Bab 3 : Fahim Adha

22 3 0
                                    

" Luka tak berdarah. "

-

Adha menghempaskan badan ke katil bujang miliknya.Hari ini terasa begitu memenatkan berbanding hari-hari yang lain.

Bunyi bising kedengaran di corong telinga lelaki itu.Baru saja dia mahu melelapkan mata namun ada saja yang mengganggu rehatnya.Dia bingkas bangun dan mencapai tuala yang bersangkut kemas di pintu almari.Dia terdiam kaku sejenak.

"Kalau dah sayang sangat ,pergilah.Pergi.Angkut semua baju,tinggalkan kami.Abang bukannya kisah pun kan tentang kami."

Begitulah hari-hari.Dia sudah lali.Apa nak jadi,biarkan jadi.Bersuara sudah tidak ada gunanya lagi.

Kaca yang sudah pecah,biarkan ia pecah.

Walau dicantum guna gam gajah sekalipun,

takkan sama dengan asalnya.

Selesai bersihkan diri,Adha turun ke bawah.Dari tangga,dia memandang ayah disofa sedang menonton televisyen.Si ayah menyedari anak lelakinya itu turun,lalu ditegurnya.

"Adha,makan dah? Macam mana sekolah hari ini?"tanya si ayah dengan riak tenang.

"Belum.Ok je ayah." walaupun hakikatnya dia sendiri penat.

Dia melangkah ke dapur mencari makanan.Penutup makanan di meja makan diangkat.Adha mencapai sepinggan mi goreng yang ada lalu diambilnya segelas air kosong.Matanya meliar mencari kelibat si ibu tetapi hampa,tiada.Tatap pula si ayah yang kelihatan sungguh asyik dengan siaran di televisyen.

"Ayah dah makan?"

"Eh sudahh.Kamu makanlah."

Adha mengangguk.

"Adha."sepotong namanya disebut.Dia berpaling ke arah ayahnya.

"Dua tiga hari ni,ayah keluar outstation ya.Kalau ada apa-apa,call ayah.Jaga ibu."

Tidak perlu rasanya hendak berdalih,Adha tahu maksud ayahnya.Dia juga tahu ke mana ayahnya bakal pergi dua tiga hari ini.Dia bukan budak tadika mahupun sekolah rendah,sudah 18 tahun.Sudah cukup faham apa yang berlaku antara ibu dan ayahnya.

"Hmm." balasnya ringkas.

Semakin laju mi goreng disuapkan ke dalam mulut.Lama-lama di meja makan itu,entah kenapa ada satu rasa yang tidak enak menyerbu jiwanya sebagai anak.Selepas selesai makan,pinggan dibasuh lalu lekas-lekas dia masuk ke bilik semula dan berehat.Dia penat.Terlalu banyak perkara yang ada di dalam kepalanya.Makin lama, makin berat.Makin sarat.

-

" Aku join. "

" Serious la Ja ?"

Senja mengangguk.Riak rakan-rakannya yang begitu teruja dipandang lama.Gadis itu tersenyum.

"Kalau macamtu,nanti aku bagitahu Cikgu Adlin yang kau masuk. "

Sekali lagi,Senja mengangguk.Sudah agak lama dia meninggalkan sukan itu,entah boleh entah tidak dia bermain.

Aimi berjalan masuk ke dalam kelas lalu menepuk bahu Senja dan dua rakan lain.

"Apa?"

"Korang ingat tak benda yang aku kata nak cerita tu?" tanya Aimi dengan nada suara yang perlahan.Dia memandang kiri dan kanan seperti ada sebuah rahsia terbesar yang dia sorokkan.

"Haah,cerita lah."

"Apa kes?"tanya Ika,rakan sekelas Senja.

"Kau orang kenal Fahim Adha,budak kelas sebelah tu?"

Masing-masing mengangguk laju.

"Dia gay."

"Wait what?!" Maisarah menggenggam lengan Aimi dengan riak wajah tidak percaya kata-kata gadis itu.

"Sabar Mai sabar.Kuat sangat kau genggam ni hahah.Betul,aku tak tipu." Aimi bersuara bagi meyakinkan lagi semua yang mendengar tentang perkara yang disebutnya tadi.

" Kau dapat berita dari mana ni Aimi? Sahih ke? Kau tak nampak mata si Mai kita ni? Sikit lagi menangis hujung bucu katil saiz king bilik dia tu.Kau takkan tak tahu si Adha tu jejaka pujaan Maisarah ni." tanya Malika meminta kepastian lebih lanjut.

Senja yang sedari tadi berdiam diri terus mendengar dengan tekun.

" Sorry Mai.Aku rasa aku tak dapat bantu kali ni.Kau cari jelah yang lain Mai,yang straight bukan ada simpang tiga macam ini.Nak ke kau dimadukan dengan lelaki Mai? Kalau aku, aku taknak hahahahah." balas Aimi sambil tangannya sibuk menyuap roti yang dibelinya tadi.

Kata Aimi,rakannya yang memberitahu berita itu.Malah dibuktikan lagi dengan beberapa hari ini dia sering melihat Adha bersama seorang remaja lelaki.Makan sekali,ke koperasi sekali,kadang-kadang waktu pulang juga duduk bersama.

" Aku bukan tak nak iyakan tetapi benda begini tak elok , takut jatuh fitnah kalau salah.Lebih baik korang tanya sendiri si Adha tu." kali ini,Senja pula bersuara.

"Aku taknaklah Aimi !" kuat suara Maisarah menolak kata-kata Aimi sebentar tadi.Semua ketawa mendengar jawapannya.Geli hati melihat tingkah laku rakan-rakannya itu.

' Tapi betul ke Fahim Adha ...gay ? '

Biar betul si Adha tu macamtu ? Kalau betul macam mana? Tidakkkk !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Biar betul si Adha tu macamtu ? Kalau betul macam mana? Tidakkkk !

Senja.Where stories live. Discover now