AMIRUL KAIRA | 41

4.3K 160 0
                                    

"Isteri encik mengalami keguguran. Kandungan dia sangat lemah dan mungkin pada waktu tu isteri encik dalam keadaan penat atau stress sebab itu lah janin luruh."

Kenyataan yang dikatakan oleh doktor yang merawat Kaira berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.

Isterinya mengandung. Dan dia langsung tidak mengetahui perkara tersebut.

"Harini hari pertama dia berubat dengan uncle Wazim dan aunty Saadiyah. Mungkin dia tak bersedia lagi. Sebab tu dia jadi penat." Puan Yasmin bersuara perlahan.

"Uncle Wazim pun cakap, sihir yang dihantar tu kuat. Ambil masa untuk ubatkan Kaira."

Amirul hanya diam ditempatnya. Tangan erat menggenggam tangan sejuk Kaira. Muka tidak bermaya Kaira ditatap sayu.

Bagaimana dia nak bagitahu Kaira semua benda ni?

Kaira akan salahkan dia ke?

"Allahuakhbar." Amirul meraup kasar wajahnya. Nafas dihembus perlahan sebelum dia bertindak untuk bersandar pada kerusi yang didudukkan.

"Sabar ye Amirul. Papa dengan umi mungkin tak rasa apa yang kamu berdua rasakan sekarang, tapi papa nak Amirul dengan Kaira tahu yang kami sentiasa ada dengan kamu berdua."

"Thanks papa, umi." Amirul tersenyum nipis.

"Waktu melawat pun dah nak habis ni. Papa dengan umi nak balik dulu tau. Tadi maklong call cakap Humaira tak henti-henti nangis. Nanti kalau nak apa-apa call je papa atau umi ya." Amirul angguk lemah.

Dia bangun dari duduknya. Tangan milik Encik Fatih disalam. Kemudian dia beralih pula untuk bersalam dengan Puan Yasmin. Tangan dihulurkan ke arah wanita itu namun tidak disambut.

"Umi-" Terkaku Amirul apabila badannya sudah selamat masuk ke dalam dakapan milik ibunya.

Selesa dengan keadaan begitu, dia bertindak untuk menyembamkan wajahnya pada bahu sang ibu. Perlahan-lahan air matanya turun membasahi baju milik Puan Yasmin.

"Mirul sabar ya. Umi tahu anak umi kuat. Mirul tak boleh lemah macam ni. Lagi-lagi depan Kaira. Kesian dia. Mirul nak dia sihat kan?" Laju Amirul mengangguk.

Esakkan yang keluar dari mulutnya diendahkan. Sudah tidak fikir malu. Yang dia tahu sekarang dia nak lepaskan segala yang dia pendam sekarang.

"Kalau rasa nangis tu boleh tenangkan kamu, nangislah puas-puas. Tapi janji dengan umi, dengan papa yang kamu tetap kena kuat." Nasihat Puan Yasmin lagi. Kepala Amirul diusap sayang olehnya. Encik Fatih disebelah hanya tersenyum sahaja melihat agenda isteri dan anaknya itu.

"Mirul takut Mirul tak boleh umi."

"Anak umi boleh. Umi yakin dengan Amirul."

"Panjang lagi perjalanan hidup kamu dan Kaira. Takkan sebab ujian macam ni kamu dah nak mengalah."

"Amirul yang papa kenal bukan seorang yang cepat mengalah. Kalau orang jatuhkan dia, dia akan bangun balik, usaha balik sehingga dia berjaya." Encik Fatih tertawa perlahan. Sudah lama dia tidak melihat wajah kemerahan Amirul kerana menangis.

"Papa letak semua kepercayaan papa pada Mirul untuk jaga puteri papa. Papa tahu Amirul boleh."

Tuala kecil yang dihulurkan oleh Encik Fatih diambil. Pipi yang sudah basah dilap. Senyuman kelat diberikan buat kedua orang tuanya.

"InsyaAllah papa, umi. Amirul cuba."

"Kalau perlukan apa-apa. Jangan malu nak bagitahu kami."

°•❁•°

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterKde žijí příběhy. Začni objevovat