[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏

Start from the beginning
                                    

Perlahan matanya mengatup semula.

Alex hairan. Dah kenapa budak ni? Aku dah pijak tempat luka boleh pula dia sambung tidur semula?

Dia menolak bahu remaja itu ke lantai menggunakan kasutnya disebabkan remaja itu tidur dalam posisi tidur mengiring. Lantas, kasutnya menekan perut remaja itu yang menyebabkan luka badan belakang bertemu lantai keras. Semakin lama semakin kuat Alex menekan perut remaja itu yang turut cedera.

Kytor tersedar, "ARGH! SAKIT LAH BAB*!!"

Merah wajah Kytor menahan sakit yang teramat perit. Tangan mencengkam kuat kaki Alex menolak dari terus menekan perut dan badan belakangnya yang cedera baru ini. Tetapi dia tidak berdaya, kekuatan itu seakan hilang dari dirinya.

"Ha tahu pun sakit! Aku kejut kau bangun tak nak bangun! Pastu bukan main tidur sedap lagi ek?"

Kytor menahan perit di badan yang sedang berdenyut-denyut. Hampir sahaja dia putus nafas diperlakukan begitu.

Mahu tidur pun ada sahaja tidak kena di mata lelaki itu.

"Asal diam? Bukan main tadi ketawa macam nak gila?"

Kytor mengalih pandangan ke arah lain. Tiada kuasa dia mahu mendengar lelaki asing itu membebel.

Alex duduk mencangkung. Senyuman sinis terbit di bibir.

"Aku ada surprise untuk kau, Kytor. Mesti kau suka."

Alex memanggil anak buahnya dari luar. Anak buahnya masuk membawa arnab tadi. Dia memberi kepada Alex.

Kytor masih di kedudukan sama. Tidak memandang lelaki itu dan berdiam di situ.

"Kytor look what I found."

Kytor menoleh. Mata dia terpaku ke arah arnab itu yang berada dalam cengkaman Alex. Itu bukan ke arnab dia? Dia melihat kaki arnab itu yang punya tanda lahir.

Betul! Itu arnab dia!

Kytor terus bangun dan mendapatkan arnab itu tetapi Alex tangkas berdiri dan jauh dari remaja itu. Dia senyum sinis.

"Hei! Kau.. jangan apa-apa kan dia. Jangan!"

"Kenapa? Kau takut dia kena bunuh ke? Bukan ke kau tak sayang binatang Kytor? "

Kytor menggeleng.

"I--itu lain. Tak.. aku sayang dia. Jangan apa-apa kan dia."

"Kenapa? Kau sayang dia ke? HAHA!"

Jantung Kytor berdegup laju saat arnab kesayangannya berada dalam cengkaman lelaki itu. Dia takut. Dia takut kehilangan arnab tersayangnya. Dia sangat sayang kan Neddie.

Neddie separuh nyawa dari hidup dia.

"Aku pelik. Kau sayang haiwan ni dari pemberian mak tiri kau yang dah buang kau. Patut nya kau benci haiwan ni."

Kytor menggeleng. Dia dah anggap arnab ini teman hidupnya.

"Jangan apa-apa kan dia. Tolong lah!"

Kytor dengan badan yang sakit cuba untuk berdiri tetapi dia tidak mampu bergerak sekalipun.

"Kau cakap apa lagi sekali? Aku tak dengar."

Kytor mengetap bibir. Dia tahu lelaki ini sengaja mengugutnya. Dia cukup terseksa jika Alex akan membunuh arnabnya. Biarlah dia sahaja diseksa, jangan arnab ini menjadi mangsa dia pula.

"A--ku cakap.. tolong..

----

--tolong jangan bunuh dia. Jangan apa-apa kan dia."

Rayu Kytor dengan nada perlahan seraya memejam mata rapat. Dia menahan cecair jernih dari keluar. Dia takut Neddie mati. Neddie seperti nyawanya yang dijaga. Dia tidak mahu itu terjadi!

"Aku tak dengar! Apa lagi sekali? Kau pandang muka aku!" Pekik Alex.

Perlahan Kytor mengangkat wajah memandang Alex yang sedang mencengkam haiwan itu. Dia memandang Neddie lantas mata dinaikkan ke arah wajah bengis lelaki itu. Dia sanggup merayu demi arnab kesayangannya.

"To--tolong ja--jangan apa-apakan Neddie."

Neddie? Dahi berkerut lantas dia menunduk memandang arnab di cengkamannya.

"Ouh ni Neddie? Kau namakan dia Neddie? HAHAH! Hai Neddie." Alex memegang sebelah tangan arnab dan membuat lambaian pada remaja itu.

Alex memandang kembali Kytor yang berwajah kerisauan.

"Tak payah buat muka kesian sangat! Aku boleh buat apa kau minta. Tapi! Kau kena dengar cakap aku? Boleh?"

Kytor masih diam. Mulut masih terkunci mendengar ayat lelaki itu. Dia benci akan lelaki asing itu.

"BOLEH TAK?!" jerkah Alex.

Kedua-dua bahu remaja itu terhenjut sedikit dengan jerkahan lelaki itu.

"Boleh.." perlahan dia menjawab.

Alex tersenyum puas. Dia seronok. Seronok dapat melihat remaja itu sedang sedih.

"Boleh aku nak Neddie?" Pinta remaja itu

Alex memandang lama remaja itu seakan berfikir.

"Hm.." dia memberi arnab itu pada remaja itu. Remaja itu kelihatan gembira. Dia memeluk arnab kesayangannya, sudah lama mereka tidak berjumpa.

Alex terus keluar dan menutup pintu tersebut.





᪥᪥᪥

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥





Bila lah ada orang nak selamatkan dia?

Vote and comment okay. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now