𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰

56 2 0
                                    

Malam yang dingin dan ditemani hujan lebat itu tidak menghalang Ryan James Hedwig daripada memandu Lamborghini huracan menuju ke cafe miliknya Ry's Cafe. Dia sudah berjanji dengan orang kanannya untuk berjumpa disana.

Sesampai di Ry's Cafe Ryan mengambil payung hitamnya dan terus keluar dari kereta mewahnya. Dia berjalan menuju ke pintu masuk cafenya.

Baru sahaja ingin membuka pintu cafe. Telinganya menangkap bunyi yang berada dilorong sebelah cafenya. Dia berjalan perlahan menuju ke lorong tersebut sambil mengeluarkan pistol dari badan belakangnya dan mengacu pistol tersebut kehadapan.

Dia memerhati lorong tersebut tetapi tiada apa yang pelik. Dia berasa hairan

Aku memang dengar something tadi. Tapi takde pula.

Ryan mengaru kepalanya yang tidak gatal itu menggunakan pistolnya.

Bahunya dipegang seseorang. Disebabkan terkejut dia terus mengacu pistol kearah manusia yang mengejutkannya

"Wei! Wei! Ni aku Hilman" Hilman Agustine salah seorang orang kanannya segera mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah kalah. "Kau ni kan. Suka buat aku terkejut tau!" Ryan menjatuhkan tangannya dan memukul bahu Hilman. Hilman tersengih "yang kau tak masuk ni kenapa?"

"Tak tadi aku macam terdengar something. Tapi bila aku check macam takde apa yang pelik" kata Ryan sambil memandang semula kearah lorong yang gelap itu. "Firasat kau je kot.. dahlah jom masuk.. semua orang dh tunggu" kata Hilman. Ryan mengangguk dan menyimpan balik pistolnya.

Baru sahaja ingin pergi dari situ.. Mereka terdengar sesuatu..

"To..tolong"

Hilman dan Ryan terus memandang antara satu sama lain "kau dengar tak apa yang aku dengar?" Hilman menganggukkan kepalanya..

"Suara perempuan minta tolong" Kata Hilman. Dia memang tidak salah dengar. Ada suara perempuan yang sedang meminta tolong dekat lorong yang gelap itu.

"Tolong...saya" sekali lagi bunyi yang sama
"Ha..hantu ke" muka Hilman mula pucat. Ryan terus menjeling Hilman.. apalah yang budak ni merepek.. mana ada hantu kat dunia ni.. Ryan menggelengkan kepalanya "keluarkan lampu suluh kau..kita periksa" Kata Ryan dengan suara datarnya. Dia hendak berjalan tetapi ditarik oleh Hilman

"Takk.. kau gila ke.. kalau tu hantu macam mana! Malam dh ni..kita masuk jelah eh" Kata Hilman..suaranya sudah takut-takut.. "apa kau ni.. hantuu hantuu.. kalau fikir pasal lain takboleh ke hah! Macam mana kalau ada orang memang dalam kesusahan.. kau ni..kalau dah takut sangat duduk sini.. " Marah Ryan.. Tanpa menunggu balasan daripada Hilman. Ryan terus berjalan menuju kedalam lorong gelap tu tanpa mempedulikan bajunya sudah basah..

Hilman meraut wajahnya. "Ryan tunggu!" Hilman berlari anak sambil membawa payung mengejar Ryan yang sudah jauh kedepan.

Hilman dan Ryan berjalan perlahan mencari suara perempuan yang dalam kesusahan.. "takde pun..kita balik jelah" kata Hilman sambil menyuluh lampu suluhnya ke semua tempat. Ryan tidak mempedulikan kata-kata Hilman. Jauh disudut hatinya kuat mengatakan ada seseorang dalam kesusahan dan dia ingin membantunya..

