Daela hanya tersenyum hambar. Seorang lagi lah dia kali ni. Tapi takpe, lepas ada Kak Farah, dia boleh ajak kakak iparnya pergi shopping !

Daela terus melangkah menuju ke biliknya. Dia perlu mengemas diri. Orang dalam rumah agam ni terlalu sibuk kerana tetamu istimewa ingin datang.

"Istimewa lah sangat," omel Daela.

Yang istimewanya Farah, bukan Danny. Setiap hari tengok muka Danny semasa lelaki itu masih bujang. Rimas pula dia asyik bergaduh mulut.

シ︎

"Sudah?"

"Nampaknya Jay tak main-main dengan kata-katanya. Aku rasa kau kena datang semula ke sini dengan segera," jawab pemanggil itu.

Danny menghela nafasnya. Pandai betul Jay ni serang masa dia dalam kapal terbang bersama Farah menuju ke Korea. Tak menyabar betul.

    "Kau uruskan yang lain. Aku dah bincang dengan yang lain agar masuk kemudian," arah Danny.

"Tapi kau takde."

"Alah, baru perang kedua. Perang pertama tahun tu, takde pula kita kalah kan? Kenapa nak kena takut?" Danny tertawa kecil apabila mendengar keluhan Nik.

   "Masalahnya dorang macam tahu kelemahan kita," kata Nik.

"Sejak bila kita ada kelemahan?" Kening Danny terangkat. Dia menoleh sekilas Farah yang berada di sebelahnya.

Gadis itu lena tidur.

    "Kita tak tahu," jawab Nik.

"Kau percaya dengan aku, kan?"

"Aku percaya tapi aku risau pula kalau kau datang lambat," jawab Nik yang berada di dalam talian.

     "Aku tak suka dengan orang yang banyak alasan. Pergi uruskan yang lain," ujar Danny.

"Tapi.."

"Kau tak percayakan aku, aku percayakan kau. Uruskan yang lain, aku kata." Nada ditegaskan.

Nik tahu, nada itu memberikan peringatan bahawa Danny tidak main-main dengan kata-katanya. Danny kembali serius menganggap Nik sebagai orang kanannya.

"Yelah."

Panggilan terus dimatikan. Danny menyimpan semula telefonnya. Kepalanya dipusing ke belakang. Kelihatan beberapa anak buahnya yang lain sedang menjaga dia dan Farah dalam diam.

Tiada apa-apa yang pelik.

Pandangan beralih pada Farah. Satu-persatu yang ada pada wajah Farah ditilik tanpa henti. Dia suka dengan wajah itu. Lebih-lebih lagi matanya.

'cinta.'

Ting!

Telefonnya berbunyi lagi. Dia melihat skrin telefon yang terpapar satu ayat dari Nik. Dia tahu, lelaki itu bukan saja-saja menghantar mesej.

'Pihak Jay mula serang dengan dua markas kita yang berbeza dalam satu masa. Grup Hyan dan Waiz sudah serang dengan lebih awal di markas terletak di dua daerah berlainan dan mereka berjaya. Nampaknya Iriz yang jadi ketua mereka hari ni.' — Nik.

Danny tidak membalas. Dia hanya menatap skrin telefon itu saja. Jam di tangannya di kerling. Tak lama lagi, sampailah dia ke negara asalnya.

"Sayang.."

Danny mengejutkan Farah. Tangannya mencuit bahu gadis itu. Banyak kali juga lah Farah mengigau kecil apabila Danny mengejutkannya.

   "Hm? Dah sampai ke?" Mata Farah mencelik. Dia sempat bertanya sebelum mengangkat kepalanya dari bahu Danny.

"Nak sampai dalam masa 30 minit macam tu," jawab Danny.

Farah melihat sekeliling. Hanya beberapa orang saja yang berada di bahagian kelas teratas ini. Selebihnya, mestilah anak buah Danny yang lain.

     "Hmm abang betul-betul ke nak tinggalkan saya?" soal Farah.

Danny mengerutkan dahinya. Matanya memandang tepat ke wajah Farah. Dia hairan apabila Farah kelihatan risau dengannya.

   "Kenapa tanya soalan pelik macam tu? Abang kena uruskan Jay yang sejak azali asyik berdendam dengan abang," jawab Danny.

"Tapi saya takut..."

"Jangan risau lah. Abang lagi hebat dari dia tu. Sampai bila-bila pun Farah tetap ada di sisi abang," jawab Danny.

Farah mengeluh kecil. Entahlah. Dia rasa tak sedap hati. Tambahan pula dia kena berseorangan apabila di rumah mama mertuanya.

     "Jangan risau sangat. Nanti baby penat juga. Abang tak nak sayang dan little pumpkin penat juga," ujar Danny.

"Jangan tinggalkan saya tau." Farah tidak membalas kata-kata Danny tapi sebaliknya menuturkan kata lain.

"I will not leave you."

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now