Dia manusia biasa yang terasa penat dengan ujian yang terlalu hebat bertubi-tubi terima. Dan dia mempersoalkan. Khilaf manusia selalu akan ada. Sama ada menyedari dan langsung menyesali.

Ataupun, akan terus menyalahkan takdir dan ke tentuan yang maha kaya tersebut.

Dan dia. Dia sedar. Ujian seperti ini dia terima ia mahu melihat dia sama ada kuat untuk menghadapi atau pun tidak.

Insyallah...dia akan mampu. Dia bermohon kepada maha esa untuk kuatkan hatinya.

***************

Tok...tok...tok...pintu di ketuk walaupun perlahan. Tapi tetap boleh membangunkan Ayriana yang tidur kembali setelah solat subuh pagi tadi.

Tubuh di angkat. Pertama yang dia cari adalah jam dinding. Keadaan bilik gelap menyukarkan untuk dia melihat jarum jam tersebut.

Namun dalam samar-samar dia tetap dapat melihat jarum jam yang berdetik tersebut.

Jarum jam menunjukkan pukul 7:15 minit pagi.

Berselang dengan itu, dia masih mendengar ketukkan perlahan daripada arah pintu utama bilik tersebut.

"Siapa pula ketuk pintu pagi-pagi ni. Aku mana kerja hari ini." gumang Ayriana.

Mengomel-gomel diapun tetap bangun dan berjalan untuk membuka pintu kepada si penganggu paginya itu.

Perlahan-lahan berjalan sehingga sampai. Tombol pintu di pulas. Dan pertama yang dia lihat adalah Tengku Erman terpacak di hadapannya.

"Kenapa ketuk pintu saya pagi-pagi ni?" soal Ayriana yang jelas masih terpisat-pisat baru bangun daripada tidur.

Dan apabila melihat kepada Tengku Erman dengan lebih jelas. Dia boleh melihat yang wajah tersebut sedikit kelihatan resah.

Tiba-tiba sahaja membuatkan hati Ayriana juga jadi tidak sedap. 'Hai....apa hal ni?'

"Ay mandi. Bersiap sekarang. Kita kena pergi hospital." nyata Tengku Erman.

Daripada rasa lesu akibat mengantuk langsung jadi segar apabila mendengar perkataan hospital.

"Hospital? Kenapa?" tiba-tiba dia teringatkan ibunya.

Sesegera dia menerpa kepada Tengku Erman. "Apa...apa terjadi dekat ibu ke?!" ujarnya. Ya allah. Kalau benar sesungguhnya dia tidak sanggup.

Perlahan Tengku Erman mengelengkan kepala. Mendekati dan kedua tangannya menyentuh kedua lenggan bahu isterinya itu.

Di genggam sedikit. "Bukan ibu...tapi..ayah. Ayah pengsan dekat rumah setengah jam tadi masa subuh.sekarang dah bawa ke hospital." beritahunya lagi.

Duk! Jantung Ayriana serta merta terasa berhenti daripada berdetak. Bagaikan jatuh tercabut daripada tangkainya.

"Ay jom. Siap okey. Kita pergi sama-sama. Cepat."gumang Tengku Erman penuh lembut.

Di tarik tangan Ayriana keluar daripada bilik kerja gadis tersebut dan masuk ke bilik mereka untuk bersiap-siap.

Sesampai di dalam bilik mereka. Tengku Erman menguruskan segala kelengkapan Ayriana.

Kerana melihat Ayriana yang seakan kaku tidak bertindak langsung sesaat dia mengatakan berita itu tadi.

"Ay mandi ye. Bersihkan diri. Ambil masa Ay. Tapi kita kena cepat..okey." ucap Tengku Erman. Belakang kepada Ayriana di usap lembut olehnya.

Seakan nyawa berpisah dengan badan Ayriana kekal diam membatu. Seketika pintu bilik mandi di tutup dan Ayriana di tinggal sendirian di dalam bilik air tersebut.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now