CHAPTER 01

928 70 4
                                    

LANGKAHNYA makin dipantaskan. Segenap laluan itu hanyalah berupa dinding besi yang berpanjangan. Tiada apa yang menarik melainkan besi dan besi dan besi. Bangunan ini seolah bangunan yang paling buruk rekaan baginya.

Tiada lukisan-lukisan mural yang cantik, tiada hiasan pokok untuk menaikkan suasana. Semuanya kosong semata-mata. Sesiapa yang melihat pasti berasa seperti berada di sebuah pusat tahanan.

No mercy. Itulah prinsip kumpulan gelap itu.

Red Eyes.

Seorang gadis lantas merentap kuat kad yang tergantung di lehernya sehinggakan tali rantai itu terputus. Sekali letak di hadapan satu objek hitam berkilat, pintu terbuka. Pengawal yang bersenjata di kiri dan kanan pintu itu menunduk sedikit seakan hormat akan kehadiran gadis itu dengan senyuman.

Dhea tidak membalas senyuman yang diberikan oleh kedua pengawal itu. Wajahnya beku. Marah, itu yang paling dirasainya sekarang.

Setelah apa yang lelaki itu lakukan, dia berasa sangat marah pada sesuatu yang tidak sepatutnya dia marah.

Kerana dirinya sudah terlalu sayang pada wanita itu.

Dhea melihat pantulan wajahnya di cermin. Rambut yang diikat telah dibuka ikatan getahnya. Rambut dibiarkan saja ditiup angin menambahkan lagi kejelitaannya.

"Pretty." Satu suara lelaki menyapa. Dhea tidak terkejut. Dia hanya melihat pantulan lelaki yang membuat dirinya dalam keadaan tidak baik di dalam cermin dengan pandangan tajam. Dirinya kelihatan tenang.

Pada masa yang sama, marah kerana masuk ke dalam biliknya sesuka hati.

Sangatlah menempah maut.

"Just because you have the access, don't get into my room without my permission. Okay deaf?" Lelaki itu hanya tersenyum saja. Dhea mula mengetap giginya kuat. Buat-buat bodohkah?

Tahu sangat lelaki itu masuk menggunakan pintu kecil yang lain. Pintu yang tiada bunyi jika dibuka.

"Aku serius Imza. Jangan mulakan." Imza mengurut dagunya. Faham akan maksud Dhea. Gadis itu memang pandai berlawan. Tiada yang membangkang akan kebolehan gadis itu.

Sekali dilipatnya, tiada esok bagimu.

"Relax Dhea. I came here to say sorry."

Dhea mencebik lalu bibirnya mengukir senyuman sinis. Ternyata Imza sedar akan perkara tersebut. Dhea menggeleng kepalanya sambil mata menjeling ke arah lain.

"Kau kata dia takkan diapa-apakan. Kau kata dia cuma umpan untuk kita ugut X.I. Sekarang apa?!" Imza perasan akan perubahan rasa oleh Dhea. Dan baginya, perkara itu terasa salah bagi dirinya.

"What's wrong with you? Yes, she just a bait. But at last, the bait will get eaten. Beside, she got no functions anymore. Kenapa kau marah sangat tentang hal ni?" Imza menyoal dengan suara sinis.

Dhea yang tersedar akan keterlanjuran emosinya terus menenangkan diri. Senyuman yang diukir kelihatan mengejek.

"I'm not like you. She just an old woman."

"And we're not like other people. Including you. Kita berdua? Diletakkan di sini Dhea. Kau dan aku sama-sama diajarkan perkara yang orang lain tak pernah jangka. We're fighter. No mercy. Finish your prey. That's all, Rune." Dhea yang sedang meramas rambutnya kasar menurunkan tangan apabila nama samarannya disebut.

[OG] Spade : The Secret Of Arietisजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें