Part 26

13 3 0
                                    

" Siap sedia semua. TEO akan muncul kejap lagi. Aku nak korang tutup identiti korang jangan bagi sesiapa perasan. " tegas queen.

Mereka mengangguk dan memakai topeng muka serta hoodie khas yang disediakan oleh anak buah queen.

Meanwhile...

TEO tiba dipintu utama. Pintu pagar dibuka secara automatik. Tanpa membuang masa mereka masuk kedalam dan parking superbikenya di ruang yang disediakan.

TBD sudah menunggu dibilik mesyuarat. Anak buah queen menunjukkan jalan kepada TEO.

Mereka melangkah masuk ke bilik mesyuarat tersebut dengan denyutan jantung yang laju. Agak mengerunkan ye.

TFW aka bodyguard TBD menjaga di setiap penjuru bilik mesyuarat tersebut. TEO menelan air.

" Duduk. " satu patah perkataan keluar dari mulut queen sudah cukup untuk menakutkan orang lain.

Tanpa kata TEO mengikuti arahan TBD. Dipandang sekeliling bilik mesyuarat tersebut. Queen tersenyum melihat reaksi Abang-abang mereka.

" Terima kasih kerana datang. " ucap queen. TEO mengangguk perlahan.

" Kenapa korang panggil kitaorang ke sini? " soal aiman.

" Kitaorang ada buat salah ke dekat korang? Kalau ada kitaorang minta maaf sangat-sangat. Kitaorang janji kitaorang takkan ganggu tugas queen dah. Maafkan kami queen " kata zar merayu memohon maaf. Zay selaku ketua ahli TEO hanya diam menunduk.

Mereka sangat takutkan kumpulan TBD. Walaupun mereka juga merupakan ahli Mafia namun tiada siapa yang lebih kejam, cekap, lincah, pandai mengatur strategi berbanding TBD.

" Relax tenangkan diri korang dulu " arah queen.

" First of all korang tak salah apa pun dengan aku. Aku ajak korang datang sini sebab aku nak korang berkerjasama dengan kami untuk misi kalini boleh ke tidak? " soal queen datar. Mereka menelan air liur.

" Tapi queen. Apa kena mengena dengan kami? " soal zay curiga

" Sebab ada kena mengena la aku ajak korang bergabung sekali. Haish " balas queen.

" Maksud queen? " soal mereka serentak.

" Macam ni jela aku pendekkan cerita ye. " ujar queen. Mereka mengangguk

" Sya. Adik angkat korang. Nak bunuh korang malam ni. Tempat pukul tujuh ahlinya akan bersembunyi di kawasan rumah korang. I mean rumah kau zay, zar. " tutur queen lagi. Mereka berpandangan

" Kenapa diorang nak bunuh kitaorang pulak? Apa Salah kitaorang? Aria macam mana? Dia dah tahu ke? " soal zar.

" Sebab dia berdendam dengan korang la dia nak bunuh korang. " sampuk kay.

" Dendam? Sebab? " soal aiman.

" Sebab korang lebihkan aria daripada perempuan tu. " balas El.

" Pala hotak dia. Memang la kitaorang lebihkan aria sebab dia satu satunya adik perempuan kitaorang. " marah zar.

Queen memandang mereka. Terdiam seribu bahasa.

" Pasal aria jangan risau. Aku akan bagitahu dia kejap lagi. Aku cuma nak korang ikut plan aku dan jangan sampai kantoi. Faham? " balas queen.

" Ad, ella dengan iz macam mana pulak? " soal aiman.

" Jangan risau nanti aku suruh anak buah aku berkumpul. Memerhati dari jauh. Korang Ikut je arahan aku. " balas queen. Mereka mengangguk.

Queen mula memberitahu plannya kepada TEO.

Skip Time...

" Assalammualaikum...mama papa. Adik dah balik " ujar ika.

" Waalaikummusalam adik. Tepat pada waktunya. Jom la makan sekali. " ajak mama. Gadis itu melangkah ke dapur. Diambil tempat bersebelahan dengan zay dan zar.

Mereka menikmati makan malam dengan tenang tanpa gangguan.

Skip time...

" Penatnya harini " rungut ika.

" Abang. Adik amik angin kat luar kejap tau. " pinta ika lalu melangkah keluar.

