Bab 1 : Senja

34 5 0
                                    


" Ada hal yang membuat kita mikir terus tentang perasaan dan masa depan. "


-


Aku senja. Seorang gadis yang lahir tanpa pernah sebut kata 'ayah' dalam keluarga.Aku hanya seorang gadis biasa dan punya bahagia yang sederhana.

" Ja ! Cepat , ibu nak tutup pintu dah ni. "

Lamunan aku terhenti dek jeritan ibu di muka pintu.Beginilah setiap hari , pukul 7 pagi aku harus membantu ibu membuka gerai nasi lemak di simpang jalan berdekatan dengan sekolah.Tidak pernah aku rasa hal itu menyusahkan kerana aku tahu tanggungjawab aku sebagai anak. Tambahan pula , semua biaya sekolah dan keluarga semuanya diuruskan ibu sendiri.Ibu Senja Adeena, ibu seorang yang kuat.Bagi aku,ibu hebat.Aku juga sendiri fikir kalau aku di tempat ibu,aku mungkin tidak mampu.Kerana aku, tak sekuat ibu.

" Hari ni dua bakul saja ibu ? "

" Haah.Dua bakul saja.Daun pisang tak cukup Ja.Nantilah,petang-petang sikit ibu pergi jumpa Makcik Hasnah tanya-tanyakan ." Ibu memandang aku sambil tersenyum.

Aku mengangguk.Tali kasut diikat dengan ketat dan kemas . Aku capai sebakul nasi lemak lalu mengunci pintu rumah.Jam tangan di pandang sekilas , Alhamdulillah masih awal.

-

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik.

Itu nama sekolah aku.Sekolah yang telah banyak aku cipta memori suka dan ada sebahagiannya luka.Luka yang parutnya takkan hilang , aku rasa.Kalau luka yang lain pedih , yang ini pedih juga tetapi ada manis di awalnya.Ada satu nama yang aku takkan padam dalam ingatan sampai bila-bila.

Fahim Adha.

Dia yang pada awalnya aku buruk sangka. Dia yang akhirnya membuat aku jatuh suka.Hadirnya dia secara tiba-tiba namun pergi tanpa kata.

Ya, kalau kau sangka cerita ini tentang aku.Kau benar.

Tetapi , biar aku tambah. Kisah ini sebenarnya tentang aku dan dia.

Senja dan Adha.

Senja dan langitnya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apa khabar cinta ? Bagaimana episod pertama , semuanya baik ? atau tidak ?

Stay tuned for chapter 2 okay , cinta <3












Senja.Where stories live. Discover now