"Puas hati ke?" Bukan terasa sakit malahan Yarid semakin memprovok Jibrail bersama senyuman sinisnya.

Jibrail mencengkam kolar baju Yarid sambil anak matanya tajam merenung wajah lelaki di hadapannya itu.

"Dengar sini Jibrail, kau tu orang luar yang menyibuk masuk campur hal keluarga aku. Kau tak layak untuk halang apa-apa yang aku buat. Aku nak bunuh ke—"

"Yang kau nak bunuh tu isteri aku." Bidas Jibrail tegas. Yarid tertawa kecil sebelum menolak kuat tubuh sasa Jibrail supaya melepaskan kolar bajunya.

Darah yang mengalir dari bibirnya yang pecah akibat ditumbuk Jibrail tadi dijilat.

"Isteri? Dia tu dah macam pelacur, kau rasa dia layak jadi isteri kau—"

BUK

BUK

BUK

"Ya Allah! Sayang! Abang! Apa masalah korang berdua ni?" Yasmeen yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat perbalahan antara suami dan abangnya.

Lagi-lagi apabila melihat Jibrail menumbuk kuat wajah Yarid namun tidak dilawan oleh lelaki tersebut. Jibrail mengabaikan Yasmeen dan mahu memberikan hentaman padu pada wajah Yarid lagi namun tindakannya terbantut saat tiba-tiba sahaja pintu ward dibuka dari luar.

Yazir memerhati mereka berdua sebelum memandang ke arah Yasmeen.

Jibrail bernafas kencang sebelum melepaskan kolar baju Yarid. Lelaki berambut panjang itu mengerutkan dahi menahan sakit akibat ditumbuk Jibrail.

"Korang ni kenapa? Jibrail?" Yazir menyoal sambil mendekati Yasmeen. Gadis itu masih kaku tidak bergerak cuba menghadam hal yang berlaku sebentar tadi.

Yarid merenung tajam wajah Jibrail, suami Yasmeen itu mendekatkan wajah pada telinganya sebelum berbisik lembut hanya mereka sahaja yang mendengarnya.

"Kau dengar sini iblis, aku tak akan pernah lepaskan kau." Ujar Jibrail dengan sangat perlahan, Yarid hanya membisu.

Tangan terkepal kemas menahan rasa mahu menghentam balas wajah tampan Jibrail.

"Sayang." Yasmeen memanggil Jibrail saat lelaki itu terus keluar dari ward tanpa melihat ke arahnya. Kaki laju berjalan menuju ke arah Yarid sebelum wajah lelaki itu dipegang lembut.

"Ya Allah abang kenapa boleh jadi macam ni?" Soal Yasmeen sambil melihat wajah lebam Yarid. Yazir hanya membisu sambil melihat dua orang adiknya, dirinya dijentik dengan rasa pelik apabila melihat Jibrail tadi.

Lelaki itu seperti mengetahui sesuatu.

Dan mengapa lelaki itu sampai ke tahap menumbuk wajah abang ipar sendiri?

JIBRAIL mengetap gigi sambil memejamkan rapat kelopak mata tatkala teringat akan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Haikal sebentar tadi.

'Kita tak ada bukti yang mengatakan abang ipar kedua kau tu dalang semua ni. Sebab semua suspek mati tanpa sempat kena soal siasat. Bukti pun tak jelas. Kau tahu tak yang dia boleh saman kau nanti?'

Kelopak mata dicelik luas sebelum bebola matanya tertumpu pada Yasmeen yang sedang tidur lena di atas katil selepas sahaja makan tadi.

Sempat disoal gadis itu akan hal petang tadi namun Jibrail tetap lah Jibrail, selagi mampu buat tidak peduli selagi itu dia akan buat seperti tidak ada apa-apa.

Yasmeen pula tidak mendesak dan seakan faham dengan cara Jibrail.

Lantaklah jika dipandang serong oleh Yasmeen mahupun Yazir, asalkan dia dapat puaskan hatinya tadi.

Puas otaknya memikirkan hal ini, Yarid terlalu licik dan pandai bersembuyi.

Seperti bermain dengan ular.

YASMEEN tersenyum lebar apabila melangkah masuk ke dalam rumah, hari ini dia sudah boleh pulang kerana luka semakin mengering.

Jibrail meletakkan beg pakaian Yasmeen sebelum berjalan mendekati isterinya yang sedang duduk santai di atas sofa.

Gadis itu lekas-lekas mendekati Jibrail sebelum kepala diletakkan di atas bahu tegap lelaki tersebut.

"I janji lepas ni, I akan dengar semua apa yang you suruh. I tak nak degil-degil dah." Yasmeen mengucup lembut pipi Jibrail cuba mengambil hati lelaki tersebut.

Jibrail mengerling sekilas Yasmeen yang berada di sebelahnya, berat mahu menerima akan apa yang dijanjikan oleh gadis itu. Susah mahu percaya apatah lagi.

"Sayang..." Rengek Yasmeen saat Jibrail seakan tidak peduli akan dirinya, lelaki itu memalingkan wajah melihat Yasmeen sebelum anak mata membalas renungan gadis tersebut.

"Boleh percaya ke?" Soal Jibrail sambil memandang Yasmeen sambil menjungkitkan kening buat beberapa kali.

Bukan tidak mahu percaya namun gadis itu sudah banyak kali tidak akur akan arahannya.

"Ya you boleh percaya I kali ni sayang. I tak buat dah." Jibrail mengangguk faham walaupun masih ada rasa was-was.

"Saya masih kurang percaya. Kalau awak nak saya percaya awak, kiss dulu." Terkeb-kebil Yasmeen apabila Jibrail mengatakan hal sedemikian.

Wajah suaminya itu ditatap lama seakan pelik dengan lelaki tersebut. Jibrail menjungkitkan kening apabila dipandang lama oleh Yasmeen.

"Seriously?" Soal Yasmeen tidak percaya, setahunya lelaki itu jenis pendiam dan tidak suka hal hal romatis kerana sudah hampir sebulan mereka kahwin ini Jibrail tidak pernah berkelakuan seperti itu.

"Tak nak sudah—" Jibrail mengukirkan senyuman manis apabila pipinya tiba-tiba sahaja dikucup oleh Yasmeen.

"You kekal je macam ni tau. Tak payah beku-beku dah. Menakutkan." Kutuk Yasmeen sambil menyandarkan penuh tubuhnya pada tubuh sasa Jibrail.

Lelaki itu hanya mencebik sebelum memeluk tubuh kecil isterinya.

—LH—

The ultimate measure of a man is not where he stands in moment of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy.

Milik JibrailDonde viven las historias. Descúbrelo ahora