Prolog

88 10 0
                                    

Pintu bilik hotel bernombor 103 itu dipandang penuh kesal. Matanya merah menahan tangis. Penumbuk digenggam kemas. Setelah banyak peluang yang diberi, ini yang dia dapat sebagai balasan.

Telapak tangan diraup ke muka. Disembunyikan tangis yang mahu pecah, menyembunyikan perasaan kecewa dan rasa dikhianati, dia mengetuk pintu bilik itu. Sebaik pintu dibuka satu jasad yang begitu dia kenal menapak kearah nya.

"Sayang..." Lidahnya kelu tekak terasa kering, dia kehilangan kata-kata melihat jasad yang tidak diundang itu. Kedatangan yang sungguh mengejut.

Sayang? Jijik sungguh panggilan itu lalu di gendang telinganya. Panggilan yang sebelum ini menjadi penguat dan penyeri hidupnya, kesetiaan yang diberi namun pengkhianatan yang dibalas.

Wanita yang selama ini dia tatang bagaikan minyak yang penuh, menjadi pemilik hatinya. Orang yang dia sangka segalanya untuk dia, namun sangkaan dia salah.

"Dah puas dah? Maaf lah kedatangan saya ni mungkin dah mengganggu mood honeymoon korang." Sinis dia bersuara. Wanita itu masih diam membisu.

"Grunt..."

Pandangan matanya teralih kearah kanak-kanak perempuan yang berusia satu tahun. Tuhan... Hatinya terasa bagaikan dikoyak, papa minta maaf sweetie pie.

"Saya ingat dengan kehadiran Ayla awak akan berubah, Zandra. Tiga tahun Zandra... tiga tahun saya bertahan. Banyak peluang saya beri, tapi tak pernah satu pun awak hargai!" Suaranya sedikit meninggi.

"Ace, kau bawak Ayla tunggu dalam kereta." Arahnya ringkas. Jejaka yang digelar Ace itu angguk tanda faham, sempat dia menggenggam bahu Grunt.

"Sayang... I boleh jelas kan okay?" Kata-kata Zandra mengundang tawanya.

Jelaskan? Tiada apa yang perlu dijelaskan. Dia ada semua bukti termasuklah situasi yang berlaku sekarang, dia sudah penat untuk memberi peluang. Terlalu banyak peluang yang sudah diberi.

"You were my first love, Zandra. Kalau awak tak kesian kan saya sekurang-kurangnya kesian kan lah Ayla. Dia masih kecil tapi dia kena mengemis untuk dapatkan perhatian mak dia!"

Kini dia tidak lagi mampu untuk menahan tangisan, Zandra hanya memandang jasad yang sedang menitiskan air mata. Murahnya air mata lelaki yang bergelar suaminya itu saat ini.

"Saya lepaskan awak Zandra Melissa, don't you ever show up in front of me again." Kakinya melangkah keluar daripada bilik hotel tersebut meninggalkan Zandra dan lelaki itu.

Zandra menghantar pemergian jejaka itu melalui pandangan mata, dia terus memandang sehingga bayangan jejaka itu hilang dari pandangan mata dia.

Hatinya terasa sakit bagaikan ditikam sebilah pedang tajam, air matanya mengalir bagaikan hujan yang begitu lebat. Saya gagal jadi suami yang terbaik untuk awak, Zandra.

Lututnya jatuh ke bumi. Dia memegang dada yang terasa sempit.

Dengan lafaz bismillah saya membuka tirai Bunga terakhir. This story is 100% from me. There is no element of imitation and if there is any in common, it is just a coincidence.

Don't expect too high from me, I'm still learning and struggling to improve memandangkan ini karya pertama saya. Dan maaf jika cerita ini mengambil masa yang lama untuk bab yang seterusnya atas faktor-faktor tertentu. Sekali lagi suka untuk saya ingatkan cerita ini sepenuhnya imaginasi tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau sudah tiada. Selamat membaca dan jangan lupa untuk vote.

Bunga Terakhir Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu