Bab 1

327 30 8
                                    

"Auch!" Keluhan kesakitan terlepas di bibir Najiha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Auch!" Keluhan kesakitan terlepas di bibir Najiha. Dia mengadu sakit. Sebelah tangan naik menyentuh bahunya yang baru ditumbuk.

"Jiha okay tak ni?" Muaz menyoal tatkala melihat Najiha jatuh menyembah lantai. Dia duduk melutut di tepi gadis itu. Seketika, kepala mendongak memandang Jannah yang berdiri di depan mereka.

"Apa kau buat ni Jane? Kenapa salah tumbuk?" Tajam mata Muaz menikam anak mata Jannah. Kembali kepada Najiha, Muaz sentuh perlahan bahu yang terlindung di sebalik baju itu.

"Sakit ke?" Soalnya lagi prihatin. Risau kalau Najiha cedera teruk di dalam sana.

"Tak apa, sikit je abang. Lagipun kak Jane tak salah. Jiha yang terelak tadi sampai kena bahu." Najiha tak mahu Muaz salahkan Jannah atas salah wanita itu. Mana tidaknya, sewaktu Jannah mahu sasarkan kepada dia boleh pula dia lari fokus tatkala melihat seseorang melangkah masuk ke dalam bilik latihan.

Selepas saja dia jatuh terduduk tadi, Hezra juga datang menghampiri. Berdiri tidak jauh di belakang Muaz memerhatinya.

"Kak Jane minta maaf."

Najiha tersenyum nipis. "Kak Jane tak salah. Jiha yang teralih fokus kejap tadi." Wajah langsung menoleh memandang sekujur tubuh yang sedang berdiri di belakang Muaz.

"Berhenti latihan. Pergi berehat dulu. Dah tak sakit nanti baru sambung latihan balik." Muaz berikan arahan. Dia menoleh ke belakang pula.

"Hez, tolong uruskan Jiha. Sediakan ais. Nanti bagi Jiha tuam dekat bahu dia. Aku takut bahu dia bengkak." Arahan Muaz kepada Hezra pula. Hezra angguk kepala turuti arahan Muaz.

Kepala Najiha terus terdongak memandang Hezra. Bukan dia tak perasan yang Hezra seolah- olah cuba nak mengelak daripada dia. Tapi bila dapat arahan daripada Muaz terus dia tak dapat lari.

"Kau Jane, rehat juga. Nanti kita sambung balik." Sejurus, Muaz berjalan meninggalkan mereka.

Tinggal mereka bertiga di ruangan latihan itu. Jannah terus menunduk membantu Najiha bangun berdiri. Mulutnya tak berhenti dari meminta maaf.

"Jiha okay. Jangan risau." Najiha jatuhkan tangan Jannah yang menyentuh tepi bahunya. Dia terus atur langkah meninggalkan mereka.

"Awak okay?" Soal Hezra melihat wajah serba salah Jannah. Dia tahu Jannah tak sengaja tertumbuk Najiha tadi. Najiha sendiri mengaku salah dia tidak fokus sewaktu latihan tadi.

"Saya okay. Hez jangan risau. Hez pergilah uruskan Jiha dulu. Nanti mengamuk pula tuan awak tu." Jannah maksudkan Muaz. Berdepan dengan kemarahan Muaz, lain yang bakal jadi nanti.

"Okay. Saya pergi dulu." Hezra minta diri. Dia mengatur langkah meninggalkan Jannah. Najiha sudah jauh di hadapan. Laju dia mengejar langkah gadis itu.

"Tak padan sakit tapi jalan laju."

Najiha melirik ke sebelah melihat Hezra sudah berjalan beriringan di sebelahnya.

"Jiha sakit bahu. Bukan sakit kaki. Takkan buta pulak." Selamba Najiha menjawab. Walhal dalam hati sedang bergelodak dengan rasa cemburu. Bukan dia tak perasan sewaktu Jannah dan Hezra berbicara tadi. Bukan main melebar senyuman di wajah gadis itu.

PILIHAN HATIKUWhere stories live. Discover now