01

61 2 0
                                    

          " Ergh...ngantuk nya huaaaaa" keluh seorang gadis sambil menggosok matanya. Semalaman dia menghabiskan masanya menyiapkan manuskrip akhirnya kecundang juga.

TOK!TOK!TOK!

         " Nadhirah...aduh kenapa kamu tido dekat kerusi katil besar tu tak nak tido atas katil dah kenapa?" Ujar wanita berumur 50an. Walaupun umurnya sudah menginjak 50 an wanita itu masih cantik walapun dimamah usia.

         " Sorry ma, nadhirah tertido semalaman nadhirah cuba habiskan manuskrip ni tak tahu lah pulak boleh tertido hehe " ujar Nadhirah sambil bermain hujung rambutnya . Sudah menjadi kebiasaan Nadhirah bermain dengan rambutnya kalau dia berasa bersalah ataupun canggung.

       " Dah now pergi mandi bersihkan diri lepastu turun makan. Mama ada buat nasi lemak favourite kamu. Lambat biar abang long yang habiskan" ujar Mama lalu beredar dan menutup pintu bilik anak daranya. Sebaik sahaja Nadhirah perkataan " Nasi lemak " matanya terus segar dan pantas berlari masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

    " Nasi lemak!! Emmm tak sabarnya!! " jerit Nadhirah dari dalam bilik air.

°
°
°


  Puan Khairunisa menggelengkan kepalanya apabila mendengar suara jeritan daripada anak perempuannya. Tetapi telatah Nadhirah membuatkan kediaman mereka semakin meriah lagi lagi apabila nadhirah selalu mengganggi kedua dua abang nya.

     "Ma, tengok adik tu pagi pagi buta dah bising macam mak kiah dekat simpang jalan 3 tu" ujar Firash mikael sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

      "Ala long biarlah adik terjerit jerit macam kak ponti janji dia bahagia. Kalau dia senyap pulak engkau gelabah pulak kan?" Ujar Farhan Ikhsan sambil menepuk kuat belakang abangnya.

     "Uhuk!uhuk! Woi! Sakit gila kau nak aku mati tercekik ke?!" Ujar Firash dengan keras apabila bahunya ditepuk oleh Farhan. Gila tak sakit? Tangan peninju kot kalau gini tiap tiap hari boleh jatuh bergolek jantung dia.

      Puan Khairunisa ketawa kecil melihat gelagat kedua dua anak lelakinya. Ketiga tiga anak Puan Khairunisa dan Encik Amir mempunyai kelebihan dan kebolehan masing masing.

Firash Mikael = TUDM
Farhan Ikhsan = Peninju
Nadhirah Syuhada = Penulis

       Walaupun kebanyakan jiran tetangga sering memperlekehkan kerjaya ketiga ketiga anaknya tetapi dia bangga kerana dia dan suaminya telah berjaya membentuk anak anak mereka sebagai orang yang berguna untuk masa hadapan .

   "YOW YOW ASSALAMUALAIKUM DUNIA! NADHIRAH SYUHADA IS HERE IM- ADUH!" jerit Nadhirah lalu terjerit kecil selepas kepalanya diketuk oleh Firash menggunakan senduk kayu.

    "Haaaa pagi pagi dah bising anak dara sapa entah terjerit macam kak ponti" ujar Firash kegeraman lalu menghabiskan air teh buatan mamanya.

    Nadhirah mencebik bibirnya sambil menghentakkan kakinya dan berlari menuju ke arah Encik Amir.

    "Paaa hiks tengok along. Dia ketuk kepala adik guna senduk kayu" adu Nadhirah sambil menggosok kepalanya. Encik Amir hanya memandang Firash lalu memberi thumb up kepada Firash.

    "Good job Firash nanti papa bagi duit belanja" ujar Encik Amir lalu ber high five bersama anaknya. Terlompong mulut Nadhirah melihat kelakuan anak beranak itu.

     "Papa!" Ujar Nadhirah dengan kegeraman
      "What is it sunshine?" Soal Encik Amir.
      " Marahlah along eiiii" adu Nadhirah lagi.
       "Lah tadi suruh papa tengok je kan?. Papa tengok je lah" balas Encik Amir berserta senyuman paling manis.

Sekali lagi Nadhirah menunjukkan riak terkejutnya.

THIS IS BETRAYAL! I CAN'T !

     "Eh dah dah lahtu. Awak tu dah lah usik dhirah tu lagi. Nanti dia merajuk awak yang susah nak pujuk. Along pun sama yang pi ketuk kepala dhirah guna sudip kayu tu dah kenapa? Nak mama ketuk kepala along jugak ke? Angah pon nak kena jugak ke?" Ujar Puan Khairunisa sambil menggoyangkan goyangkan senduk kayu miliknya.