" Tsk. Aku dah nampak tempat persembunyian korang. Fikir aku tak nampak ke kalau semak tu dah bergoyang goyang macam ribut taufan. Padahal angin takde pun. " omel ika sendiri.

" Haha bodohnya la The legendary wing ni. " omel ika lagi. Lalu masuk kedalam rumah semula. Dah bosan tengok drama yang tak menjadi ni.

Belum sempat ika masuk kedalam rumah, lehernya dikepik dengan siku dan sepucuk pistol dikepalanya.

Gadis itu hanya tenang menikmati rancangan Sya adik angkatnya.

" Jangan gerak. Kalau tak aku bunuh kau. " ugut sya. Namun ugutan itu langsung tidak menakutkan ika.

" Kau letak pistol tu sekarang sya. Adik aku tak salah dalam hal ni. " pujuk Zar.

Ahli keluarga ika keluar melihat apa yang berlaku di laman rumah.

" HAHA. Kau fikir aku kesah? Kau tahu tak yang aku berdendam dengan kau? So secara automatic aku berdendam dengan korang semua termasuk mama dan papa " ujar sya.

" Betul tak semua?? " soal sya.

" Betul!! " jerit the legendary wing.

" Sya, lepaskan aria. Please sayang. Kesian dekat dia " pujuk mama.

" TAK NAK!! MAMA TIPU SYA. MAMA KATA ARIA DAH MATI. MAMA KATA ABANG RAY, ZAY, ZAR AKAN SAYANG SYA. MAMA TIPU SYA " tengking sya.

Ika yang nyawa nyawa ikan tu hanya tersenyum sinis melihat drama TV 3 itu. Tangan naik berpeluk tubuh.

Bang!!!

Tepat tembakan itu terkena dahi anak buah sya. Mereka semua terkejut. Apa yang telah berlaku?

Yes TBD dan TFW sudah sampai bro.

" Ku...kumpulan THE BLACK DEVIL? " terkejut sya. Tak sangka kumpulan yang paling menakutkan dan kejam itu muncul di hadapannya.

" Lepaskan aria, sya. " pinta kay

" Jangan kau sentuh aria!! " tengking wings.

" Tsk. Korang buat apa kat sini, hah? Kenapa korang lindungi perempuan tak guna ni? " jerit sya.

" Sebab queen yang suruh. " balas zay dan zar serentak. Pistol diacukan tempat di kepala Sya.

" Pandai " puji TBD.

" Abang Zay? Abang zar? Apa semua ni? " soal Sya terkejut.

" Well sorry sya. Semua rancangan kau kitaorang dah tahu. Aku berterima kasih kepada TBD sebab tolong bocorkan rahsia kau, sya " kembar itu tersenyum sinis.

" Zay, zar? Apa ni? Korang kenal TBD ke? " soal Ray namun soalan itu diabaikan.

" Cheetah!! Mike!! Sekarang!! " arah kay

" Baik " balas mereka serentak.

Cheetah dan Mike berlari ke arah sya. Ditekup mulut gadis itu. Cheetah menendang perut gadis itu berkali kali sehingga melayang gadis itu.

Zay dan zar berlari mengambil ika.

" Kau dah tumbang sya. Anak buah kau dah MATI!! " sampuk ika. Sengaja ditekankan ayat terakhir. Gadis itu tersengih

" Hahaha. Kau yakin beb? Kau yakin aku dah kalah? Hahaha cepat betul kau terpedaya kan? " balas sya lalu mengeluarkan pistol miliknya dan menembak ke arah ika.

Wings dan Kay mengambil pedang mereka dan membelah peluru tersebut.

" Kau tak cukup pantas sya. Mengalah sajalah " kata isya.

TBD mendekati sya. Gadis itu menggigil ketakutan. Tanpa sedar exa mengambil kayu dan mengetuk kepala gadis itu sehingga pengsan.

" Wings, cheetah. Angkat budak ni masuk kereta. Kau tahukan queen nak apa dari dia? " arah kay.

" Apahal kitaorang pulak. Kau la angkat. Kitaorang penat ni. Tak nampak ke kitaorang tengah rehat ni. " rungut wings dan cheetah.

Author akan sambung next chapter secepat yang boleh. Bantu vote ye. Terima kasih kerana support 🌷maaf kalau terlalu bosan.

Tengku Aria Safiya [COMPLETE]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum