Chapter . 1

10 1 0
                                    

CHAPTER 1

"Hayfa Farhana!! Bangun!... Dah pagi ni! Sekolah lah! ", jerit umi aku yg bernama Hafiza Aulia.

"Sekejap... 5 minit, 5 minit. " jawapan yang aku selalu bagi. Mungkin bukan aku je kot yang bagi jawapan macam tu.

"Tak ada, bangun sekarang! Pukul 6 setengah dah ni Effa!! " marah umi ku.

"Ye lah" tanpa banyak berkata, aku terpaksa bangun dari tidur aku yang nyenyak itu.

Sebelum bertolak ke sekolah, aku bersarapan terlebih dahulu. Kalau tak salah, sekolah baru aku tu, rehat pada pukul 10. Mati kelaparan lah aku kalau macam tu...

Setelah selesai sarapan, aku bertolak ke sekolah dengan kakak aku, Hanis Fahara. Memang Kak Hanis yang akan menghantar dan menjemput aku pulang dari sekolah. Biasalah, dah ada lesen, takkan lah nak suruh umi dan ayah pula.

Setibanya aku di sekolah, badan aku berasa sangat gementar. Siapa je yang tak nervous time first day dekat sekolah baru kan?

Aku pindah sekolah ada sebabnya, tapi... terlalu pahit untuk diceritakan. Aku tak nak kenang kembali cerita lama. Lagipun... malas lah, drama sangat nanti.

"Relax lah, dah 17 tahun pun still nervous", kata Kak Hanis, cuba untuk menenangkan diri aku.

"Alah biasa lah... Hayfa better tau, daripada terkencing kat seluar sebab takut sangat macam akak dulu", ejek aku. Kak Hanis hanya menjeling aku. Aku tertawa dengan reaksi Kak Hanis.

>>>>>>

Aku masih belum jumpa kelas aku. Kenapa lah susah sangat nak cari kelas. Dalam leka mencari kelas, tanpa ku perasan, aku terlanggar satu figura lelaki.

"Auu!!" jeritku perlahan sambil menggosok bahagian kepalaku yang sakit.

"Tak ada mata ke apa?", kata lelaki itu. "Sory" kataku singkat. Malas ingin berkomunikasi dengan orang yang begini.

Ketika lelaki itu sudah pergi, aku menjeling pada laki itu. Aku sambung mencari kelasku yang daritadi tak kelihatan.

"Heh, jeling aku pula" kata laki itu, perlahan, tetapi cukup untuk aku dengar.

Selepas beberapa minit, aku jumpa kelas aku, 5 Sa'ad. Aku masuk ke kelasku. Guru kelas aku, Cikgu Ameera, menyapa aku terlebih dahulu.

"Awak pelajar baru tu kan? Hayfa Farhana?" soal cikgu aku sambil lihat ke list nama murid kelasnya.

"Ya", jawabku, pendek.

"Awak boleh duduk dekat situ dulu ya. Selepas semua murid dah sampai, baru awak perkenalkan diri", terang Cikgu Ameera. Baik juga orangnya ini. Dia buat aku selesa dengan kelas baru ini.

Aku terus ke tempat dudukku. Tiba-tiba, beberapa pelajar perempuan mula menyapa aku.

"Hai, nama aku Syamira Adilia. Panggil je Mira", kata kawan kelasku. Baik juga orang-orang dalam kelas ni.

"Aku Hay-" ayat aku tergantung apabila salah seorang dari mereka bersuara. "Kau Hayfa Farhana kan? Aku Azrina Humaira. Panggil aku Rin je".

"Kelas ni memang tak pernah dapat murid perempuan baru, bila kitaorang dapat tahu ada murid baru perempuan, memang semangat lah kitaorang. Hehe", kata Mira. Aku mengangguk tanda faham dengan pejelasannya.

Selepas Rin memperkenalkan dirinya, dua orang pelajar perempuan mula mendekati aku.

"Aku Amni Durrani. Dia Afrin Hani. Panggil aku Amni, dia Hani",
terang Amni. Cantik-cantik betul nama diaorang semua.

>>>>>>

Tibalah waktu rehat yang semua pelajar menanti-nantikannya. Perut aku dari tadi sudah menari kelaparan. Nak fokus belajar pun susah tau! Nasib baik ada gula-gula untuk isi perut.

The Lie Between UsWhere stories live. Discover now