l i m a

24.7K 93 0
                                    

Malam berlalu dan jam menunjukkan pukul 10:15 malam. Aku sudahpun bersiap memakai baju crop top berwarna grey dan juga seluar jeans hitam yang ketat dan dipadankan dengan kasut baru yang dibelanja oleh Iskandar tengahari tadi.

Aku dan Ruby telah berjanji untuk pergi dan melepak di kelab malam pada malam ini memandangkan malam ini Ladies Night.

Kereta yang dinaiki Ruby yang dipandu oleh pemandu keluarganya itu telah sampai di lobi rumah baru aku. Kami selalunya pergi ke kelab malam memang tidak suka untuk memandu kereta kerana kami tidak suka memandu dalam keadaan yang mabuk. Ingat, don't drink and drive ye teman teman! Justeru itulah pemandu Ruby sering membawa dan mengambil kami.

~

Seperti kebiasaan aku, Ruby dan Ian akan duduk di meja biasa yang telah kami tempah untuk setiap rabu malam. Aku memerhati keliling, bermacam ragam ada pada malam ini. Ada yang menari, melompat, bercium dan meraba pun ada. Ada juga yang hanya duduk diam melayan lagu dan minum seperti aku.

Beberapa ketika, Ruby dan Ian meminta diri untuk ke pentas tari. Tinggallah aku seorang di situ. Ada juga aku message kepada Jay untuk mengajaknya teman aku pada malam ini tapi malangnya dia ada family dinner. Nampaknya memang aku seorang jelah harini. Tidak ada pula lelaki yang menarik perhatian aku pada malam ini.

"What a coincidence" sofa di sebelahku diduduki seseorang dan orang itu meletakkan satu tin coca cola yang telah dibuka di atas meja.

"Iskandar?" apa abang Ruby buat dekat sini?

"Hello Natasha, we meet again" dia mengambil tangan kananku dan mencium seketika.

"You datang dengan siapa? Adik I ke?" katanya lagi apabila aku tidak membalas apa apa.

"Haah, dengan boyfriend dia sekali" kataku sambil menunjuk ke arah Ruby dan Ian yang sedang berpelukan menari di pentas tari.

"Wow Chinese ya taste adik I"

Kami gelak.

"Boyfriend you tak datang ke?" aku tahu tu soalan menjerat.

"Nope and I tak ada boyfriend" balasku sambil memandang ke arah Iskandar. Dia kelihatan kemas pada malam ini, dengan rambutnya yang menutup dahi dan baju satinnya dengan membuka beberapa butang atas.

"You datang sorang je ke?" tanyaku ingin tahu.

"Takdelah, datang dengan kawan kawan I" sambil menunjuk ke arah meja yang selang dua dari meja aku. Kelihatan beberapa lelaki dan perempuan di meja itu. Boleh dikatakan meja yang paling bising di sini pada malam ini.

"Wanna join?"

"Tak kot, I tak suka ramai ramai sangat" bukan tak suka cuma mereka bising sangat. Tak selesa aku dengan keadaan begitu. Cukuplah bising dek kerana muzik.

"Okay I teman you dekat sini" aku hanya diam. Kalau aku menolak pun aku tak rasa dia akan bergerak.

Kami berdua berborak lama disitu, dan makin lama makin menyerlah persona lelaki yang berpangkat abang kepada kawan baik aku tu. Kami berborak tentang pelajaran aku, kerja dia. Papanya memberi kepercayaan terhadapnya berkenaan kompeni papanya dan justeru itulah dia harus bekerja di Singapura untuk mengambil alih menguruskan anak syarikat papanya itu.

"Abang! Bila sampai?" kata Ruby yang datang ke meja kembali bersama Ian.

"Ian"

"Iskandar, her brother"

Ian dan Iskandar memperkenalkan diri dan bersalam. Boleh aku nampak Iskandar ni sporting dan open minded kerana dia tidak pula bising kepada Ruby dan Ian walaupun dia sudah nampak mereka berdua berpeluk tadi.

A B A N G [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now