𝐄𝐏𝐈𝐒𝐎𝐃𝐄 𝟏𝟏

16 5 3
                                    

𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐌𝐚𝐫𝐜𝐡 𝟐𝟏 ➦
𝐆𝐚 𝐘𝐞𝐨𝐧'𝐬 𝐯𝐢𝐞𝐰 ➦

“ Kenapa kita semua kene berkumpul kat sini? ” tanya Ga Yeon sambil bermain kuku. Si Ryeong mengangkat bahu tanda ‘ tidak tahu ’.

Semasa mereka sedang leka menunggu ketibaan Pengerusi Bae, ada seorang yang memasuki dewan tersebut. Mata mereka semua tertumpu pada susuk tersebut.

Semua yang berada di dalam dewan tersebut berdiri secara serentak. Si Ryeong dan Ga Yeon yang tidak menahu hanya mengikuti.

“ Choesonghabnida, saya lambat harini ” ucap Jaewoo sambil menundukkan kepalanya. Pengerusi Bae dan seorang yeoja memasuki dewan tersebut.

Pengerusi Bae terus mengambil tempat duduk di bahagian depan bersebelahan tempat Si Ryeong dan Ga Yeon.

“ Maaf buat kamu semua menunggu. Hari ni saya akan perkenalkan ahli baharu bagi bangunan perubatan. Dia akan mewakili kumpulan 2 bagi pasukan perubatan ” ucap Jaewoo sambil menujukkan ke arah yeoja di sebelahnya.

“ Annyeonghaseyo, naneun Joo Soo Ra ibnida ” ucap Soo Ra sambil menundukkan kepalanya.

“ Kenapa buat keputusan ini tanpa pertujuan kami? ” kata tanya Jong su selaku wakil dari kumpulan 2.

“ Dia akan buat dengan terbaik. Terima kasih. Bersurai. ” ucap Jaewoo lalu bergerak pergi bersama Pengerusi Bae.

Mereka yang berada dalam dewan tersebut tidak berpuas hati.

➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳

𝐏𝐧. 𝐘𝐨𝐨𝐧'𝐬 𝐯𝐢𝐞𝐰 ➦

“ Kenapa Daepyonim tak berbincang dengan saya terlebih dahulu? ” tanya Pn. Yoon.

“ Ianya tidak penting untuk kamu tahu ” balas Pengerusi Bae bersahaja.

“ Saya timbalan pengerusi juga daepyonim! ” nada Pn. Yoon semakin tinggi kerana tindakan Pengerusi Bae tanpa berbincang.

" Turunkan suara kamu! Saya yakin yang dia dapat buat yang terbaik. Jadi kamu tak perlu lah risau dan ianya akan meringankan beban kamu juga " balas Pengerusi Bae lalu keluar.

➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳

Jaewoo's view ➦

Dia memusing-musing di sekeliling mejanya. Dia memandang satu sudut yang mempunyai peti ais berkunci keselamatan. Dia mendekati peti itu, lalu membukanya. Jaewoo mengambil satu pek darah untuk membasahkan tekaknya.

' Tuk tuk tuk '

Pintu dibuka dari luar. Terpapar susuk Soo Ra di hadapan pintu.

" Wae? " tanya Jaewoo.

" Bahan kita dah sedar " balas Soo Ra.

" Saya suruh kamu hanya fokus di perubatan ini , selain itu jangan bincang disini " balas Jaewoo dengan sedikit tinggi nadanya. Soo Ra hanya menunduk.

" Kita perlu sambung buat vaksin itu " sambung Jaewoo lagi. Soo Ra memandang Jaewoo dengan pandangan terjekut. " Wae? " tanyanya.

" Ada lagi yang sama seperti kita , tapi kita kene pancing dia masuk ke rancangan kita dahulu , baru kita boleh bunuh dia " balas jaewoo. Soo Ra hanya mengangguk faham.

Tanpa disedari ada sepasang telinga mendengar perbualan mereka.

➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳

Ga Yeon's view

Dia sedang leka memerhati cctv di rumahnya , tiba-tiba pintu pejabat dia kuat diketuk. Bahu gayeon terangkat kerana terkejut dengan ketukan itu.

" Masuk " arahnya.

Seorang doktor lelaki berdiri di depan pintu pejabatnya iaitu San.

Gayeon mengerling matanya ke atas. " Nak apa? " tanya Gayeon dengan nada malas. San berjalan menuju ke mejanya sambil bersiul.

" Dr. Min tak rasa ade bende hilang ke? " tanya San.

" Haih.. tak de pulak. Kenapa? " balas Gayeon. ' Terencat ke apa mamat ni , tetiba je tanya aku macam ni ' katanya dalam hati.

San mengeluarkan kad nama Gayeon dari poketnya lalu di spin di atas jari telunjuknya. Gayeon menyedari itu kad kepunyaannya.

" Ouh kau lah curi kad aku? " marah Gayeon acah-acah.

" Kau pun baru sedar kad kau hilang " balas San.

" Bagi balik " minta Gayeon sambil menghulurkan tangannya.

" Ambil lah sendiri " balas San sambil mengakatkan keningnya. Gayeon dengan rasa tercabar , dia berebut kad itu dengan San.

Dalam sedang bergelut , Gayeon terlanggar bucu kerusi dan ' Bum ' .

Keadaan mereka kini , San di bawah manakala Gayeon pula di atas San. Dalam mereka terhenti dengan posisi mereka sekarang ni. Ada seorang masuk tanpa ketuk pintu pejabat Gayeon.

" Done? "

➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳➳

𝐓𝐘𝐏𝐄 𝐎𝐅 𝐁𝐋𝐎𝐎𝐃 🧬 Where stories live. Discover now