↳ [ 11 | HELL ROOM ]

742 57 8
                                    

୨⎯  K U D R A T | F L A M B É⎯୧

"Kahar, aku ada benda nak cakap dengan kau." Zahrin duduk di atas katil Kahar. Perbualan antara Hakeem dan Kahar terhenti.

"Apa dia?" Zahrin menjilat bibir bawahnya sebelum berkata "Budak Fakhri tu dah melampau. Dia cakap kau takut kalah dengan dia. Sebab tu sampai sekarang sesi restu antara kau dengan dia ditangguhkan." Hakeem membuat muka berang.

"Budak Fakhri tu dah kenapa sial? Berani cabar Kahar. Silap hari bulan, dia yang KO nanti Kahar kerjakan. Kan Kahar?" Kahar menghiraukan bicara Hakeem. Rahangnya diketap.

"Dia cakap macam tu?" Tatapan Kahar berubah tajam. Zahrin mengangguk mengiyakan.

Kahar memejamkan matanya bersandar di kepala katil merendam emosi. Fakhri benar-benar mencabarnya. Awalnya,dia mahu menangguhkan sesi restu ini sehingga pulang ke KUDRAT namun disebabkan Fakhri telah menyulut emosinya,dia mengubah rancangannya.

Sesi restu antaranya dan Fakhri pasti akan berlaku. Di sini, FLAMBÉ.

"Macam mana sekarang ni? Kau takkan diam je." Zahrin merenung ketuanya. Kahar menghembuskan asap rokoknya ke udara.

"Sesi restu tu tetap akan berlaku."

"Kat sini? FLAMBÉ?" Mata Hakeem membulat. Sekolah orang kot. Apa-apa jadi nanti macam kes madu hari tu habis Kahar kena golok dengan bapak dia. Kahar mengangguk mengukir senyuman sinis.

"Ye. Kat sini." Dahi Zahrin berkerut seribu.

"Kalau kantoi macam mana? Lagipun FLAMBÉ ni besar,banyak tempat yang kita tak tahu. Kita ni tujuh orang je. Sape nak jaga line? Dengan High Council lagi." Kahar tidak menjawab tetapi matanya sudah bersinar penuh makna. Dia dah dapat idea.

"High Council tu aku boleh settle kan. Mula-mula,kita kena cari tempat sesuai untuk sesi restu. Tempat yang tersorok dan tak ramai orang tahu." Ucapnya lagi. Hakeem berfikir keras.

"Belakang bilik seni tu? Nampak macam kawasan terbiar je, gelap pula tu. Boleh kan?" Dia memberi cadangan.

"Tak payah. Aku dah jumpa tempat dia. Cuma kena booking je." Hakeem dan Zahrin berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh kapla mereka.

"Kenapa kena booking? Nak booking kat sape?" Soal Hakeem tidak mengerti. Kahar terkekeh perlahan.

"Kau tunggu je lah esok."









































୨⎯  K U D R A T | F L A M B É⎯୧

"

Ada apa-apa yang saya boleh bantu kamu semua,boys?" Puan Marynna membetulkan posisi duduknya memerhati ketiga pelajar lelakinya. Hakeem dan Zahrin tersenyum plastik tidak tahu mahu menjawab apa sementara Kahar pula tersenyum penuh makna.

Puan Marynna menyipitkan matanya merenung wajah Kahar. Wajahnya macam pernah dia lihat. Tapi kat mana?

"Puan Marynna—" Mukadimah Kahar terpotong oleh Puan Marynna.

"I prefer you call me madam." Puan Marynna menyembunyikan kekesalannya dengan senyuman penuh plastik.

Dia benci bila orang panggil dia Puan.

KUDRAT | FLAMBÉWhere stories live. Discover now