Cepat cepat Encik Amir dan Firash menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Jangan wo kalau kena ketuk dengan senduk kayu mama memang jatuh saham sebab ada lebam.

    "Eh angah pulak kena. Along yang buat angah jugak kena tempias nya sekali. Kau lah ni long aku jugak yang kena marah dengan mama" kata Farhan sambil menolak bahu Firash dengan kuat.

  
Dia yang buat kita pula yang kena!

"Ye lah sorry lah dinda kanda tak usik dhirah lagi dah" ujar Encik Amir sambil jari nya sibuk mencucuk pinggang isterinya. Kelakuan nya membuatkan Puan Khairunisa tersenyum lalu ketawa sambil cuba menepis tangan Encik Amir dengan lembut.

Firash,Farhan dan Nadhirah berpandang antara satu sama lain lalu menggelengkan kepala mereka selepas  melihat momen momen indah kedua dua ibu bapa mereka. Apa kau ingat tua tua tak boleh bersweet sweet ke? Tu contoh dia.

    "Errr jom tengok wayang malam ni. Aku belanja" ujar Firash sambil memandang Farhan dan Nadhirah

    "Boleh gak long aku dah lama nak pi cinema alang alang kau ajak aku join" balas Farhan.

     "Hemmm adik tak boleh ikut. Adik sleepover dekat rumah kembar dua orang tu. Tambahan pulak adik busy sangat minggu ni. Penerbit dah tanya dah bila manuskrip adik siap, deadline pun dah nak dekat. Diorang mintak hujung bulan ni. Adik dah mintak izin dengan mama dengan papa, diorang kasi." Balas Nadhirah panjang lebar sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya dan memejamkan matanya menikmati keenakkan nasi lemak air tangan mamanya.

  Emmmn sedapnya!

    "Well kalau macam tu along dengan angah je lah pergi. Dah cau along nak dating dengan kak Afiqah. Bye bye" kata Firash lalu membawa pinggan ke dapur. Farhan menunjukkan riak menjengkelkan kepada Firash. Tahulah dah ada buah hati kita ni single lagi.

    "Aik angah jealous ke? Tu lah adik suruh angah confess dengan kak Adriana tak nak jual mahal sangat. Nanti kena kebas padan muka haha" bebel Nadhirah sambil mencuit pipi Farhan.

  Farhan menepis tangan adiknya lalu menyambung kembali suapan terakhir nya. Bila difikarkan balik dia memang nak jadikan Adrina sebagai isterinya tetapi Adriana selalu betul mengelak dari berjumpa dengan nya.

   "Nanti nanti lah. Kau tu dah 21 takkan tak nak kahwin? Takde calon ke? Angah banyak kawan single kau nak?" Soal Farhan.

   Nadhirah hanya mendiamkan diri selepas disoal cepu cemas dari abangnya. Dia bukan tak nak berkahwin tapi dia masih belum bersedia nak berumah tangga. Tambahan pulak dia masih muda bukan kes tak laku atau memilih tapi kalau berkaitan perkahwinan dia nak kahwin dengan lelaki yang dapat pimpin tangan dia hingga ke syurga.

     Tambahan pulak, lelaki idaman dia semua ada dalam buku je...

#pain
#Nadhirahnakkawendenganfictionalcharaterje
#sakittuhdisini

  "Eiii soalan angah ni pelik pelik je dah lah adik nak bersiap pegi rumah kembar tu bye bye mangkuk" ujar nadhirah lalu berlari masuk ke bilik. Pinggannya dia tinggalkan begitu saja sebab dia nak angah hantarkan sekali pinggan dia.

MUAHAHAHAHA PADAN MUKA ANGAH!

   "WOI! PINGGAN NI SAPA NAK HANTAR?!" soal Farhan dengan keras.

    " ANGAH LAH HARI NI KAN TURN ANGAH BASUH PINGGAN TURN ADIK MINGGU DEPAN!!" balas Nadhirah dari dalam bilik.
  

Farhan dengan kegeraman mengemas meja makan lalu berura ura mahu ke dapur tetapi dihalang oleh Puan Khairunisa.

     "Aip angah nak pegi mana? Tolong mama kemas dapur. Takde tournament kan hari ni so tolong mama ye." Ujar Puan Khairunisa dengan senyuman yang manis.

      Farhan hanya redha dan mula membantu Puan Khairunisa mengemas dapur.

  'HUAAA NAK KAHWIN!!' Jerit Farhan di dalam hati.

   

𝐎𝐆|𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑𝐒Where stories live. Discover now