Kau belanja eah?" Tersengih-sengih bibir aku memandang jungkook. Sebelah pinggang nya aku peluk erat.

Jungkook mengangguk dengan senyuman sehingga menampakkan bunny teeth miliknya...

Ish, ishh ni yang aku kalah ni dengan senyuman dia. Cair aku ya tuhan.

"Untuk perempuan yang tak sedar diri macam kau, semua boleh..hehehe" kata jungkook sindir. Perlahan-lahan senyuman aku mati. Terus dada jungkook aku tampar. Kemudian aku senyum semula.

"Jahat !!"

* * *

"Lambat sampai?" Aku menyoal setibanya jungkook bersama motor superbike miliknya. Sementara aku pula sudah lama menunggunya di luar cafe sambil bermain telefon.

"Terlajak masa...sorry" Kata jungkook meleret sambil memakai kan helmet pada kepala aku. Aku hanya tersenyum.

"Ingat ke memang dah tak nak jemput, ye lah kan...dah pukul 9:30" sakat aku dengan tawa separa besar, sambil helmet yang dipakaikan jungkook pada aku itu, aku pembetulkan sedikit bagi selesa.

Jungkook berdecit sinis. Penutup helmet yang menghalang penglihatannya terus ditolak keatas. Dapat aku lihat matanya yang sedang menyepet, mungkin tengah kerutkan dahi, ataupun tengah mengutuk aku? Entah lah..nampak mata je.

"Aku tak kan pernah lupa, cuma terlajak masa je sebab aku tertidur"

"Alololo... tertidur pula dia" rahang jungkook aku pegang lembut sambil menggerakkan sedikit kekiri kekanan. Dapat aku dengar jungkook ketawa.

"Yeoreom" nama aku di seru.

Terbantut niat aku untuk naik keatas motor apabila jungkook tiba-tiba saja panggil.

[H] Dear Mr Where stories live. Discover now