[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏

Start from the beginning
                                    

Jadi.. wanita itu sudah mati dibunuh Syah?

Sungguh aku tidak sangka.

"Ma-maaf Elina.. se-sebab Syah.. Kytor dah tiada," ucap Leen lagi seraya menangis. Dia masih rasa sedikit menyesal membenci lelaki itu sebelum dia tahu bahawa Syah lah pembunuh sebenar.

Aku pandang Leen. Leen masih tidak tahu hal sebenar bahawa Kytor masih hidup dan dia sekarang sudah menjadi suamiku.

Aku memandang ibu. Ibu hanya meredakan tangisan Leen dahulu.

Tetapi aku rasa hidup Leen lebih perit dari aku. Kenapa Leen sanggup berkorban untuk aku?

Aku sebak.

Aku terus memeluk Leen. Sungguh aku tidak mampu rasa sakit seperti Leen. Aku tidak sangka Leen mampu hadap semua ini. Aku berharap selepas ini hidup Leen tidak lagi seperti ini. Aku mahu Leen bahagia.

Bahagia dan bebas.

"Leen.. kenapa kau sanggup buat untuk aku? Selama ini kau tertekan, aku ingat pasal gosip tu. Rupanya sebab lelaki tu dah hancurkan maruah kau. Tolong jangan jual maruah kau Leen. Aku tak suka. Aku benci tu." Aku pula terlebih menangis pada bahu Leen. Sungguh aku tidak suka Leen berbuat begitu semata-mata tidak ingin aku diapa-apakan.

"Maaf El.. aku takkan berahsia dengan kau lagi." Leen tersenyum pahit mendengar kawannya menangis lebih teruk darinya. Alahai Elina..

Ibu mengusap lembut belakang Leen. Leen memandang ibunya.

"Maafkan Leen ibu," ucap Leen pada ibunya. Dia berasa berdosa merahsiakan hal ini.

Puan Zaiton menggeleng menahan air mata dari jatuh. Dia memeluk anaknya yang satu ini erat.

"Jangan simpan rahsia dari ibu lagi ye Leen. Ibu tak sanggup hilang Leen."

Leen mengangguk faham membalas pelukan ibunya.

Kedengaran hanya tangisan di ruang depan sehinggalah ada satu suara mensenyapkan suasana mereka.

"Abah kenapa ni?" Suara garau itu mencelah.

Aku terhenti menangis.

Aku kenal suara itu. Lantas aku menoleh gerangan suara itu.

Bukan aku sahaja, semua memandang jejaka itu yang tiba-tiba muncul dengan raut wajah terkejut. Siapa tak terkejut dia tiba-tiba sahaja berada di hadapan mata. Cepat benar dia terjaga.

"Eh Ryan bila bangun? Bukan tadi Ryan penat?" Cuak sudah Datin Liyana lantas mendapatkan anak lelakinya yang baru bangun dari tidur.

"Eh.. Ky--"

Aku terus menekup mulut Leen. Memberi isyarat untuk senyap dahulu. Nanti dia cerita hal sebenar. Leen mengangguk faham.

Ryan terkebil-kebil memandang semua yang kelihatan terkejut memandangnya

"Kenapa semua terkejut pandang Ryan macam tu? Ryan bukannya hantu. Ryan terjaga. Ryan tak boleh tidur je. Tu kenapa bonda? Siapa perempuan tu? Kenapa dia menangis?" Soal Ryan menunjukkan Leen yang terduduk di muka pintu dengan wajah yang sembab. Habis mekapnya hancur.

Dia ingin tahu apa yang terjadi.

"Ryan masuk bilik dulu boleh?" Pinta Doktor Kamal.

"Kenapa abah? Ryan nak tahu kenapa?" Salah ke dia nak tahu hal ini? Tu.. isteri dia boleh pulak. Ryan mencebikkan bibir.

Dia memandang isterinya pula yang berdiam dari tadi dan sedang meredakan wanita asing itu.

"Ira.. kenapa tu? Ira okay?" Soalnya risau.

