Dua hari sudah berlalu, kata-kata Edeline asyik terngiang di telinganya.
"Kalau you tak nak hilang I, satu je jalannya Emyr. Kita kahwin, jadikan I sebagai isteri you."
Apa yang dikatakan oleh Edeline sangat menjentik hati lelakinya. Bukan dia tak nak kahwin dengan Edeline tetapi penerimaan mummy Edeline membuatkan dia tak pernah bahas hubungan ini dengan lebih serius.
Bukan setakat itu sahaja, masalah mamanya pun belum selesai. Sehingga hari ini, mamanya langsung tak nak bercakap dengannya. Balik sahaja dia dari berjumpa dengan Edeline, Puan Juliana terus menghamburkan amarahnya. Mamanya kata dia sudah buat air muka mamanya jatuh dihadapan keluarga Aisha.
Emyr mengeluh dengan kuat. Kenapa begini kisah cintanya? Kenapa dia perlu jatuh cinta dengan Edeline? Kenapa Tuhan pertemukan dia dengan Edeline kalau begini pengakhiran mereka? Kenapa?
Puan Juliana yang kebetulan nak basahkan tekak sedikit terkejut melihat lampu dapur menyala. Perasaannya sebelum dia naik tadi, lampu di tingkat bawah dia dah tutup.
"Emyr ke?" gumamnya sendiri.
Langkah diteruskan sahaja. Walaupun dia takut tapi perasaan ingin tahunya mengatasi perasaan takut tersebut. Paling juga anaknya kerna tak mungkin pencuri nak mencuri dalam keadaan yang terang.
Tepat sangkaannya anak lelakinya sedang duduk di meja makan. Dia buat tak peduli dengan Emyr. Dia ni masih merajuk dengan apa yang Emyr sudah buat.
Emyr yang perasan akan kehadiran seseorang menoleh dan kelihatan sosok mamanya.
"Ma.." panggil Emyr namun Puan Julian buat bodoh sahaja. Dia langsung tak menoleh ke arah anaknya.
Emyr berdiri dari tempat duduknya.
"Ma, sampai bila mama nak mogok dengan Emyr?"
"Sampai Emyr sedar akan kesalahan Emyr."
"Kita bincang, sampai tahun depan pun benda ni tak akan selesai kalau mama macam ni." Emyr meraup rambutnya ke belakang. Mamanya ni macam orang muda nak merajuk sampai macam ni.
Puan Juliana terus sahaja duduk di kerusi makan. Emyr turut mengambil tempat duduknya semula.
"Kenapa mama tak nak bercakap dengan Emyr? Emyr kan dah minta maaf, tak cukup ke?"
Puan Juliana menggulingkan matanya.
"Emyr fikir dengan hanya ungkapkan minta maaf tu boleh kembalikan air muka mama?" soal Puan Juliana balik. Geram sahaja dia dengan perangai anaknya ni.
"Jadi mama nak Emyr buat apa? Bagitahu Emyr.." Emyr rendahkan suaranya kerna memang itu sudah kewajipannya sebagai anak lagipun dia hanya ada Puan Juliana sahaja saat ini kerna ayahnya sudah lama meninggal dunia.
Puan Juliana mengambil tangan anaknya yang berada di atas meja lalu dia genggam tangan itu.
"Mama berkenan sangat dengan Aisah..." Emyr sudah faham dengan maksud mamanya.
"Ma.." Emyr pantas memotong kata-kata Puan Juliana.
"Emyr tahu mama nak yang terbaik untuk Emyr dan Emyr hargai sangat apa yang mama dah lakukan. Emyr nak mama tahu sekarang ni ada satu wanita yang sudah curi hati Emyr dan sampai sekarang hati Emyr ada dengan dia. Macam mana Emyr nak kahwin dengan perempuan lain kalau hati Emyr ada dengan wanita lain?" akhirnya dia berterus terang tentang hubungannya dengan Edeline.
Puan Juliana sedikit terkejut dengan pengakuan tersebut. Jadi selama ini Emyr sudah ada kekasih.
"Kalau Emyr dah ada kekasih kenapa Emyr tak pernah nak bawa jumpa mama?"