Tiba-tiba kaki Hilman tersandung dan dia pun jatuh tersungkur.. "aduhhh sakitnyaaa" Ryan terkejut melihat Hilman dan bantu Hilman untuk bangun. "Kau okay?" Tanya Ryan.. mukanya kelihatan risau sekali. Hilman hanya tersenyum kecil. Dia mencari lampu suluhnya yang terjatuh. Dia membongkokkan badannya untuk mengambil lampu suluhnya tetapi terhenti kerana dia melihat ada tangan yang disuluh lampunya

"ARGHHHHHHHHHH"

"Wei Hilman.. Hilman.. bangun." Mukanya ditampar perlahan oleh seseorang.. Hilman membuka matanya luas "ARGH HANTU!RYAN HANTU"

PANG

Jeritan Hilman terhenti apabila di tampar oleh Aiman Helmi. Salah seorang orang kanan Ryan. Semua memandang Aiman terkejut "apa? Dia menjerit macam orang gila..aku tamparlah manalah tahuu kena sampuk ke apa" kata Aiman tenang.. mukanya tiada riak bersalah. Hilman yang seakan sedsr itu mrmandang sekeliling. Mereka berada di dalam hospital

"Apa dh jadi"
"Kau pengsan tadi.. kitorang terkejut dengar jeritan kau.. kitorang pun bergegaslah ke tempat kau dengan Ryan.. eh tengok tengok kau dh pengsan" kata Dylan Pierre. Orang kanan Ryan juga. Daniel Pierre yang merupakan adik bongsu Dylan hanya memerhati dari sudut bilik..

"Wei tadi aku jumpa hantu. Dia berdarah-darah..aku pun terkejutlah.. nasib mimpi" Kata Hilman lega. Mereka memandang satu sama lain "tu bukan mimpi.." kata Aiman.. Dylan mengangguk laju.. "yang kau nampak itu bukan hantu dan bukan mimpi.. tapi seorang budak perempuan sekolah menengah" jelas Dylan panjang.

Hilman kelihatan binggung.. Dylan mengeluh dan memberi isyarat mata untuk tengok ke sebelah. Hilman dengan perlahan-lahan memalingkan mukanya ke katil sebelah

Ada seorang budak perempuan yang sedang tidur disebelahnya. "HAA PEREMPUAN HANTU TADI!"

BUK

Hilman memegang kepalanya apabila dipukul oleh Ryan yang baru balik daripada berjumpa dengan doktor. "Senyap boleh tak!ni hospital!" Kata Ryan keras. Hilman dijelingnya sebelum menuju ke kerusi yang berada disebelah katil perempuan tadi..

Aiman dan Dylan menahan mulut mereka dari ketawa.. Padan muka kau..

"Macam mana?" Tanya Daniel yang dari tadi diam. "Doktor kata dia stabil cuma kemungkinan akan sedar seminggu dua lagi.. doktor ada cuba call parent atau penjaga dia tapi sorang pun tak angkat.." kata Ryan. Matanya tak berhenti daripada memandang gadis dihadapannya..

Kepala gadis itu berbalut akibat terhentak dan luka besar didahinya telah dijahit dan akan meninggalkan parut yang kekal.. mukanya juga lebam dan bibirnya pecah. Tangan sebelah kanannya patah dan kakinya pula terseliuh sahaja.. keadaan dia sangat menyedihkan

Muka kau yang comel dan cantik tu dh tertutup dengan lebam yang ada dekat muka kau.. siapa yang buat kau macam ni.. Ryan memandang simpati dengan gadis tersebut..

"Kenapa keadaan dia teruk sangat?" Tanya Hilman
"Kan..kesian pula tengok dia" kata Dylan
"Rasanya dia dh hilang dara" Kata Aiman

PAK

Aiman terduduk memegang belakang kepalanya yang dipukul oleh Daniel. "Sebelum mulut kau aku jahit.. better kau diam" Kata Daniel yang berbaur amaran. "Kau ni cakap macam tu kenapa.. maruah dia kot" Marah Hilman.. seteruk-teruk dia takdelah nak tuduh macam tu dekat perempuan.. dasar mulut takde insurans

"Jangan risau.. dia takde tanda-tanda kena rogol" Kata Ryan mendatar.. semua didalam bilik itu hanya diam seribu bahasa.

"Nama dia apa?"
"Hanna..Hanna Clarissa.."

To Be continued

°OG°Mr.Mafia:His Little Princess [NEW VERSION]Where stories live. Discover now