Bab 1

43 6 0
                                    

Humairah termenung seorang diri di meja kerjanya. Tersenyum-senyum dia berimaginasi tentang jejaka idaman nya yang tidak wujud, tak dapat dia bayangkan jika satu hari nanti jejaka novel nya itu wujud. Pasti dia tak akan lepaskan peluang untuk memikat hati si jejaka.

"Kau dah kenapa Umai? tersengih-sengih macam kerang busuk." Tegur Adelia.

Terganggu lamunan Humairah.

"Kau ni Jo spoil lah!"

Adelia geleng kepala melihat sahabatnya itu, Berangan mengalahkan orang bercinta dari dulu sampai lah sekarang tak berubah.

Sejak di bangku sekolah lagi ramai aje yang berminat dengan dia tapi semua dia tolak mentah-mentah. Katanya nak focus belajar, sekarang dah kerja nak stabil kan ekonomi pula.

Telefon bimbit milik Humairah berbunyi, notifikasi tertulis ayong. Tersenyum Humairah apabila melihat
nama pengirim.

"Eleh cinta hati mesej lah tu kan," saja Adelia mengusik Humairah. Bukan dia tak tahu sapa pengirimnya.

"Haah cinta hati mesej." Tergelak Humairah melihat reaksi Adelia. Tu lah usik aku lagi, sehari tak mengusik tak sah kan.

<Ayong> : Assalamualaikum, Umai. Jadi ke balik ahad ni?

<Humairah> : Waalaikumsalam, mesti lah balik. Ayong kesayangan Umai kan nak nikah.

Ayong.... Nama yang tertulis di sijil kelahiran dan juga kat pengenalan ialah Haznik Mukhriz bin Malique. Seorang tentera darat berpangkat kapten yang bekerja di salah sebuah kem di kedah. Dia merupakan satu-satunya abang yang aku ada.

<Ayong> : Alhamdulillah. Ayong ada kerja sikit, Apa-apa terus mesej atau call ya.

<Humairah> : Baik boss!

Ayong ni sentiasas protective,
garang mengalah kan mama tegasnya
melebihi papa. Tapi sekali dia lembut
fuh memang apa aku minta confirm
dapat.... Layan drama korea pun boleh banjir lah masa tu. Senang kata walaupun garang dan tegas masih ada taman bunga di hati.

Aku juga mempunyai seorang adik lelaki yang sedang menyambung pembelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Hafiy Mateen atau lebih mesra aku panggil acu.

"Umai, Kau tengok ni!"

Astagfirullah terkejut lah aku, haih
dia ni tepat lah nama panggilan kau
dino suka menjerit macam dinosaur,
tak sia-sia aku bagi nama tu dekat kau.

"Kau ni dah kenapa Jo, kena sampuk ke?" soalan Humairah tak dihiraukan,  dia memberikan telefon bimbit nya kepada Humairah.

𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸 𝗘𝗮𝗴𝗹𝗲 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸, 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗮𝗽𝘁𝗲𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸 𝗘𝗮𝗴𝗹𝗲.

𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮.

Patut lah minah ni excited semacam...

"Habis tu, kau nak pergi lah ni?"

Adelia senyum sampai ke telinga. Ni mesti nak aku teman lah ni kan...

"Bila?"

Aku buat muka menyampah, Apalah yang si Adelia minat sangat dengan kapten pasukan Black Eagle tu dah lah misteri nama tak tahu muka lagi lah tak tahu, entah-entah suami orang ada anak lapan.

"Yeay! Lagi dua minggu."

Nasib lagi dua minggu, kalau minggu ni
memang tak lah aku ikut. Oh patut lah beria-ria suruh aku minta cuti, dah plan cuma tak confirm bertuah punya kawan. Nasib lah sayang.

"Apa yang kau minat dengan
kapten misteri ni?" soal ku penasaran.

Teruja Adelia mendengar soalan Humairah.

"Minat gitu-gitu aje, saja nak tengok
diorang fly." Teruja Adelia.

Minat gitu-gitu je, tapi bila keluar
artikel pasal dia bukan main menggelupur dah macam tunggu mesej dari suami. Kapten misteri ni memang misteri, latar belakang dan semua pasal dia tak ada siapa tahu.

Walaupun banyak artikel, anugerah dan
aksi yang dia buat tak ada siapa pernah
lihat wajah dia hanya gelaran kapten
misteri yang menjadi sebutan.

"Grunt." Sapa Ace.

Jejaka yang dipanggil Grunt itu tersenyum tipis. Sedangkan Ace, dia memasang wajah kosong tidak tersenyum tidak juga dinggin. Ace menggenggam bahu Grunt.

"Ayla was outside." Ringkasnya.

Grunt masih diam tidak bersuara, dia melepaskan keluhan kecil. Nampaknya sweetie pie papa ponteng sekolah ya.

"But there's something problem with it."

Grunt mengangkat sebelah keningnya.
dia seakan bertanya masalah apa?

"She cried endlessly."

"Panggil dia masuk."

Grunt tersenyum manis, mata Ayla
kelihatan sembab, mesti sweetie pie papa rindu papa kan...

"Come." Terus Ayla memeluk Grunt. Grunt mengusap lembut rambut anak perempuan nya itu.

"Papa, do you miss Ayla?"

"Of course I miss you, papa misses you so much sweetie pie." Tubuh kecil Ayla di peluk erat.

Ayla memang sangat rapat dengan dia. Hilang sekejap tanpa khabar berita pasti si kecil ni akan merengek-rengek. Ace hanya diam menjadi pemerhati berdiri tegak bagaikan bodyguard.

"Why don't you go to school, sweetie pie? Ni mesti daddy Ace ajar." Renungan tajam di beri kepada Ace.

"And I'm the one to blame? kau ni kejam lah Grunt..."

Grunt menjeling... Menyampah aku.
nasib lah aku baru habis kerja dan penat, merajuk konon pijak leher kau sia-sia je.

"Kita gerak ahad ni kan?"

"Tukar plan, kita gerak sehari awal."

Ternganga mulut Ace, kata nak gerak hari ahad. Ni apa kes gerak sehari awal ni?

Bunga Terakhir Où les histoires vivent. Découvrez maintenant