Telefon rosak? Huh?

Padahal dia sendiri yang offkan telefon Ayra semalam selepas dia puas diselongkar segalanya. Nombor telefon Ayra juga sudah ditukar olehnya kerana tidak mahu lagi ada lelaki yang menghubungi isterinya.

"Ouh patutlah. Mummy ada dengan daddy tak sekarang? Daddy bagi la phone dekat mummy Hayla nak cakap dengan mummy."

Rengek Hayla.

"Daddy tak sure la mummy dekat mana. Erm... sekejap lagi daddy call lain okay, princess."

"Okay. I love daddy."

"Love you too princess."

Balas Hayden sebelum mematikan panggilan telefon tersebut.

Hayden keluar dari biliknya menuju ke arah bilik Ayra. Pintu diketuk sebentar sebelum dibuka. Dia melihat di sekitar bilik Ayra. Tiada bayangan Ayra langsung di dalam bilik tersebut.

Hayden mula cari Ayra di bawah. Sampai saja dia di bawah, Hayden terdengar suara ketawa Ayra dan suara Asyraf, anak lelaki jirannya. Wajah Hayden terus berubah.

Tangannya digenggam kuat di sisi tubuhnya. Hayden melangkah laju ke arah luar.

Buka saja pintu dia melihat Ayra dan Asyraf berbual di depan pagar rumahnya. Cepat saja dia berjalan mendekati kedua mereka yang sedang seronok berbual.

"Ayra!!"

Panggil Hayden. Suara Hayden yang agak kuat itu membuatkan Ayra dan Asyraf tersentak.

"Assalamualaikum, uncle." Kata Asyraf sambil menyalami tangan Hayden.

"Walaikumsalam."

Balas Hayden lalu tangannya terus melingkari pinggang Ayra dan merapatkan jarak mereka. Ayra yang sedar dengan sikap suaminya itu, terus menamatkan perbualnnya dengan Asyraf.

"Asy, bagitahu aunty terima kasih ya dah berikan kuih ni. Sorry, tak dapat nak balas balik."

Kata Ayra sambil menunjukkan bekas makan yang ditangannya.

"Ya. Tak perlu balas la Ayra. It's okay. Erm... saya balik dulu ya. Uncle. Ayra, nanti kita sambung sembang lagi."

Menatap sikap Asyraf kepada Ayra membuat hati Hayden terasa sangat panas. Bagaimana mereka boleh serapat ini. Sehingga boleh berbual ketawa bersama.

Dia tahu yang umur mereka hampir sebaya. Tetapi dia tidak mahu Ayra mendekati Asyraf.

What are you doing to me Ayra. Jampi apa yang Ayra berikan kepadanya sehingga membuatkan dia sangat marah apabila melihat Ayra bersama anak lelaki jirannya yang dia sudah kenal lama.

Masuk saja ke dalam rumah Ayra berjalan menuju ke dapur untuk meletakkan bekas makan yang diberikan Asyraf sebentar tadi dan membawa air kepada suaminya.

Selepas Ayra meletakkan air di hadapan Hayden yang berada di sofa pinggangnya disambar oleh lengan Hayden. Punggung dilabuhkan di atas paha Hayden.

Jemari Hayden jatuh ke dagu Ayra sebelum ditarik merapatinya lalu diragut bibir Ayra dengan agak kasar. Dia sudah cuba sedaya upaya untuk mengawal kemarahannya kepada Ayra.

Tetapi apakah daya kemarahannya akhir meledak juga.

Tangan Hayden memeluk ketat pinggang Ayra. Ayra yang terkejut dengan serangan Hayden itu mencengkam bahu Hayden sebentar sebelum menerima ciuman itu.

Ciuman Hayden yang rakus menguasai seluruh bibir dan mulutnya membuatkan Ayra merasa lemas dan tidak cukup nafas. Apabila Hayden melepaskan ciuman mereka, dia rasakan tubuhnya seperti mencair.

My Hot 'Daddy' (HIATUS)Where stories live. Discover now