Bab 1

1.1K 126 7
                                    



ADRA menutup buku teks. Dia baru selesai mengulang kaji pelajaran untuk hari esok. Kerja sekolah dah siap. Dia pun kebosanan nak isi masa rehat dengan apa.

"Adra, kenapa tak turun kantin?" Atikah, rakan sekelasnya menegur.

Adra senyum pada Atikah.

"Tak lapar. Saya sarapan banyak pagi tadi. Hehe."

"Ohh... Okay! Saya turun dulu tau!" Atikah meminta diri.

Adra mengangguk. Hanya senyum. Dia melambai tangan pada Atikah. Selepas Atikah beredar, dia kendurkan senyuman. Menghela nafas.

Dia menongkat dagu merenung luar tingkap kelas. Ada suara riuh-rendah di luar. Mungkin ada pelajar lelaki bermain bola keranjang.

Betullah tekaan Adra, ada perlawanan bola keranjang di bawah sana. Perlawanan kecil- kecil saja. Antara empat pemain. Semua elok berseragam sekolah. Mesti bermain sebab nak tunjuk hebat.

Ramai pelajar perempuan bersorak bila salah seorang pemain golkan jaring. Tak lain tak bukan kerana orang itu Tengku Hayyan.

Adra hembus nafas. Bahagianya hidup mereka yang punya masa untuk bersorak pada lelaki. Tak perlu fikirkan apa-apa, hanya fikirkan siapa crush mereka, fikirkan bagaimana hendak menarik perhatian crush mereka.

Adra senyum pahit. Berdosa kah dia pertikaikan hidupnya?

Mama papa sudah enam bulan genap bercerai. Dan sekarang, dia tinggal sendirian di rumah. Sebab papa tak nak duduk rumah tu. Papa ada rumah lain dengan isteri barunya.

Mama pula, sudah berkahwin baru dengan lelaki kaya. Mesti mama bahagia sekarang.

Adra... Ditinggalkan sendirian. Sebenarnya hak penjagaan dia jatuh pada papa. Tapi papa tak mahu jaga. Papa cuma berikan rumah padanya. Dan beri duit belanja.

Adra faham, papa sudah ramai anak tiri. Papa tak nak penuhkan kepala dengan fikirkan hak penjagaannya. Mungkin papa pun meluat melihat muka dia yang mirip mama. Adra sendiri tak mahu tinggal dengan papa.

Mama pula, tidak pernah sekali pun ajak dia tinggal bersama. Mama terus terputus hubungan dengannya sejak bercerai. Mungkin itu juga faktor kenapa papa tak pedulikan dia.

Adra menarik nafas dalam-dalam. Perit dadanya hendak bernafas. Papa cuma bagi RM200 sebulan untuk perbelanjaannya. Selebihnya dia perlu cari sendiri duit untuk makan minumnya.

Dia perlu cari kerja separuh masa. Dalam usianya 17 tahun, agak susah sebenarnya. Tapi dia tetap cari apa-apa kerja. Padahal dia sendiri sedang sesak dengan persediaan SPMnya.

Adra senyum melepas nafas. Dia menatap langit.

Dia yakin, ada sesuatu yang bahagia menunggunya. 

Adra Hayyan (Ebook)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora