"Barang-barang semua dah kemas ke?" soal Emyr dengan matanya memandang sahaja ke hadapan, fokus dengan pemanduannya.

"Belum. I belum kemas satu barang pun." Jawab Edeline dengan selamba.

Emyr terus sahaja pusing kepalanya dengan jawapan selamba tersebut.

"Kau tinggal dua minggu lagi Ede, nanti adalah tu barang yang tinggal, lupa nak masukkan dalam beg. Hujung-hujung nanti pandailah tu kalut sendiri lepastu merengek minta tolong." Bebel Emyr. Dia dah masak dengan perangai Edeline, suka buat kerja last minit.

"I malas nak kemas awal." Edeline langsung tak ambil hati pun dengan bebelan tersebut. Apa yang Emyr katakan betul jadi tak payah lah dia nak bidas. Buang masa lagi.

"Kau bukan malas tapi kau berat hati nak pergi, kan?" itu bukan alasan yang tepat untuk diberikan. Nak bohong, agak-agaklah. Dia dah lama kenal Edeline, dia tahu sangat perangai Edeline.

"Tahu pun," jawabnya dengan perlahan.

"Ede, kalau perangai kau macam ni memang semua benda akan terasa berat. Cuba kau terima dengan hati terbuka, tiga tahun tu terasa macam tiga hari je."

Edeline tersenyum nakal. "Bukan I yang rasa berat hati tapi you. You berat hati kan nak izinkan I pergi?"

Senyap. Tak ada jawapan yang keluar dari mulut Emyr. Apabila dia fikir balik macam menyesal pula dia izinkan Edeline untuk terima tawaran tersebut tetapi apa dia boleh buat. Takkan dia nak tarik balik kata-katanya.

"Kesayangan I sedih ke?" sakat Edeline yang ditemani dengan gelak kecilnya.

Emyr membalas dengan jelingan tajam. Nasib dia sedang memandu kalau tak memang siaplah Edeline.

"Dahlah kau! Aku serius, kau boleh bergurau." Katanya sambil tangan mengawal stereng kereta.

"Eh, Emyr kita nak pergi mana ni?" bingung Edeline apabila kereta Emyr masuk ke satu tempat yang tak asing untuknya. Tempat ni..

"Aku belum solat isyak, aku singgah sekejap. Kau tunggu sini, boleh?" ujarnya. Dia berhentikan keretanya di dalam perkarangan masjid.

Edeline memandang keluar. Tak ada kereta selain kereta Emyr. Takut pula nak tunggu sendiri.

"I ikut you, boleh tak?" Emyr menggaru keningnya. Takkan nak biarkan Edeline masuk dengan rambut yang terurai macam ni.

"I tunggu depan tangga tu je, yang penting I boleh nampak you."

"Sekejap," Emyr keluar dari kereta dan dia menuju ke bonet. Edeline turut turun untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Emyr.

"Pakai hoodie ni, tutup rambut kau." Emyr menghulurkan hoodie hitam kepada Edeline. Edeline tanpa banyak kata terus sahaja menyarungkan hoodie tersebut.

Inikan tempat ibadah Emyr jadi dia tahu sebab kenapa Emyr meminta dia untuk menutup rambutnya. Dia faham akan Emyr dan dia tak ambil hati pun.

"Okey?" Emyr menyelitkan beberapa helaian rambut yang masih kelihatan.

"Okey, jom!"

Edeline menunggu sahaja Emyr di tangga masjid tersebut. Teringat kembali pertemuan pertama mereka. Matanya tak lari dari memandang Emyr yang sedang mengerjakan solat.

Dia tak sedar pun Emyr sudah selesai sembahyang. Emyr yang melihat Edeline menggeleng sahaja kepalanya. Angau betul lah Edeline ni.

"Puas tenung muka aku?" soalnya tepat dihadapan Edeline.

"Tak puas." Dalam angaunya sempat juga dia menjawab.

Emyr tersenyum manis.

"Jadi nak tenung sampai bila ni? Aku lapar."

"Sayang I lapar ke? Kesian dia." Dilayannys Emyr seperti anak kecil.

"Tak lawak lah Ede," malas betul dia melayan kerenah Edeline ni. Tak tahu dari mana je dia belajar nak layan dia macam budak-budak.

Edeline gelak besar melihat muka cemberut Emyr. Nak ajak bergurau pun tak boleh. Serius je kerja.

"Okey sayang. Jom kita pergi makan!" ajaknya dengan jari menarik hujung lengan kemeja Emyr membawa lelaki itu menuju ke keretanya.

...

Mereka singgah di cafe kegemaran Edeline. Suasan cafe ini menjadi pilihan mereka kerana suasananya yang sunyi.

Edeline mengambil tempat duduk sementara Emyr berbaris untuk memesan makanan. Tak payah risau dengan apa yang akan dipesan oleh Emyr kerna lelaki itu sudah tahu apa yang dia nak.

Emyr datang bersama dengan makanan yang dia pesan tadi. Kecur liur Edeline memandang makanan tersebut.

"Green tea untuk kau," minuman Edeline diberikan kepada wanita itu.

"Thank you sayang." Dia tak jemu untuk minum green tea kerna inilah minuman kegemarannya.

Emyr senyum sahaja. Dia mengambil tempat disebelah Edeline membuatkan Edeline mengerutkan dahinya.

"Kenapa duduk sini? Selalunya duduk depan I." Soalnya.

"Saja."

Edeline menaikkan bibirnya. Tak pandai betul Emyr ni nak romantik sikit.

Sebelum makan Emyr membaca doa dulu dan perlakuan itu dipandang sahaja oleh Edeline.

"Amin.." perlahan sahaja suaranya kedengaran.

Emyr yang perasan dirinya diperhati dari tadi menongkat kepala meniru perbuatan Edeline.

"Pandang apa?"

Edeline menukar posisi. Dari tongkat kepala ke tongkat dagu.

Edeline menggelengkan kepalanya. Dia memejam mata untuk dia mula berdoa dan kali ini Emyr pula yang memandang kekasihnya.

Nyata apa yang dilakukan Edeline mengundang perhatian dari pelanggan di meja sebelah mereka. Tadi mereka lihat yang lelaki menadah tangan dan sekarang yang perempuan menggenggam tangannya.

"Mereka sudah tahu di penghujung kisah cinta mereka tetapi mereka tetap pilih untuk jalinkan hubungan." Emyr dengar dengan apa yang dikatakan oleh orang disebelah.

Apa yang dikatakan betul. Hubungan ini tak pasti sampai bila.

Bersambung-

Selamat membaca💋

EMYR EDRA Where stories live. Discover now