NEW JOURNEY IN MALAYSIA

5 1 0
                                    

Assalamualaikum and hello my fellow readers.

Hope you are doing well.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Tak sangka kali ini direzekikan untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya. Dulu pernah memasang cita-cita tapi alhamdulillah dikurniakan lorong dan jalan yang mudah, dipertemukan dengan rakan yang bersama-sama mahu merealisasikan impian masing-masing.

Walaupun berbeza kos, siapa sangka kami bersama di dalam satu rumah. Tidak perlu rasa khawatir apabila mahu berkawan dengan kawan yang baharu. Mungkin kami ditakdirkan untuk bersama mencari diri kami yang hilang setelah struggle dengan trauma dan tragedi masing-masing ketika di sana.

First week went well dan sedikit hectic tapi kami tempuh dengan penuh gembira dan enjoy every process. Yelah, bukan mudah untuk melepaskan kerana ia mengambil masa, bergantung kepada keadaan masing-masing. Mana yang agak-agak rasa toxic tu, kami ambil keputusan untuk abaikan dan tidak ambil peduli demi kesihatan fizikal dan mental kami. Jujurnya, aku selesa dengan apa yang aku ada sekarang. Cukuplah ada dia seorang untuk aku berkawan, daripada ramai kawan tetapi menyakitkan.

Empat tahun yang berlalu seakan awan yang berarak di langit pada kelajuan yang tinggi. Tidak dinafikan, masa yang berlalu itu penuh dengan luka dan duka. Aku harap perjalanan study aku kali ini lebih menggembirakan dan memberikan memori manis buat diri aku dan dia. Tidak dilupakan sokongan keluarga dan orang yang tersayang yang sentiasa memberi semangat untuk capai apa yang diimpikan.

Aku harap kalian yang di luar sana yang mungkin membaca entri ini, aku cuma nak pesan bahawa setiap perjalanan kita, masing-masing ada luka dan tawa. Carilah kebahagiaan kalian yang mampu membuatkan diri kalian bangkit seperti sediakala. Kalau rasa susah, kembalilah pada Dia. Dia tahu apa yang terbaik buat kalian. Mintalah dan merayulah. Dia masih setia mendengarkan setiap apa yang kalian pinta dan harapkan.

Harap kalian kuat!

Oh ya, doakan perjalanan baharu kami dipermudahkan Allah SWT. Ada harapan yang perlu kami pikul dan ada mereka yang kami perlu banggakan.

Jumpa lagi di waktu lapang!

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now