BAB 5 💋

633 30 3
                                    

Sunyi keadaan di dalam kereta mewah itu.

Si pemandu hanya fokus pada pemanduannya.

Alora pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Tiada niat langsung hendak berkenalan dengan manusia yang menolongnya.

Takut sebenarnya.

Tapi riak wajah gelisah dan tidak selesa cuba dikawal.

Sunyi.

Sepi.

Hanya bunyi penghawa dingin kedengaran.

Tiada langsung bunyi radio.

Tak bosan ke?

Haih.

Jemari digenggam sedikit erat. Tapak tangannya mula berpeluh.

Gelisah.

Anxiety.

Dia tahu si pemandu daripada tadi menjelingnya dengan ekor mata.

Membuatkan dia berasa tidak selesa.

Banyak pertanyaan mula bermain di fikiran.

'Aku menyusahkan dia ke?'

'Dia marah ke?'

"Name?" suara garau itu memecah kesunyian antara mereka.

Mengeras seketika badan Alora.

"Chill. I'm not gonna do anything stupid to you." balas suara garau itu lagi. Dingin.

Perlahan-lahan Alora mengalih pandangan ke arah jejaka itu.

Erk.

Tipu jika dia mengatakan wajah manusia di hadapannya ini tidak tampan.

Bermula dari rambut hingga bibir merah delima yang menandakan tuannya tidak menghisap rokok.

Benar, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

But...

Manusia di hadapannya ini hampir sempurna.

Heh.

"Done scanning me?" tanya suara garau itu lagi.

Kening sebelah dijongketkan kepada gadis disebelahnya.

Erk.

Malu!

Kantoi usyar anak teruna orang.

Memerah sedikit wajah Alora.

Nasib dia pakai mask.

Fuh!

"Err, na-nama saya Alora." jawabnya perlahan.

Terangguk-angguk kepala si jejaka.

"Full name?" soalnya lagi.

Haih.

Banyak tanya pula mamat ni.

Siku kang!

"Neshele Alora."

Tetapi tetap dibalas.

Hehe.

Jika dia meneruskan niat hendak menyiku manusia di sebelahnya ini.

Mahu ditinggalnya aku dekat tepi jalan ni!

"Asher."

"Hah?" wajah blur ditayangkan.

Apa yang 'Asher'?

Tiber.

Haih.

Dapat didengari keluhan terbit daripada mulut jejaka itu.

OG | ALORA : HIS LOST QUEENحيث تعيش القصص. اكتشف الآن