Special Chapter I

Start from the beginning
                                    

Senyap. Hanya senyap di antara mereka berdua.

Masing-masing memilih untuk diam. Tidak ada topik mahu berbual.

"Abang kalau tak ada apa-apa Haur-"

"Just sit here."
Mata Hazelnya masih tertumpu pada skrin laptop. Haihh...suruh orang tunggu tapi dia tak nak cakap apa pun dengan kita!

"Give me 5 minutes for settle this..."

5 minit berlalu...

Farel mengemas Fail-fail dan laptopnya. Setelah selesai mengemas. Mata Hazelnya tertumpu pada bidadarinya yang sedang lena tidur.

Sangat cantik.

Wajah bidadarinya sedang tidur.

Farel mengangkat tubuh langsing Haura dibawa ke bilik tidur mereka.

Tubuh Haura diletakkan di atas katil bersaiz King. Lalu comforter tebal ditarik menutupi separuh dari badan Haura.

Lalu Farel mengambil tepat duduk bersebelahan Haura. Ditilik wajah isterinya. Bermula dari Rambut coklat Haura, turun ke dahi, hidung mancung, dan bibir.

Lama kelamaan dia terlelap ketika sibuk menilik wajah Haura.

Farel tertidur pulas. Sambil tangannya memeluk kemas tubuh langsing Haura.


        Perlahan-lahan Haura membuka kedua-dua matanya. Kelip-kelip mata coklatnya apabila melihat seorang jejaka yang amat dia kenali sedang tidur sambil tangan sasanya masih utuh di pinggang ramping Haura.

Kedudukan tubuh mereka yang agak rapat itu, Haura betulkan. Perlahan-lahan risau jika terganggu tidur suaminya.

Bila dia mahu membetulkannya. Tangan sasa Farel pantas menarik Haura lebih dekat dengannya. Sampai hidung mereka berdua berlaga.

Haura sedaya upaya menolak dada Farel supaya menjauhinya. Tapi apakan daya? Dengan khudrat wanita yang dimiliki susah untuk menolak Farel yang seperti pintu besi. Tak bergerak langsung Tubuh Farel. Dia ni gajah ke manusia eh? Berat sangat.

Akhirnya Haura mengangkat bendera putih tanda mengalah. Sumpah penat! Pagi-pagi dah kena tolak gajah.

Farel membuka kelopak matanya. Kelihatan Haura sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Kasi tembus.

Farel lalu merenganggkan pelukan antara dia dan Haura. Telefon diambil mahu melihat jam.

6.00

Sudah masuk waktu subuh. Farel melihat ke arah Haura. Haura tanpa membuang masa terus mengatur langkah ke dalam bilik air terlebih dahulu. Mahu mengambil Air wudhuk.

Selesai sahaja mengambil Air Wudhuk. Dia keluar dari Bilik Mandi.

Kemudian giliran Farel pula masuk ke dalam bilik mandi mengambil air wudhuk.

Setelah kedua-duanya selesai, Mereka berdua membentangkan sejadah.

Solat subuh Haura diimamkan oleh suaminya Farel. Memang ini rutin harian mereka. Mereka berdua akan solat berjemaah bersama-sama.

Bersyukur atas nikmat yang Allah beri kepada mereka berdua.

Setelah 6 tahun dia bergelar menjadi Isteri Farel, Kehidupannya sangat bahagia. Dikurniakan suami yang sudi menerimanya.

Yang sudi menerima kekurangannya.

"Assalamualaikum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah."

Kedua-duanya menadah tangan. Farel membaca doa. Selesai sahaja membaca doa, Farel menoleh ke arah Haura.

Haura menyambut tangan Farel lalu mencium Tangan Farel dengan penuh syahdu.

Farel kemudiannya mengucup dahi licin Haura. Lama bibirnya dilabuhkan di dahi licin Haura.

Haura melepaskan Tangan Farel.

Kain telekung dibuka dan dilipat. Haura bangun dari duduk mahu menyimpan telekung miliknya.

Dalam masa yang sama mahu menjauhkan diri dari Farel.

Sakit hatinya masih lagi terasa.

Ini semua salah Farel.

Berat sangat. Sampai dia tolak pun tak bergerak langsung.

Tapi...lain yang dirancang lain yang jadi.

Farel lebih tahu tentang Haura lalu dia menarik tangan Haura dan...

Haura jatuh ke atas paha Farel.

Lagilah membuak-buak rasa marah Haura Iryana.

Eeeee mentang-mentanglah lelaki, suka hati dia je nak tarik orang ke sana ke sini ya.

"What's wrong sayang? Someone hurt you?"

"Yes!"

"Who?"

"You!"

"Hey, what? Did i hurt you? Tell me, let me see." Soal Farel cemas. Risau jika isterinya terluka.

"Semuanya salah awak. Kalau awak tu tak berat mesti saya tak perlu exerxise pun tadi. Semuanya salah awak."
Matanya sudah mula berair. Tunggu menitis sahaja.

"Kalau abang tak peluk saya,mudah je Haura bangun. Ni semua salah abang yang menyusahkan kerja Haura.

Farel sudah pelik melihat perangai isterinya ini. Kenapa pelik sangat ni. Dia pun blur dengan sekarang. Pasal apa eh?

       Farel menghampiri isteri dan anaknya yang sibuk menonton TV.
Punggung direhatkan di bersebelahan Haura.

Haura masih lagi dengan rajuknya.

"Sayang, seriously tak nak cakap dengan abang ke precious?"

Haura hanya senyap tidak berniat mahu membalas. Farel melepaskan nafas reda. Pandang pula Hasya disebelahnya. Kusyuk tengok blackpink.

"Hasya......"

Iris hazel Hasya kini pandang pada raut wajah Farel. "Ya abi. Kenapa?"

"Tolong abi." Berkerut alis keningnya.

"Tolong apa?"

"Pujuk umi. Tengoklah tu dia merajuk dengan abi." Farel mengadu. Kalau minta tolong Hasya harap-haraplah menjadi.

"Siapa suruh Abi buat Umi?"

"Mana ada abi buat. Abi tak buatlah." Hasya diam seketika. Fokus tengok blackpink.

"Hasyaaa, tolong lah."

"Boleh tapi ada satu syarat!" Hasya sudah buat senyum misteri ditayangkan pada Farel.

"Apa?" Meski ragu-ragu dia tetap bertanya.

"Bagi Hasya 7 orang adik. Deal?"

"Oh, Deal." Bibirnya naik senyum senget.

Setuju tak hasya dapat 7 orang adik?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setuju tak hasya dapat 7 orang adik?

His Precious WifeWhere stories live. Discover now