BAB 27

293 33 2
                                    

Markas sindiket berjaya diserbu.

Kuala Lumpur - Markas sindiket pemerdagangan manusia yang berjaya menggemparkan Malaysia telah berjaya diserbu oleh pihak polis pada Ops yang berlangsung malam tadi. Kira-kira 15 wanita dalam lingkungan awal 20-an dijumpai dalam keadaan separa bogel. Malangnya, seakan sudah membau ops yang dilancarkan malam tadi, sindiket yang terlibat tidak dijumpai di lokasi serbuan.

MAKSUDNYA sindiket tu hanya tinggalkan beberapa orang wanita sahajalah kan? Sebab mangsa sindiket ni bukan seorang, dua. Waktu aku di sana pun aku boleh dengar bunyi jeritan dan tangisan bersahut-sahut menandakan betapa ramainya wanita yang ditempatkan di situ.

Nak kata pihak polis dah tersalah serbu markas sindiket lain pun tak juga. Sebab dari gambar yang dilampirkan tu, memang sah yang diserbu pihak polis malam tadi adalah markas yang betul.

Aku kenal tempat tu. Susun aturnya sebiji dengan tempat aku diperam selama 4 hari dulu. Dulu?

Aku dengan Arjuna dah masuk sebulan setengah kahwin. Jadi rasanya bolehlah aku guna perkataan dulu tu. Hehe.

Apa cerita kami lepas balik bercuti di Langkawi tempoh hari?

Tak ada apa yang istimewa. Hanya hari-hari biasa yang terkadang buatkan aku rasa seperti nak menjerit kerana terlalu bosan dengan hidup yang sekarang ni. Jadi suri rumah sepenuh masa buat Arjuna memang mudah.

Arjuna tak banyak kerenah dan masalah. Cis! Cara aku cakap macam Arjuna tu budak umur setahun pula kan?

Tapi itulah apa yang aku rasa selama aku bergelar suri dalam rumah ni. Senang dan tenang. Arjuna tak susah untuk dijaga. Arjuna hanya minta aku untuk masak dan jaga rumah semata. Soal membeli barangan dapur dan lain-lain, Arjuna sendiri yang akan uruskan.

Cuma bab beli barang dapur tu, memang Arjuna akan bawa aku sekalilah.

Arjuna yang aku kenali selama sebulan setengah ni buatkan aku rasa begitu nyaman dengannya. Arjuna sangat memahami dan bertolak ansur dengan aku. Ada masanya aku akan dilanda kemalasan yang teramat sangat sampaikan nak bangun dari katil pun aku malas.

Arjuna lah yang akan uruskan hal rumah dan makan kami bila aku dapat penyakit yang sangat membinasakan tu. Balik je dari pejabat, Arjuna akan terus singgah mana-mana kedai untuk tapau makanan buat kami berdua.

Selesai makan, Arjuna akan uruskan rumah pula. Kemas rumah yang tak adalah bersepah manapun memandangkan kami hanya tinggal berdua. Tak ada siapa yang nak buat sepah. Arjuna hanya kemas sikit-sikit. Sapu dan mop lantai sekadar buat syarat. Kemudian masukkan baju kotor kami ke dalam mesin basuh untuk aku basuh esok atau bila-bila.

Kenapa esok atau bila-bila? Sebab mesin basuh tu mesin basuh saiz family besar punya. Sedangkan kami hanya tinggal berdua. Berapa pasang sangatlah baju kotor kami kalau setakat dikumpul dari sehari atau dua hari yang lepas?

Selalunya aku akan basuh baju 3 hari sekali. Itupun tak berapa nak penuh lagi mesin basuhnya.

Terus tegak badan aku bila aku dengar bunyi kata laluan yang sedang dimasukkan dari luar. Aku terus belek rupa aku dalam cermin sebelum aku berlari anak menuruni tangga terus ke tingkat bawah.

Sampai di tingkat bawah, aku terus tersenyum bila lihat Arjuna yang baru melangkah setapak masuk ke dalam rumah bersama dengan plastik merah beg kertas yang pastinya berisi makanan yang aku pesan dekat Arjuna tadi pagi.

Arjuna tersenyum bila lihat muka aku yang dah bercahaya bila tengok apa yang dibawanya. Arjuna melangkah ke arahku sebelum beg tadi diserahkan kepada aku.

“Terima kasih tolong carikan durian crepe ni untuk saya.” Aku sengih pada Arjuna.

Inilah benda yang buatkan aku asyik menggedik dengan Arjuna dari malam tadi sampai ke pagi tadi sebelum Arjuna pergi kerja. Durian crepe!

ARJUNA ✔️Where stories live. Discover now