[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒏

Start from the beginning
                                    

Doktor Kamal terkejut. Nasib baik dia tidak memberi ubat tahan sakit lagi. Jika tidak, remaja ini akan mati.

"Bagaimana ini doktor?"

"Apa yang mereka dah buat?" Gugur jantung Doktor Kamal melihat keadaan remaja itu. Dia sudah buntu apa yang perlu dilakukan.

"Doktor!"

Doktor Kamal menoleh pada pelatih lain. Dia melangkah ke arahnya.

"Kenapa?"

"Ada sesuatu tak kena."

Pelatih lelaki di bawah didikannya menunjuk bahagian pinggang remaja itu seakan telah dibedah. Luruh jantung Doktor Kamal melihat cedera besar itu. Adakah mereka mengeluarkan organ remaja ini? Mengapa mereka begitu kejam?

"Ta-tadi kita scan buah pinggang pesakit ada dua atau se-sebelah sahaja?" Soal doktor Kamal gelisah ingin kepastian. Dia menahan debaran di hati jika ada organ yang sudah dikeluarkan dari badan remaja ini.

"Ada dua-dua doktor." Jawab pelatih tersebut.

Hairan. Dia tidak mengerti mengapa mereka hanya membedah dan menjahit semula tetapi tidak mengeluarkan organ yang berada di dalam badan remaja ini.

Apa tujuan mereka buat begini? Ingin membuat remaja ini menderita? Atau-- kerana dadah berlebihan di dalam badan remaja ini yang membuat mereka tidak mengeluarkan organnya? Adakah ini sengaja dirancang? Tapi ini sungguh melampau!

"Kejap.." Dahi Doktor Kamal berkerut melihat cara dibedah dan jahitannya.

"Bagi kanta pembesar."

Pelatih itu mencapai lalu memberi kepada doktor.

Doktor meneliti jahitan tersebut. Dia kenal cara ini dibedah dan jahitannya. Dia kenal amat. Persis..

Tidak mungkin..

Tidak mungkin Doktor Zain terlibat, tidak mungkin.

"Marc!"

Marc yang sedang memerhati dengan cemas melangkah mendekati bapanya.

"Cari Doktor Zain kat mana dia sekarang."

"Baik abah." Marc terus beredar.

"Doktor.. nadi dia semakin lemah. Pernafasan dia semakin menurun. Pesakit ini sudah kritikal, doktor." Cemas pelatih doktor lelaki itu.

Doktor Kamal memandang remaja itu. Tidak, Kytor tidak boleh pergi begitu sahaja. Aku patut melaksanakan tanggungawabku untuk Sara. Aku patut tunaikan janji dia. Jaga anaknya.

Ya, sepatutnya doktor Kamal menjaga Kytor dari kecil tetapi malangnya Madam Luisa mengambil hak penjagaan ke atas remaja itu terlebih dahulu. Jadi, dia sudah terlambat dan hanya memerhati keadaan remaja itu dari jauh. Disebabkan itu dia sering merawat Kytor setiap kali sakit di sana.

"Kuatkan lagi oksigen."

"Tapi doktor--"

"Just do it!"

Mereka terus membuat seperti mana doktor Kamal memberi arahan.

Doktor Kamal mengusap kepala remaja itu. Dia membisik perlahan di telinga remaja itu.

"Kuat Kytor.. Please.."

"Doktor.." Pelatihnya tidak mampu mengatakan apa-apa setelah melihat badan remaja itu menolak untuk diselamatkan.

Doktor Kamal habis akal.

"Ya Allah! Bagaimana aku mahu tunaikan janji aku pada arwah Sara?"

"Sara.. aku minta maaf. Tapi, tolong jangan ambil Kytor lagi.. tolong Sara.. aku ingin tunaikan janji kau.." pinta Doktor Kamal.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now