"Apa yang mak cik buat dekat rumah ibu saya. Apa kena mengena ibu dengan hal saya?!" jerkah Ayriana.

Tiada budi perketi kalau dengan wanita ini! Memang patut di jerkah sesuka hati masuk ke rumah orang dan membuat onar.

"Kami cuma datang melawat..salah ke?" kali ini Aireen menyelet di antara mereka. Sama gaya, memang emak dengan anak sama sahaja. Menyakitkan hati!

Dengan hati yang makin panas dia mendekati. "Lawat apa kau cakap? Lawat apa?! kalau sampai rumah aku berselerak! Ibu aku cedera! Lawat apa!" hendik dia.

Sehinggakan semua orang yang berada dekat dengan mereka mulai menjenggah melihat kepada mereka. Tapi satupun tidak berani untuk menghalang.

"Hei! Tak payah dah jerkah-jerkah lah! Pekak telinga lah aku perempuan sundal!" balas Puan Dahlia balik.

Makin menjadi-jadi. "Ya perempuan sundal tu mak cik! Datang dalam keluarga kitorang. Rampas ayah! Buat fitnah dekat ibu! Itu bukan perempuan sundal ke!"

Pang!

Satu tamparan dia terima daripada Aireen kepada dia. Ayriana tetap koyak dengan senyum kalau orang lain melihat pasti fikir di orang gila!

Kesah apa?! dia memang mahu jadi orang gila sekarang!

"Ini sebab kau hina mama aku!" jerkah Aireen yang sudah tidak ada kesabaran.

Bukannya dia menangis. Malahan. Dia ketawa kecil.

"Kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap. Kau dengan mak kau sama ja! Kau ingat aku tak tahu. Selama ni kau ada rancang nak rampas Kamal daripada aku kan! Sebab apa kau suka kan dia?!" jerkah dia.

Dia menghampiri. Lebih dekat dengan mata yang di jeling tajam kepada Aireen.

"But..so sad. Kamal tak pandang pun kau sama sekali.." ucap dia dalam berbisik tapi masih dapat di dengari mereka bertiga.

Sekali lagi Aireen mengangkat tangan cuba untuk menampar dia tapi cepat-cepat Ayriana menghalang tangan gadis tersebut serta merta dia menolak tubuh tinggi lampai kakak tirinya itu dengan sekuat hati!

"Ah!!!!" Aireen menjerit saat terjatuh terduduk di atas lantai halaman rumah tersebut.

Serta merta tubuh Ayriana pula yang di tolak. Tapi nasib baiklah dia dapat seimbangkan tubuhnya daripada jatuh.

"Biadab kau kan!"

Ayriana berpaling. Makin dia koyakkan senyuman sinisnya. "Saya tak akan biadab kalau mak cik dengan anak mak cik ni tak buat hal dengan ibu saya. Itu dah mencabar saya sendiri!" balas dia.

Nasib baiklah perkarang ini tidak di ketahui lagi oleh along di sebabkan abang sulungnya itu ada kerja di luar negeri menguruskan beberapa kes di sabar sana.

Dan dia pun, tidak berancang untuk memberitahu along soal ini terutama ini permintaan ibu mereka sendiri.

"Biadab!" telihat puan Dahlia melihat sekeliling tempat dia berdiri dan berjalan kearah satu kayu yang tersadai di tepi laman rumah tersebut.

Setelah mendapatkan terus sahaja wanita tersebut mendekati kepada dia.

Sekali libasan dia dapat menghalang dan serta merta kayu tersebut jatuh dengan sekali gerakkan pantasnya.

"Tak guna!"

"Mama! Aireen dapat tangan dia cepat!" tangan dia terkunci kerana Aireen mengilas lengannya ke belakang.

Dengan sepantas tangan Puan Dahlia pantas menampar pipi kanan Ayriana sehinggakan wajahnya berpaling ke kiri.

Terasa pejalnya tidak lagi kebar pipi kirinya pula mendapat habuan yang sama. Kepalanya beralih ke kiri dan setelah itu tubuhnya di tolak kasar oleh Aireen.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now