[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 ] - 𝑫𝒊𝒃𝒖𝒓𝒖

Start from the beginning
                                    

Gadis itu menangis ketakutan memandang wajah bengis lelaki itu.

Kytor tersedar apa dia lakukan. Dia tidak sengaja mengasari gadis itu. Dia sudah tidak cukup masa lagi. Pasti mereka sedang mengejarnya kerana lari dari hospital sakit jiwa. Perlahan dia melepaskan bahu gadis itu.

"I'm sorry Elina. Are you hurt? I didn't mean too.."

"Pergi! Jauh dari saya.. tolong jangan bunuh saya."

Kytor memandang sayu ke arah gadis itu.

"I'm not a monster what you think. Please.. help me. Help me out from there, Elina."

"Jauh! Tolong jauh! Saya patut call polis!"

Kytor berhenti melangkah.

"Jadi awak call police waktu tu?"

Kelihatan gadis itu takut. Dia berundur ke belakang seakan-akan dia akan menjadi mangsa seterusnya lelaki itu.

"K-kau p-patut m-mati, k-kau tak layak hidup," perlahan gadis itu bergumam seraya menangis.

Kytor menbisu. Dia tidak berniat ingin membunuh gadis itu. Tiada niat pun. Dia bukan seperti Syahariz. Kaki Kytor berundur perlahan. Adakah dia begitu menakutkan gadis itu? Adakah dia tidak layak hidup kerana keburukannya sendiri? Jahatkah dia?

Kelam kabut gadis itu mendail.

Kytor termengung. Gadis itu sahaja yang dia perlukan pertolongan. Tetapi, gadis itu tidak percaya akannya dan menganggap dia lah pembunuh sebenar. Rayuan Kytor hanya sia-sia. Dia termenung melihat gadis itu yang resah. Sudah lama dia menyimpan rasa untuk diluah kepada gadis itu. Dia berharap gadis itu berubah fikiran.

"Kalau aku cakap aku--

suka kau.. kau percaya?"

Tangan yang sedang mendail terhenti. Elina memandang lelaki itu. Tidak mungkin. Mungkin lelaki itu sengaja mengatakan sebegitu untuk menarik perhatiannya.

"Tak! Aku tak percaya! Aku tak sukakan kau, Kytor! Kau penipu! Aku benci kau! Aku benci kau, Kytor! Kau pembunuh! Aku benci orang macam kau!"

"I'm not a killer!" Jerit Kytor.

"Then, kenapa ada banyak bangkai kucing saya jumpa? Itu bukan pembunuh ke?"

"Sa-saya.." Kytor menggarukan kepala.

"Saya tak suka pembunuh binatang kejam macam awak! Awak patut mati dengan kejam tahu tak! Aku benci kau!!"

Terdengar bunyi siren polis. Gadis itu terus melambai ke arah kereta polis.

Hati Kytor duka. Bagi Elina, dia adalah suspek dan gadis itu adalah mangsa. Dia ingin memberitahu sesuatu tetapi mungkin hal ini tidak masuk akal sememangnya dia tidak dapat bertahan. Akhirnya, dia membunuh haiwan tersebut.

Kytor dengan kaki yang masih lagi sakit, berlari ke arah hutan. Dia tidak mampu untuk bergerak jauh. Memandangkan kawasan ini hanya berdekatan hutan. Hutan sahaja tempat persembunyiannya.

Elina memandang lelaki itu yang sedang berlari kesakitan. Dia masih tidak mengerti..

mengapa.. hati dia masih.. sukakan lelaki itu.

'Hati aku masih.. cinta dia.'

Leen duduk di kerusi hairan memandang sahabatnya yang berwajah muram. Dia masuk pun gadis itu tidak sedar.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now