[ 𝑵𝒊𝒏𝒆𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑲𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑

Начните с самого начала
                                    

Seorang lelaki memakai topi hitam sedang menunggunya di bangku pelawat.

Kytor tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana dia memakai mask hitam. Siapa dia?

Setelah Kytor duduk, perlahan lelaki itu membuka mask hitamnya. Dia senyum.

"Hai, Kytor."

Mata terpaku melihat wajah lelaki tersebut.

"Kau.."

"Hidup lagi?" Dia menyambung ayat remaja itu.

Kytor terus bangun dengan wajah marah, tetapi ditahan dua perawat lelaki tersebut. Dia duduk kembali.

"What? Kau marah? Oh Kytor! Kau dah masuk dalam pun. Kau tak boleh buat apa."

Dia tiba-tiba ketawa.

"Aku nampak sendiri aku bunuh kau." Kytor berkata dingin dan merasa keliru.

Remaja lelaki itu ketawa besar.

"Pfft! Ha ha ha! Itu ilusi kau, bodoh. ILUSI. Mesti kau pelik kan? Hm.." Dia menongkat dagu seraya membuat muka kesian.

Kytor mulai sedar.

"Apa kau dah buat kat aku?"

"Takde cuma letak sikit je lah," katanya seraya menunjukkan isyarat jari 'sedikit.'

Kytor cuba mengingat kembali. Dia berasa keliru setelah dia dipukul wanita itu.

"Kau yang mengaku sendiri." Dia tersenyum.

"Apa kau bagi kat aku bodoh!" Gigi dikacip-kacip. Bebola matanya terasa seperti menanti saat untuk tersembul keluar. Dia mencerlung tajam remaja lelaki tersebut.

Dia ketawa,"Nak tahu ke?"

Remaja lelaki itu mendekati dan membisik.

"Dadah."

Kytor mendengus marah lalu bangun. Dua orang perawat bertubuh besar menahan remaja itu.

"Setan! Kau memang SETAN!!"

Kytor tidak dapat lagi menahan kemarahannya yang semakin meledak. Saat dia ingin mencapai matlamat, ada sahaja yang menghalang. Terutama sekali sekarang. Dia menderita. Menderita jika lelaki itu masih lagi hidup. Dia tidak mahu lelaki itu hidup dengan aman selepas membunuh kawan baik nya sendiri.

Hafiz.

Kytor di dudukkan kembali. Api kemarahan masih lagi tersimpan di dalam dada. Dia sudah mengerti mengapa tiba-tiba dia keliru, tidak boleh membaca dan pandangan dia kabur waktu kejadian itu. Kerana dadah tersebut.

Wanita itu meletakkan dadah di makanannya.

Remaja lelaki itu senyum menyerot memandang Kytor.

"Jangan risau, nanti okay lah tu. By the way, cantikkan plan aku? Kau senang terpedaya mommy aku berbaik dengan kau." Dia ketawa lagi.

Kedua mata Kytor masih dengan cerlungan tajam. Menunggu untuk membaham si mangsa.

"Rileks lah. Aku cuma nak harta kau je. Harta arwah mak kau."

Kytor tidak mengerti.

"Mesti kau tak tahu kan? Sebab tu kami target kau."

"Kenapa kau bunuh dia, kalau kau target aku?" Urat lehernya semakin menegang.

"Sebab dia punca menghalang plan mommy aku nak dapat kau. That's why..

Dia membisik, "I killed him."

Air mata Kytor bergenang dalam kemarahan. Dia teringat saat kali terakhir sahabatnya hidup.

Reminder: Ingat chapter 5 & chapter 8?

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Место, где живут истории. Откройте их для себя