4

697 75 6
                                    

Pagi ini, Jihoon datang ke cafe untuk berjumpa Arissa.

Niatnya hanya sekadar untuk bertanya khabar tentang gadis itu. Risau jika dia masih lagi trauma tentang kejadian semalam.

Mata Jihoon melilau mencari susuk tubuh gadis itu tetapi tiada. Mungkin ada di dapur.

Jihoon curi memandang kearah dapur pula.

Hanya ada Sujin dan Jihaa.

Mana Arissa?

Gadis itu cuti ke hari ni?

" Awak cari siapa? "

Tegur satu suara dari arah belakangnya. Jihoon memusingkan badan nya memandang si pemilik suara.

Arissa.

" Saya cari awak. "

" Cari saya? Untuk apa? "

" Saya risaukan awak. "

" Saya okay. Cuma ada la trauma sikit. "

Arissa melepaskan nafas berat.

Suasana diam sebentar. Sehingga Jihoon membuka bicara.

" Jom? Saya ada tempat nak bawa awak. "

" Huh? Pergi mana? "

" Rahsia. "

Jihoon melepaskan senyuman.

Arissa hanya memandang dengan perasaan kosong.

" Tapi saya ada kerja. Takkan nak tinggalkan Jihaa dengan Sujin macam tu je? "

" Kitaorang tak kisah. " Celah satu suara.

Jihaa.

" Pergi je la Rissa. Kitaorang okay. Lagipun hari ni customer tak ramai. Boleh la kalau kau nak gi dating. " Sujin pula bersuara.

" Tengok tu. Diorang pun tak kisah awak date dengan saya tau. " Senyum Jihoon mengusik.

" Excuse me? Kita keluar sahaja. Bukan date. "

" Okay. "

-----------------------

" Kita nak buat apa kat sini? "

Soal Arissa sambil kening diangkat. Mereka sekarang berada di sebuah kawasan taman.

" Tenangkan diri? Sambil tu boleh jalan jalan taman ni. " Jihoon mengukir senyuman.

" Awak ni buang masa saya je la. "

Jihoon melepaskan nafas berat. Macam mana nak buat Arissa rasa biasa dengan dia?

" JIHOON !! "

" HA? APA? "

" TU! ADA AIS KRIM! "

Arissa memunjukkan Jihoon sebuah kedai kecil yang menjual ais krim.

" Ais krim? Awak nak ke? "

" NAK! NAK! NAK! "

" Okay, tunggu sini. Saya pergi beli. "

Arissa tersenyum suka. Yeay dapat eskem!

Jihoon melepaskan tawa kecil. Comel betul dia tengok Arissa ni.

Selepas itu Jihoon pergi ke kedai itu untuk membelikan Arissa ais krim.

-

" Arissa? "

Tegur satu suara dari arah belakang Arissa. Arissa memejamkan matanya.

Ah, dia kenal sangat suara ini.

" Eh, Harraz? Hai. " Arissa senyum paksa.

" Awak buat apa kat sini? Sorang aje ke? " Harraz menyoal.

" Saja makan angin. Saya datang dengan kawan. "

" Kawan mana? "

Argh, mamat ni busybody betul la.

" Arissa, ni aiskrim awak. " Celah satu suara.

" Thanks, Ji. "

" Siapa ni Rissa? " Soal Harraz sambil memandang Jihoon tajam.

" Kawan. " Jawab Arissa mendatar.

" Park Jihoon. "

" Harraz Naufal. SEPUPU Arissa. "

Sengaja Harraz menekan ayat 'sepupu' itu.

" Wow, tak sangka saya dapat jumpa 'sepupu' Arissa. Ingatkan tunang atau suami dia ke tadi. " Sindir Jihoon.

Harraz hanya menjeling.

" Dah habis kan sesi kenal kenalan? Kitaorang pergi dulu eh. Jom Ji. "

Arissa menarik tangan Jihoon untuk beredar dari situ. Jihoon hanya mengekori sahaja.

Dalam diam, Jihoon memberikan senyuman sinis kepada Harraz. Memberi maksud 'dia tak layan ko'.

---------------

" So, awak tak nak ke cerita pasal Harraz kat saya? " Jihoon memulakan perbualan.

Sekarang mereka berada di hujung taman sedang menikmati aiskrim yang dibeli Jihoon sebentar tadi.

" Tak nak lah. Malas. "

" Ala cerita la. Saya nak tahu juga. "

Arissa mengeluh.

" Harraz tu sepupu saya. Mummy dia kakak mama saya. Dia pun rapat dengan mama. Tapi saya tak suka dia. Sebab dia suka busybody tentang hal saya. Lepas tu report macam macam dekat mama. Mentang mentang lah dia je orang lain yang mama percaya. And yang paling saya benci, dia pernah sepakat dengan mama nak kahwinkan saya dengan dia. Saya tak nak. "

Luah isi hati Arissa. Setiap kata bait Arissa, Jihoon hanya mengangguk. Dia faham apa yang gadis itu alami.

Nampaknya sekarang Jihoon sudah ada saingan baru!

73010 // pjhWhere stories live. Discover now