Emyr diam seketika. Rambutnya diraup kebelakang. Dia yang tadinya duduk di birai katil bangun lalu dia menuju ke balkoni biliknya.

"Ede apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan kau." Ujar Emyr setelah lama dia berdiam.

Edeline tersenyum sahaja dengan ayat manis Emyr.

"Ya, I tahu. I pun sayangkan you." Balas Edeline.

Liyyan yang kelihatan sedang melangkah kearahnya tersenyum lebar. Tangannya penuh dengan makanan yang dia beli di cafe berdekatan dengan hospital tempat dia bekerja.

"Emyr, I tutup dulu tau. Liyyan dah sampai." Kata Edeline.

"Hmm, goodnight mummy"

Telan liur Edeline bila Emyr menggelarnya dengan panggilan tersebut. Dasar Emyr.

"Goodnight sayang."

Serta merta perbualan mereka terhenti.

"Emyr, aunty merayu dengan Emyr. Jangan ambil Edeline dari hidup aunty. Edeline satu-satunya yang aunty ada di dunia ni."

Kata-kata mummy Edeline terngiang-ngiang di telinganya. Itu adalah permintaan mummy Edeline sewaktu dia bertemu dengannya. Mummy dan mamanya minta hal yang sama namun dia belum sedia nak berpisah dengan Edeline.

...

Liyyan dan Edeline menikmati burger yang dibeli olehnya tadi. Dia perhati sahaja cara Edeline yang nampaknya seperti tak makan sehari.

"Ede, kau bukan baru balik dari rumah Emyr ke? Kau tak makan dekat sana ke?" soal Liyyan dengan pelik.

Edeline menghabiskan kunyahannya. Cola yang berada di atas kerusi diambil dan diteguk dengan rakus. Saat ini mereka berada di luar hospital. Kebetulan ada tempat berehat yang disediakan.

"Aku tak sempat makan dekat sana. Mama Emyr jatuh sakit dengan tiba-tiba." Beritahu Edeline.

Liyyan menganggukkan sahaja kepalanya. Patutlah nampak kebulur sangat rupanya tak sempat makan.

"Mama Emyr okey tak? Garang?" soal Liyyan ingin tahu.

"Okey je aku nampak tapi itulah aku tak sempat nak kenal lama sebab kesihatan mama dia." Jujur dia kecewa kerna tak sempat nak berbual panjang.

"Biasalah orang dah berusia."

Perbualan mereka terhenti. Mereka menyambung semula kunyahan mereka yang tergendala tadi.

"Ede, hubungan kau dengan Emyr okey ke?" soal Liyyan.

Edeline memandang pelik ke arah Liyyan. Kenapa pula perempuan ni tanya macam tu?

"Okey je, kenapa?"

"Ede kau tahu tak sekarang ni kau bercinta dengan siapa?"

"Dengan Emyr lah." Balas Edeline selamba.

Liyyan menggulingkan matanya. Apa ke bengap Edeline ni.

"Dahlah kau. Aku nak masuk, banyak kerja lagi nak dibuat." Bungkusan makanannya dikumpul lalu dia berdiri dari duduknya. Malas nak layan perangai bengap Edeline.

"Nak masuk dah ke? Aku baru nak berborak dengan kau."

"Aku makan gaji, tak macam kau boss besar." Kata Liyyan dengan datar. Hal itu mengundang gelak besar Edeline.

"Aku masuk dulu. Kau terus balik, jangan nak singgah mana-mana lagi." Pesan Liyyan. Edeline menganggukkan kepalanya. Dia melambaikan tangannya sebagai salam perpisahan.

Setelah bayangan Liyyan hilang, Edeline melunjurkan kakinya dan tangan dibawa ke belakang menyokong badannya. Dia memandang langit yang terbentang luas.

EMYR EDRA Where stories live. Discover now