[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏

Começar do início
                                    

Sebelah kening Alex terangkat memandang arnab di pelukan lelaki itu. Sejak bila Bobby beli haiwan? Mana dia dapat duit?

"Kau beli kat mana arnab ni? Banyak duit kau."

"Hahaha! Apalah kau Alex! Kan kita jumpa masa tu kat rumah client kau. Dah arnab ni comel, aku ambik. Comel giler, tengok bulu dia--

"Jap, jap! Client mana ni?"

Bobby mengeluh kecil. Apasal lah dia ni cepat lupa? Baru je dia jumpa client haritu.

"Client budak kau seksa tu lah. Kau ni dah lupa ke?"

Dahinya berkerut. Client budak gila tu? Alex memandang arnab tersebut. Kening bertaut dan pandangan lama menyinggah pada binatang itu..

Dia menepuk kuat dengan gembira, mengejutkan Bobby di hadapan.

"Kau dah kenapa?"

"HAHA! aku dah ingat! Masa aku jumpa perempuan tua tu. Budak tu turun, dia bawa arnab ni. Aku rasa ni haiwan kesayangan dia sebab aku tengok dia happy je."

Bobby mengangguk seraya meng'oh' sahaja. Jadi apa kena mengena? Dia tidak faham.

Alex merenggut kasar haiwan itu dari dakapan Bobby. Bobby terkejut.

"Eh, eh! Kau nak bawa mana? Dah jadi aku punya lah!" Jerit Bobby tidak puas hati.

Alex senyum sinis.

"Aku nak ajar budak tu. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Kau nak, nanti aku belikan lain." Ucap Alex lalu beredar dari situ.

Wajah Bobby berubah masam. Baru sahaja dia ingin bermain, sudah dirampas orang lain pula. Haih! Apalah nasib.











Alex menghadap pintu tertutup ruangan tersebut. Dia memberi haiwan itu pada salah seorang anak buahnya lalu menekan satu persatu nombor kod digital di pintu akses untuk membuka. Setelah diberi kod tersebut, pintu terbuka sendiri. Dia menolak pintu dan melangkah masuk ke ruangan remaja itu.

Kelihatan remaja itu sedang terbaring membelakangi nya. Bajunya terlihat terkoyak dan retak setelah dipukul secara ganas oleh dia dan anak buahnya. Kedua kaki remaja itu semakin membengkak berdarah kerana mereka masih tidak merawatnya.

Alex melangkah mendekati remaja terbaring itu. Kelihatan dia sedang tidur. Letih barangkali? Letih ketawa mungkin?

Kasut berjenama Alex mencuit badan remaja itu dengan kasar untuk mengejutkannya.

"Woi! Bangun."

Sekali dikejutkan dia tidak bangun. Tak terganggu atau tak terjaga langsung. Dah mati ke budak ni?

Dia mencuit lagi.

"Woi! Aku kata bangun! Bangun lah!"

Dia masih begitu tidak bergerak. Nak cakap bernafas memang budak ini masih bernafas.

Alex geram. Budak ni memang cari pasal. Dia dengan perasaan bercampur baur menyepak dan menendang badan remaja itu yang sudah cedera. Kaki menjadi sasaran seterusnya lalu dia memijak kaki remaja itu.

Ia merobek tisu dalam, sehingga memperparah keadaan luka dan menambah risiko pendarahan yang lebih teruk.

"AHH!!"

Kytor rasa sakit yang hebat. Dia mengalami kesulitan bernafas dan mengalami pusing, serta denyut nadi yang cepat dan lemah.

Terlalu sakit. Ia terasa kebas dan berdenyut-denyut di bengkak cedera tersebut.

Amat perit.

"Ha.. bangun pun!"

Kytor terjaga dalam keadaan lemah. Dia ingin tidur tetapi diganggu lelaki asing ini. Sejujurnya, dia sangat mengantuk. Kedua mata terlalu berat dan kepala masih berpinar dari tadi. Badannya tidak perlu dikatakan lagi, ia perit dan pedih.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Onde as histórias ganham vida. Descobre agora