[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 ] - 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊

Mulai dari awal
                                    

Dia tidak mahu.

Dia kenal Syahariz.

Syahariz tidak suka ada yang menghalang matlamatnya. Leen tahu lelaki ini hanya memuaskan nafsunya ke atas dirinya sahaja.

Tetapi.. bagi Leen, dia cuba pandang Syahariz pada sisi lain. Dia berharap itu Syah yang dulu. Syah yang baik seperti sebelum ini.

Tetapi hampa. Dia salah menilai. Syah tetap Syahariz. Selembut mana pun dia berkata, tiada yang dapat mengubah diri lelaki ini. Panas baran tetap ada dalam diri dia.

Syah bangun lalu membaringkan Leen di sofa.

"Kita buat slow-slow tau." Dia mula menindih wanita itu.

"S--Syah.."

Raut wajah lelaki itu sudah tegang dengan panggilan itu.

"B-Biy.." Nada Leen menggeletar ingin menangis.

Lelaki itu mencium pada pangkal leher wanita itu.

Leen menolak badan lelaki ini. Dia tidak mahu.

Syah sudah geram dengan penolakan wanita ini. Tangan naik ingin menampar, tiba-tiba..

Bang!

"Argh!" Syah meraung sakit, satu tembakan terkena pada bahunya. Dia pantas memandang sekeliling. Kelihatan bayang-bayang dari luar rumah usang ini. Dia terus bangun dan melihat beberapa orang dari luar sudah mengepung sekeliling rumah usangnya. Dia benar-benar sudah dikepung.

Syah memandang Leen dengan raut wajah bengis.

"Kau! kau perangkap aku?!" Teriak nya.

Leen menggeleng laju takut. Sungguh dia tidak memerangkap lelaki ini. Dia tidak sedar jika dia telah diikuti.

Tembakan dilepaskan lagi.

Syah cepat mengelak. Dia terus berlari ke arah tingkap. Keadaan sedang bergelut di luar dan ditembak sekali lagi. Dia terlepas dan melarikan diri dalam kesakitan.

Mereka mengejar Syah.

Leen menangis ketakutan memeluk lutut. Hampir sahaja dia bakal dirogol oleh lelaki itu lagi. Dia membenamkan kepala di lutut. Maruah dia sudah lama tercalar.

Apa yang perlu dia beritahu pada ibu?

Bunyi derapan kasut mendekatinya perlahan dia mengangkat pandangan melihat kaki seseorang yang semakin dekat. Pandangan kabur sedikit kerana air mata bertakung mengelabui pemandangannya.

Cepat-cepat dia mengesat dengan lengan baju.

Kelihatan sepasang kasut hitam lelaki itu sudah berada di hadapannya. Dia perlahan mengangkat pandangan.


Jeda.


Kedua kening berkerut memandang wajah dingin lelaki itu.

Leen seakan mengenali wajah itu.

Lama diperhati..

cepat diturunkan kepala kembali.

Dia sudah ingat!

Renungan lelaki itu tajam memandangnya, bagai hendak tembus.

Gerun, Leen gerun.

Dia sudah tahu siapa lelaki menggerunkan ini.

Tanpa percakapan dia sudah tahu. Badan automatik menggeletar ketakutan.

Elina pernah menceritakan padanya dulu.

"Charlene." Suara garau itu menerpa ke telinganya.

Leen terkejut pucat. Jari-jemari menggeletar takut dibunuh lelaki ini. Pasti lelaki ini sudah tahu dia menyimpan pembunuh anak lelakinya selama ini.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang