Bab 1

20 0 0
                                    

Rembulan sudah kukuh menegak nun diatas sana. Tergantung bersama tirai gergasinya yang berwarna kegelapan. Di bawah bentala Melayu yang kini masih muda, seorang wanita berlari menyelamatkan diri dan kekasih hatinya - yang baru sahaja menghirup angin semesta di pulau itu. Bukannya lari dari penjajah - hanya sahaja pamit sebentar dari sang suami.

Dadanya turun naik - kepenatan berlari membawa si bayi yang baru sahaja tadi dia lahirkan. Dengan bukaan yang masih lagi segar dan sakit, Hanum melarikan diri bersama anaknya. Sesekali, dia berpaling ke belakang - takut jika ada seseorang yang mengejarnya.

Dengan berkaki ayam, Hanum sanggup berpergian membawa si kecil kepada keluarga baharu yang ingin dia berikan. Dari harus mati terbunuh ditangan mereka - biarkan sahaja dia bernafas di keluarga angkat. Itupun jika niatnya diterima. Dia perlu selamatkan waris satu-satunya yang dia miliki.

" Hanum ! Hanum ! "

Nama wanita itu mula bergema di persada langit angkasa. Tetapi orangnya sedang pergi membawa diri. Jauh dari sang suami. Yang kini sudah tahu jelas rahsia terbesarnya selama ini. Yang juga bersubahat dengan Kejora untuk menghapuskan dia dan anaknya. Dan, itu tak mungkin terjadi. Sama sekali Hanum tidak akan biarkan ia terjadi, meski takdir yang meminta - dia akan cuba menepis hakikatnya.

" Hanum ! Kembali kau bersama anak itu ! Aku tahu anak itu bukan anakku ! Kembali kau kemari, Hanum !" Jerit Burhan dengan sepenuh kudrat jantannya.

Selama 9 bulan, Hanum menipunya tanpa dia sedari. Ingatkan anak yang dikandungkan Hanum adalah dari benihnya. Sungguh dia merasa hina apabila zuriat tersebut bukanlah anaknya selama ini. Untung sahaja, Kejora memberitahu hal yang sebenar kepadanya. Jika tak, manalah sanggup ia taruhkan segalanya untuk anak dari lelaki yang dia bencikan selama hidupnya.

" Kemana lagi hendak kita cari Hanum ? Dia mungkin sudah pergi jauh." Seseorang menegurnya.

" Ya, Burhan. Mana mungkin Hanum berani membawa dirinya bersama bayi itu ke dalam hutan ini. Melainkan dia mahu dibaham harimau." Balas seseorang pula.

Burhan hanya mendengus amarah. Dia menggenggam penumbuk. Sungguh amarahnya naik melampui batasannya. Ternyata, Hanum bukanlah seorang wanita yang senang dia permainkan. Dan selama ini, dia hanya berpura-pura lemah demi anak dalam perutnya. Sungguh tidak guna sekali, kau perempuan.

Hanum - si wanita yang dibicarakan itu, masih berlari dengan separuh kekuatan yang dipunya. Membawa diri - membelah hutan tebal yang akan membawanya ke hujung kampung. Dengar cerita, ada orang dari Tanah Konstantinopol datang melawat. Orang bangsawan di negara itu. Mungkin ini peluangnya. Dia harus pastikan si bayi miliknya - akan ikut pulang bersama keluarga itu.

" Tolong ! Tolong !"

Hanum menjerit usai melihat tompokan cahaya yang bersinar-sinar di hadapan sana. Lantas, dia melajukan lariannya meskipun perutnya sudah merasa perih. Dengan titipan doa-doa ke atas Illahi - Hanum melangkah berani bersama nawaitu yang digenggamnya. Meskipun langkahnya berkali-kali rapuh menyembah lantai bumi - namun digagahnya untuk bangkit demi masa depan si bayi.

" Bunyi apa itu, adakah kau juga mendengarnya ?" Tanya pengawal tersebut kepada rakannya.

" Ya, suara itu seperti dari arah hutan." Jawab si rakan di sampingnya.

Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan sosok yang menakutkan. Lantas, pengawal bertindak laju mengerumuni keluarga itu. Mereka berpaling ke arah wanita yang mengenakan kurung Melayu dengan kain batik pada kepalanya. Ditangannya, dia menjinjing seorang bayi. Wajahnya pucat lesi.

" Tuan, tolong anak saya." Rintih Hanum yang sudah tersungkur di hadapan para pengawal.

Hanum masih membawa bayinya dalam dakapan. Keadaannya yang begitu pedih mata memandang - membuatkan keluarga itu dilindungi segera oleh pengawalnya. Hanum sempat berpaling ke belakang - masih sahaja takut jika Burhan dan pengikut Kejora akan datang kemari.

DEAR NISKALA Where stories live. Discover now