"Lama dah sampai. Macam macam dah borak dengan Sha ni" sempat aku menyuruhnya memanggil aku dengan panggilan 'Sha' sahaja. Tak perlulah sampai Natasha.

"I see. Lepasni kemana bang?" tanya Ruby sambil meneguk air.

"Balik lah kot. Abang tengok kawan kawan abang pun macam dah black out je tu" katanya sambil menunjuk ke arah meja kawannya.

Betullah tu, kebanyakkannya sudah pun melelapkan mata. Taktahu berapa botol dah diorang minum.

"Great. Abang hantarkan Sha balik boleh? Ian nak bawak adik jalan jalan KL kejap" jalan jalan lah sangat kan. Macam aku tak kenal je korang dua tu. Dah lah main pass je aku dekat abang dia. Bebel aku dalam hati.

"Nak ke Sha balik dengan abang?" tidak menjawab soalan adiknya malah bertanya pula soalan kepada aku.

"Takkan I balik naik grab" jawabku sambil gelak.

"Hahaha okay no worries. Abang akan hantar bestfriend adik ni sampai depan rumah" katanya kepada Ruby sambil tabik hormat seperti askar.

"Bye babe. Take care and love you!" kata Ruby sambil melagakan pipinya ke pipi aku dan bangun berlalu bersama Ian.

"So nak balik sekarang ke?" tanya Iskandar sejurus adik dan teman lelakinya tiada di situ.

"Macam best je jalan jalan KL, kita jalan jalan dulu before balik boleh ke?" tanyaku kembali. Awal lagi ni, balik rumah pun bukannya ada buat apa apa.

"Okay let's go" Iskandar bangun dan menarik tangan aku keluar dari tempat itu.

~

Setelah beberapa tempat kami pusing, tahu tahu kami telah sampai di puncak Genting Highland atas kerana aku mahu melihat permandangan di atas itu. Kami hanya duduk di dalam kereta sambil menikmati permandangan atas faktor ramai orang yang melepak. Sebelum sampai ke atas tadi sempat kami drive thru membeli Mc' Donalds di RnR Genting Sempah.

"Jom makan dulu before kita keluar kereta" kata Iskandar lalu mengeluarkan burger dan ayam yang kami order tadi.

"You berapa lama dekat KL ni Is?" tanyaku memecahkan kesunyian. Dari tadi bunyi mengunyah sahaja.

"Sebulan. Jumpa client and saje balik sebab dah lama tak spend time dengan family I"

"I see" aku dah taktahu nak tanya apa dah.

"Btw I nak tanya sikit boleh ke?" tanyanya meminta kebenaran aku. Lain macam pula.

Aku mengangguk membenarkannya.

"Boleh ke kita berkawan?" tanya Iskandar dengan perlahan dan dapat aku rasakan panahan matanya.

"Asalkan you takde girlfriend then I okay je. Apalah you ni, itu pun nak tanya" aku ketawa sinis. Aku tidak suka berhubungan dengan seseorang yang mempunyai pasangan. Aku faham akan perasaan wanita lain apabila teman lelakinya mempunyai kawan wanita.

"Don't worry, I single hehe. Tapi kalau boleh I taknak adik I tahu. I mean for now. Taknak lah dia kata I amik kesempatan nak try bestfriend dia pula" Kalau yang ni aku setuju. Aku pun tak nak Ruby tahu kerana mungkin dia akan salah faham. Aku tak nak dia ingat aku rapat dengannya hanya untuk abangnya walaupun aku dan Ruby dah berkawan sejak 5 tahun lepas.

"Okay" kataku bersetuju dengan cadangannya.

Sesudah makan, Iskandar mengajakku keluar dari keretanya dan duduk di depan keretanya. Aku mengambil langkah duduk di atas bonet depan keretanya.

Permandangan malam yang sangat cantik walaupun cuaca agak sejuk dan angin yang sangat kuat. Sempat aku melihat 17 Celcius di atas itu. Boleh tahan sejuk. Aku yang kedinginan berpeluk tubuh. Kelihatan Iskandar sedang mengisap vapenya di sebelah aku. Dia juga kelihatan berpeluk tubuh. Sejuk juga mungkin.

A B A N G [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now