『24』

693 38 3
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟸𝟺 - 𝙲𝚘𝚖𝚎 𝚊 𝚝𝚑𝚘𝚞𝚜𝚊𝚗𝚍 𝚝𝚎𝚜𝚝𝚜, 𝙸 𝚠𝚒𝚕𝚕 𝚜𝚝𝚒𝚕𝚕 𝚠𝚊𝚗𝚝 𝚝𝚘 𝚐𝚘 𝚝𝚑𝚛𝚘𝚞𝚐𝚑 𝚝𝚑𝚎𝚖 𝚓𝚞𝚜𝚝 𝚏𝚘𝚛 𝚢𝚘𝚞.

Menjelang lagi beberapa minggu sebelum majlis pernikahan mereka, masing-masing sudah mula sibuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Menjelang lagi beberapa minggu sebelum majlis pernikahan mereka, masing-masing sudah mula sibuk. Selain daripada bakal raja sehari pun sama terlibat. Aisyah, Imran dan Datuk Majid mula memainkan peranan tersendiri.

Kakaknya, Aisyah orang pertama yang paling semangat mahu menjadi pakar mencarikan busana pengantin bagi majlis pernikahan, persandingan sehinggalah ke extra event cadangan daripada Aisyah sendiri yang sememangnya memasang niat untuk menghabiskan duit Khaleel lagi iaitu photoshoot selepas berkahwin. Ke semua acara dicadangkan menggunakan busana yang berbeza dengan alasan "sekali sekala"nya itu.

Manakala Imran pula ditugaskan untuk menyusun jadual kerjanya dengan membahagikan waktu bila mana dia perlu menghadiri mesyuarat, menyiapkan kerja dan sebahagian waktu yang perlu diperuntukkan untuk melakukan persiapan perkahwinannya seperti bertemu wedding planner, pihak catering dan banyak lagi yang tidak dapat dia ingat dengan jelas melainkan dengan bantuan pembantu peribadinya itu.

Dan Datuk Majid dengan cadangannya untuk menaja sebuah dewan khas buat perkahwinan anak lelakinya itu yang masih mengundang kemarahan Datin Fauziyah yang sedikit pun tidak mahu masuk campur dengan apa yang terjadi.

Dan orang yang paling bersenang-lenang dalam hal adalah bakal permaisuri sehari nanti. Pelik bukan? Tapi memang ini permintaan dari Khaleel sendiri. Dia tidak benarkan Qaisarah turut sama pecah kepala memikirkan soal persiapan perkahwinan mereka walaupun berkali-kali gadis itu cuba masuk campur dan meminta dia agak mengadakan majlis perkahwinan seringkas yang boleh.

Tapi Khaleel sedikit pun tidak bersetuju jika dia masih merasakan masa lampaunya menyebabkan dia tidak layak diraikan juga seperti orang lain. Khaleel boleh hidu tentang itu dan dia tidak mahu Qaisarah melekat pada mindset yang masyarakat tanamkan dalam dirinya itu selama-lamanya. Dia juga manusia.  Dia layak disayangi juga. Disebabkan itulah Khaleel teguh dengan hasratnya untuk mengadakan majlis perkahwinan sama seperti impian pasangan lain.

Tugas gadis itu cukup senang saja. Patuh pada arahannya, angguk geleng saja pada perkara yang memerlukan persetujuan dan perbincangannya ataupun ikut kemana mereka pergi sepanjang persiapan dilakukan.

Dan hari ini Qaisarah terpaksa mengikuti Imran yang ditugaskan untuk membantunya ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan sijil lahir Qaisarah yang hilang memandangkan Khaleel perlu melengkapkan beberapa dokumen dan borang berkaitan akad nikah mereka nanti.

"Awak, saya tak ada ic. Saya tak ingat sejak bila ic tu hilang tapi daripada mummy jumpa saya dulu, saya memang tak ada apa-apa. Jadi macam kita nak kahwin." Luah Qaisarah yang kelihatan sangat susah hati.

The Lost GirlWhere stories live. Discover now