HARAPAN

5 1 0
                                    

Assalamualaikum, hai semua.

Rasa macam dah lama tak fokus kat wattpad nie. Harinie baru ade mood nak selak wattpad. Btw, aku tengah guna wireless keyboard sebab keyboard kat lappy tak berapa nak elok and keyboard nie merupakan warna fav aku, blue colour.

So, apa yang kita nak story harini before aku masuk tidur? Ermm, let's talk about 'harapan'. Perkataan nie bagi aku merupakan kalimat yang agak berbisa selama aku hidup.

Harapan ibu bapa terhadap anak-anaknya,

Harapan kawan terhadap kawan yang lain,

Harapan guru terhadap anak murid,

Harapan seorang insan terhadap seseorang yang dia sayangi.

And of course tak dinafikan bila kita sebagai manusia nie, ada harapan yang Tuhan harapkan daripada kita sebagai hamba-Nya.

Sebuah harapan mampu menyuburkan dan meruntuhkan jiwa seseorang. Pernah dengar tak tentang jangan terlalu bergantung harap pada manusia? Sebab kita takkan dapat capai  kesempurnaan yang kita harapkan daripada dia kerana dia juga seorang manusia biasa. Letakkanlah sepenuh pergantungan tersebut pada Tuhan Yang Maha Sempurna.

Rasanya itu je yang aku nak story harinie dan actually untuk peringatan diri sendiri yang sering alpa dengan dunia. Moga tulisan ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan aku bila aku baca tulisan nie sekali lagi.

Okaylah, aku rasa setakat nie je dulu. Ada masa lapang lagi nanti kita story-mory lagi.

Byeee.

Assalamualaikum and good night.


𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Où les histoires vivent. Découvrez maintenant