BAB 5

118 20 4
                                    

William hulurkan tangan pada Ivy yang duduk sebab penat. Hana pula berada di depan dengan Syasa.

"Mana rumah hutan? Jauhnya." bilang Ivy merungut.

Rom yang dengar kasi naik mata pigi atas. Luke senyum saja. Ivy sambut tangan William. Sebaik saja tangan dorang bersentuhan, terasa seperti ada renjatan elektrik antara dorang. Ivy menatap jauh ke dalam mata William. Begitu juga William.

"Gais!" bilang Syasa petik jari di tengah muka William sama Ivy.

Kelam kabut itu dua orang kasi lepas tangan dan pura-pura kasi betul baju. Rom pula tidak percaya apa yang dia baru nampak.

Masa William dan Ivy saling menatap dan berpegang tangan. Rom melihat tubuh William mengeluarkan cahaya biru dan tubuh Ivy pula di kelilingi cahaya putih. Apa maksud semua tu? Rom pandang Luke.

Luke pula angguk, Luke pun nampak apa yang berlaku, tapi dia sendiri pun tidak tahu apa maksud yang baru dia nampak tadi.

"Mana sudah ni? Macam jauh ke dalam hutan sudah ni." bilang Hana.

Dia berhenti berjalan dan lap peluh yang terbit di dahi. Masa Hana mahu jalan, entah macam mana tiba-tiba saja dia terpijak lubang dan hampir terjatuh. Mujur ada Rom yang secara spontan pergi tarik tangan dia.

Hana terdiam bila kekura tangan dia berada dalam genggaman Rom. Serta merta bau Coklat menusuk hidung dia. Secara spontan Hana pejam mata.

"Coklat." bilang Hana berbisik.

Rom terdiam. Mata dia tidak berganjak dari menatap kedua mata milik Hana. Bauan Coklat semerbak menusuk hidungnya. Rom menderam kecil. Hana memandang anak mata Rom. Secara tiba-tiba saja mata Hana menjadi kuyu. Rasa mahu di sentuh lebih lagi oleh Rom.
Kepalanya di gesel ke dada lelaki itu. Rom memejamkan mata.

"Hoiiii!" teriak Syasa.

Seakan tersedar dari nafsu yang menghimpit. Hana dan Rom masing-masing menjauhkan diri. Syasa pula hairan tengok perangai dua kawan dia itu. Luke macam biasa dia senyum saja. 

"Kenapa kunun kamu dua ni macam itu kucing minta garu kepala?" bilang Sysa tengok Ivy sama Hana. 

"Mana ada." bilang Hana dan Ivy serentak.   

"Iyalah itu. Jangan kamu dekat-dekat sama dorang ah, berjaga-jaga juga kita." bilang Syasa 

Mata dia tengok tiga orang lelaki yang sudah ada di depan dorang. Syasa kasi kecil kunun itu mata dia. Curiga betul dia sama itu tiga orang lelaki. 

"Mari kita ikut dorang, nanti kita kena kasi tinggal sini, ingat. Hutan ni saya tidak mahu kena makan binatang buas." bilang Ivy. Dorang tiga terus lari pigi kejar itu tiga orang lelaki yang sudah jauh di depan. 

Setelah hampir satu jam dorang berjalan dalam hutan, akhirnya Hana, Iyv dan Syasa tarik nafas lega bila dorang sampai di depan satu rumah yang agak lama tapi kelihatan sangat mewah. William pusing tengok Ivy, Ivy yang faham terus ikut William masuk dalam rumah. Hana pula ikut langkah kaki Rom. 

Syasya masih dalam keadaan waspada bila  nampak Luke yang angkat kening tengok dia. Serta merta dia kasi masuk tangan dalam beg sandang, senyum Syasya bila dia sudah pegang itu spray lada. 

'Kalau dia macam-macam, saya spray saja mata dia.' bilang Syasa dalam hati. 

"Kau macam tidak puas hati saja sama saya." bilang Luke bila Syasa diam. 

"Kenapa kau ada buat salah sampai saya mahu tidak puas hati sama kau?" bilang Syasa. 

"Hahaha. Menarik juga kau ni." bilang Luke masih senyum. Mata dia tengok tangan Syasa yang dari tadi ada dalam beg, terus dia ketawa bila dapat agak apa yang Syasa mahu buat. 

THE WOLF (My mate)Kde žijí příběhy. Začni objevovat