BAB 11

131 11 2
                                    

David dan William selamat tiba di rumah agam milik Sang Alpha itu. Rata-rata pengikut Silverpack terkejut melihat Ketua The Power Healer ada bersama dengan Alpha mereka.

William tidak menunggu lama, di bawanya David naik ke tingkat atas di mana Ivy berada. Ketika William ingin menolak daun pintu, David berdehem. William berpaling.

"Kenapa sir?" bilang William.

"Adab mana? Tahulah rumah kau, tapi setiap kali mahu masuk bilik yang ada orang, pastikan ketuk pintu dahulu." bilang David.

William tersengih. Di ketuk daun pintu dua kali lalu di tolak perlahan. Kelihatan Ivy, Hana dan Syasa berada dalam bilik itu.

"William? Kau dari mana?" bilang Hana.

"Cari orang." bilang William senyum pandang Ivy.

Ivy yang rasa pelik kasi naik mata dia pergi atas. William mendekati Ivy.

"Ivy, ada orang yang perlu kau jumpa." bilang William.

"Siapa? Dan kenapa perlu jumpa?" bilang Ivy kerut dahi.

"Semua tentang kau akan terjawab bila kau jumpa ni orang." bilang William.

Ivy diam, tapi kerutan di dahi tidak hilang. Hana dan Syasa terkejut bila melihat David melangkah masuk ke dalam bilik. Ivy pula mengeluh nipis.

'Tak akanlah sampai sini rumah William pun Sir David mahu periksa task yang dia bagi?' bisik Ivy dalam hati.

"Sir? Buat apa di sini?" bilang Syasa.

David hanya tersenyum. Matanya tidak lepas dari memandang wajah milik Ivy. Bila di perhatikan dengan betul, wajah Ivy memang iras ibu kandungnya.

"Ivy.." bilang David. Ivy pasang muka binggung.

David menghampiri katil di mana Ivy berbaring. Perlahan dia duduk bersila di atas lantai sambil mata memandang ke arah Ivy.

"Sir, kenapa?" bilang Ivy.

David berdehem sambil membetulkan duduknya. Wajah Ivy di pandang lama. Ivy pula mula rasa takut, perasaan negatif mula menghasut dirinya.

"Ivy, sebenarnya kau adalah anak kandung saya." bilang David berterus terang.

Semua yang ada di ruangan itu kecuali William terkejut. Ivy yang tergamam terus saja ketawa.

"Apa ni sir? Sejak bila pula saya ni jadi anak sir?" bilang Ivy ketawa lagi.

Melihat David yang serius sambil menatapnya. Ivy berdehem lalu bangun dan duduk menyandar di kepala katil.

"Saya harap ini bukan salah satu task yang sir mahu suruh fikir, sebab task berkenaan Serigala jadian pun belum siap lagi." bilang Ivy.

William duduk bersila di sebelah David. Wajah kekasih hati di pandang lembut.

"Ivy, apa yang Sir David cakap tu betul. Kau adalah anak kandung yang dia cari bertahun lamanya." bilang William.

"Apa? Jangan main-main! Saya membesar di rumah anak-anak yatim tanyalah Hana kalau tidak percaya." bilang Ivy sambil pandang Hana.

Hana terus angguk. Syasa pula masih cuba untuk memahami keadaan.

"Ivy, dulu. Semasa perang di dengan puak Siren. Isteri saya yakini ibu kandung kamu sedang bertarung nyawa melahirkan kamu. Tapi, ketua puak Siren dapat tahu dan cuba membunuh ibu kamu. Saya tidak bersama ibu kamu kerana waktu itu, saya perlu berjuang bersama-sama dengan puak Serigala menentang Siren dari memasuki dunia manusia." bilang David.

Ivy mulai tertarik tentang kisah yang di ceritakan, kerana dia juga sebenarnya ingin tahu siapa dirinya yang sebenar.

"Setelah puak Siren berjaya kami kalahkan. Saya bergegas ke dunia manusia untuk mencari ibu kamu. Tapi, saya tidak berjaya temukan dia. Dan saya mendapat tahu, ibu kamu telah letakkan kamu di salah sebuah rumah yatim. Percayalah, saya mencari kamu lama. Mencari ibu kamu. Banyak rumah anak yatim saya pergi tapi tidak ada tanda kamu berada di mana-mana. Saya menjadi seorang profesor pun sebab saya mahu mencari kamu dan ibu kamu." bilang David panjang lebar.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now