[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑽𝒊𝒄𝒆𝒏𝒕𝒆

Start from the beginning
                                    

Malaysia.

Kebingaran remaja itu dari dalam menyebabkan dua orang lelaki berpakaian perawat itu masuk dengan tiba-tiba. Wajah mereka menggambarkan kemarahan terhadap remaja itu yang tidak reti duduk diam.

"Kau boleh diam tak? Bising!"

"Aku nak pergi tandas. Aku dah tak tahan."

Perawat lelaki itu yang berdiri di sebelah kiri menyilang tangan sambil tertawa, "Hahah! Kau ingat kami bodoh? Kau nak keluar kan?"

"Aku tak tipu! Aku betul-betul tak tahan! Cepat lah!"

Mereka berdua saling berpandangan. Seorang memberi isyarat untuk memapah remaja itu disebabkan remaja itu tidak dapat berjalan kerana cedera.

"Kalau kau cuba keluar siap kau! Alex akan kerjakan kau!" Ugut lelaki itu.

Kytor hanya diam. Dia dibawa ke sebuah jalan yang kecil dan sempit. Ia seperti sebuah lorong dan agak gelap. Mereka membelok ke kanan dan terpampang sebuah tandas yang agak kecil di hadapannya. Kelihatan hanya satu tandas dan agak kotor.

Setelah masuk ke dalam tandas. Kytor menutup pintu bilik air, dia tercari-cari tingkap jika ada. Tetapi sayang, sekeliling tiada satu pun tingkap atau cahaya yang masuk. Dia buntu.

Dua lelaki itu mengetuk pintu tandas dengan kuat, kerana remaja itu sudah lama di dalam.

"Woi! Kau tidur ke kat dalam? Cepat lah! Takde masa nak menunggu lama!"

Flush berbunyi.

Pintu perlahan dikuak, remaja itu keluar dengan sebelah tangan tersembunyi di belakang. Dia memegang sesuatu.

"Apahal kau lambat s-" Tidak sempat menyambung ayat,

Bung!

Sebuah baldi plastik dihentak ke kepala lelaki itu dengan berterusan.

Seorang lagi yang sedang berdiri di luar terkejut mendengar serangan dari dalam. Dia melihat dan dengan bengis melangkah ke arah remaja itu seraya mengangkat penumbuk untuk menyerang. Remaja itu dengan cepat terus menggigit lengan lelaki itu yang ingin menyerangnya.

Lelaki itu menolak kepala remaja itu dengan kuat.

"Sakit bodoh! Kau gila!"

Kytor teraba-raba mencapai baldi tadi di lantai lalu menghentak bertubi-tubi ke kepala lelaki itu sehingga pengsan.

Dia dengan cepat keluar dari tandas dan berlari entah ke arah mana dia tuju. Pedih di kaki ditahan. Terhinjut-hinjut keadaan remaja itu berlari.

Dia tercari-cari jalan keluar tetapi nasib tidak menyelebelahi. Tiba-tiba rambutnya direntap kasar dari arah belakang.

"AHH!! Sakit lah B*BI!!" Jerit Kytor.

"Kau nak pergi mana? Kau ingat kau boleh terlepas?" Lelaki bengis itu membisik ke telinga remaja itu. Dia sudah panas hati dan naik darah terhadap remaja ini.

Tangan besar lelaki itu menghentak kuat kepala remaja itu ke dinding dengan berulang kali sehingga kepala Kytor yang terluka cedera kembali. Kytor sudah lesu.

Alex menarik rambut remaja itu menyeret ke ruangan itu semula. Dia terus melempar tubuh remaja itu dengan kuat sehingga ke dinding hingga remaja itu mengaduh.

"Hm.. sebab kau cuba nak lari, aku kena bagi kau pengajaran sikit."

Anak buahnya yang lain masuk dan memberi rotan kayu yang agak tebal kepada Alex.

Pandangan Kytor samar kerana kesakitan yang dirasai di kepala. Terlihat agak kabur benda dalam pegangan lelaki. Kaki dirasakan seperti diikat seseorang. Dia bangun tetapi tubuh ditolak kasar ke lantai lalu diikat tangannya pula dengan agresif.