Aku sedikit terkejut lantas menoleh. Aku memandang semua. Abah, Bonda, mummy dan ibu. Riak mereka menanti jawapan dari aku.

Aku memandang jejaka itu kembali. Wajah yang penuh kerisauan padaku. Alahai.. comelnya suami aku ni.

Aku mengukir senyuman pada jejaka itu.

"Ira okay. Takde apa lah. Awak masuk lah dulu okay?" Lembut aku bersuara. Agak kekok juga aku memanggil diri ku Ira padanya.

Sungguh aku lihat jejaka itu jauh beza berbanding sebelum.

Mereka tidak pernah memarahi jejaka ini dan jejaka ini tidak pernah marah kepada sesiapa pun. Jika ada yang memarahinya, jejaka ini cepat terasa. Ya, dia terlebih emosional. Itu kata abah.

Dia bukan lagi ego mahupun panas baran.

Kesan penyeksaan dulu memberi kesan pada mental dan fizikal jejaka ini. Dengan erti kata lain, mental dan fizikal lelaki ini masih cacat.

Aku masih rasa sedih. Sedih penderitaan jejaka ini masih berjalan. Tiada jalan penyembuhan buatnya.

"Jom yan. Tukar baju dulu," ujar abangnya memecah kesunyian.

Abang Marc sudah diceritakan oleh abah. Aku terkejut juga dan aku mula memahami situasi. Rambut abang Marc bukan lagi blonde tetapi berwarna hitam. Rupa dia sememangnya orang putih kerana dia dijadikan anak angkat abah dan bonda ketika kecil waktu abah dan bonda duduk di luar negara, memandangkan waktu itu bonda tidak dapat mengandungkan seorang zuriat jadi mereka mengambil seorang anak angkat. Kini, abah dan bonda sudah punya dua orang anak angkat lelaki.

Aku masih tidak pasti sama ada suamiku tahukah akan hal itu.

"Dah lah busuk." Marc menyambung lagi, menyakat adiknya.

"Mana ada," geram Ryan pada abangnya seorang ini. Malu bila ada tetamu di hadapan dapat mendengar kata-kata abangnya.

Aku yang mendengar ketawa diam. Itu pasti untuk menarik perhatian jejaka itu dari tahu perkara sebenar.

Datin Liyana pula menggeleng melihat kerenah mereka.

"Dah-dah pergi mandi. Nanti yan turun makan tau."

Elina hanya melihat jejaka itu dan abangnya naik ke atas masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum melihat mereka yang masih tidak habis-habis bertelagah dari tadi. Comel.

Tetapi..

Bagaimana dia mahu berlakon dia Ira pada Ryan? Sedangkan dia sendiri banyak berubah berbanding Ira yang dulu.

"Elina."

Elina mengangkat pandangan pada abahnya.

"Boleh bantu abah jaga dia baik-baik?"

Aku..

Sudah pasti aku sanggup!

Aku sayang dia.

Elina mengangguk laju.

Leen tiba-tiba ingin muntah. Ibu cepat mendapatkan Leen di sebelahku.

Ibu dan mummy memapah Leen masuk ke bahagian dapur.

Aku risau keadaan Leen.

Bonda mendapatkan Elina yang masih terduduk.

"Elina."

Elina mengangkat pandangan lalu bangun dibantu bonda.

"Kalau rasa terbeban tentang Ryan.. bagitahu ka--"

"Tak. Elina tak rasa beban bonda abah. Elina senang. Elina senang dia masih hidup. Elina masih sayangkan dia. Dia separuh nyawa Elina."

Bonda terharu lantas memelukku.

"Terima kasih Elina. Bonda tak tahu nak cakap apa. Tapi, Elina kena sabar dengan dia. Ada waktu dia cuai ada waktu dia terlalu naif."

"Maksud bonda?" Aku sedikit tidak faham.

"Nanti Elina faham." Kata bonda.

Aku mengangguk senyum.

-
-
-
-
-
-
-

Setakat ini bagaimana cerita saya okay ke?

Please vote and comment. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now