Ujar Amirul mengejek membuatkan pipi Kaira bertukar tona. Kaira menekup wajahnya dengan tapak tangan. Malu pula jika diingatkan kembali semua perkara itu.

"Tapi bukan tu yang abang nak cakap sekarang." Amirul bersuara lagi membuatkan Kaira memandangnya. Wajah tidak faham ditayangkan buat suaminya.

"Maksud abang?"

"Ingat tak waktu sayang gaduh dengan papa sebab papa tak bagi sayang keluar tu?" Kaira diam sekejap. Kepala dijatuhkan sekali selepas mengingati kejadian itu.

"Lepastu abang pujuk Kaira suruh berbaik balik dengan papa kan." Amirul angguk.

"Ingat tak apa abang cakap waktu tu?" Kaira geleng bersama sengihan. Kepala yang tidak gatal digarunya.

"Maaf abang. Ingatan Kaira ni short term. Apa yang abang cakap pagi tadi pun Kaira tak ingat dah." Ujar Kaira dengan lagak sengaja dicomelkan. Sengihan di bibirnya semakin lebar apabila melihat Amirul yang sudah menggelengkan kepalanya.

"Abang cakap apa eh waktu tu?" Soal Kaira lagi membuatkan Amirul tersenyum nipis.

"Papa layan abang baik walaupun abang hanya anak tiri dia. Ayah kandung abang sendiri pun tak pernah layan abang sebaik papa." Amirul mengulangi ayat yang pernah dia katakan kepada Kaira.

"Abang pernah cakap juga yang Kaira bertuah dapat ayah macam papa. Sebab tak semua orang dapat rasa kasih sayang seorang ayah macam apa yang Kaira rasa. Contohnya macam abang." Ujar Amirul lagi. Pandangan dari Kaira diabaikan. Dia faham akan pandangan itu.

"Kaira tak faham."

"Abang tak pernah rasa kasih sayang seorang yang bergelar ayah sampai lah papa muncul dalam hidup abang." Ujar Amirul.

"Sebenarnya abang dah lama lupakan benda ni. Tapi harini abang nak buka balik cerita ni. Abang nak isteri abang tahu pasal masa lalu abang, apa yang abang dan umi dah lalui sebelum kenal dengan papa."

Amirul menarik nafas dalam. Jujur dia masih berkira-kira untuk mengingati kembali kisah itu.

"Jangan paksa diri abang untuk ceritakan semua ni kalau abang tak mampu." Kaira mengusap lembut lengan Amirul.

"Tak. Abang tetap akan ceritakan semua ni dekat sayang. Sayang perlu tahu semuanya."

"Okay then. Cerita setakat abang mampu."

Amirul senyum sebelum angguk. Badan Kaira ditarik mendekatinya sebelum dipeluk dari arah belakang. Mata merenung bulan yang hampir ditutupi oleh awan.

"Kaira tahu tak yang papa, arwah mama Kiara dengan umi dulu kawan baik?"

"Serious lah." Terlepas tawa Amirul selepas melihat reaksi Kaira. Tidak main-main dia punya terkejut tu.

"Abang, Kaira tanya ni."

"Iya. Papa, arwah mama Kiara dengan umi kawan baik. Baik sangat. Sampaikan umi cerita ramai yang ingat dia dan arwah mama tu adik beradik."

"Haah lah. Kaira pun perasan muka umi hampir sama dengan arwah mama." Kaira berkata. Memang dari awal dia perasan akan hal itu, tidak menyangka pula yang Puan Yasmin dan arwah mamanya itu berkawan baik.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sisterحيث تعيش القصص. اكتشف الآن