Kytor memandang Alex dengan berang.

"Baik kau bunuh je lah aku! BUNUHH!!" Amuk Kytor. Dia sudah penat melayan semua ini.

Penat!

Alex senyum sinis. Seorang lagi anak buahnya muncul memegang kedua kaki remaja itu menahan remaja itu dari banyak bergerak.

Dia menyuruh anak buahnya menutup mulutnya. Langsung mulut Kytor diseletip. Walaupun Kytor melawan tetapi di pukul Alex dengan kayu sekuat tenaga ke perutnya. Kytor terbatuk-batuk.

Setelah di tampal seletip di mulut, tiba masa tangan Alex beraksi.

Sudah lama dia tidak menyeksa seseorang, mangsa kali terakhir sebelum ini, hanya bertahan dua hari sahaja. Kali ini, dia ingin tahu remaja itu bertahan sampai bila.

"Kau cabar aku kan?" Dia mengangkat kayu rotan dengan gaya pemain besbol yang menunggu bola datang ke arahnya lalu..

BUSH!

᪥᪥᪥

Cambridge, Massachusetts, USA.

Saat Vicente melangkah keluar dari syarikat perabot Nicolo, Javier di samping tertunduk dengan tangan menggengam telefon pintar tersebut. Dia tidak pasti ingin memberitahu atau tidak, langsung dia tetap meneruskan sahaja.

"B-Boss.."

Vicente menoleh pada Javier yang berambut nipis dan bertubuh tegap. Umurnya dalam lingkungan 30-an.

Telefon pintar dihulur pada Vicente.

"You should see this."

Vicente mengambil dan melihat skrin telefon yang berupa gambar seorang remaja lelaki. Keadaan dia cedera parah.

Wajah Vicente berubah tegang. Mata yang menatap tidak berkelip. Dia menggenggam buku lima seraya memejam rapat mata sebentar lantas memberi telefon pada Javier.

"What the f*ck are you trying to show me?! Am i know him? Just find that hacker! That's it." Tempelak Vicente. Tidak ingin tahu keadaan budak itu.

Javier mengangguk mengerti.

Vicente masuk ke dalam kereta semula dengan perasaan bercampur aduk. Pintu kenderaan ditutup anak buahnya. Budak itu sangat iras dengan Sara Amelia. Kekasih yang dicintai dulu, kini dia telah membenci.

"Why should I care about him?" Dengus Vicente perlahan. Hati berasa tidak enak dari tadi.

'Ugh! F*ck.'

Kepalan buku lima dihentak pada pintu kenderaan di sebelah.

Bella yang dari tadi duduk di sebelah mengerling sekilas raut wajah Vicente. Dia kenal Vicente dulu bagaimana, dia saksi percintaan Vicente dan Sara. Kerisauan yang muncul di wajah tuannya sangat jelas terpampang di pandangan mata Bella.

Kenderaan bergerak ke syarikat Vicente.

"Boss, I think it's good that you look for that boy first, if he's gone you'll regret it forever. There may be a reason why Sara did that to you."

Bella seorang berani bersuara kepada bosnya yang dingin. Dia ingat lagi 22 tahun lepas, Sara Amelia wanita Melayu yang telah berjaya memikat hati Tuan Vicente.. setelah 4 tahun menjalin hubungan, tiba-tiba wanita itu membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi dengan lelaki ini. Entah mengapa dia menghilang dan berkahwin lelaki lain dengan membawa duit Vicente bernilai RM2 juta. Dia masih lagi tiada petunjuk.

Vincente diam lama. Keresahan melanda di hati masih tidak menghilang. Dia tidak tahu mengapa.

"Give me a phone."

Bella mengeluarkan telefon milik Vicente dan menghulur padanya.

Vicente mendail dan menghubungi seseorang.

"Javier, find that boy first."

Bella yang mendengar tersenyum.


᪥᪥᪥

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥





Berharga bagi author chapter ni 🥺Please vote and comment. Thank you! 🌹

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now