BAB 16

342 27 7
                                    

“SENTUH dia? Aku? Untuk apa? Bakal isteri aku berjuta kali ganda lagi cantik. Dara pula tu… Buat apa aku nak sentuh dia kalau aku ada kau?” Arjuna kerling nakal tubuhku sekilas sebelum kembali merenung ke dalam mataku. Tajam.

Aku diam. Menunggu Arjuna untuk beritahu niat sebenarnya.

“Aku boleh beli dia dan lepaskan dia balik ke pangkuan ibu bapa dia kalau kau setuju untuk pujuk ibu dan abah kau supaya izinkan kau kahwin dengan aku.”

 Ya Allah! Tawaran yang sebenarnya hanyalah sebuah jerat. Harta kekayaannya digunakan untuk menjerat aku yang sudah pastinya akan buat apa saja untuk selamatkan Azlin. Aku tak mahu Azlin tetap di sini. Aku tak mahu dia terus diratah Jai padahal hatinya sudah terdetik keinginan untuk bertaubat.

Tapi Arjuna...

"kenapa awak buat saya macam ni, Arjuna?"

Sekarang aku betul-betul rasa seperti nak menangis dan menjerit sekuat hati kerana begitu kusut dengan situasi sekarang. Lelaki ini sangat licik orangnya. Arjuna tahu cara untuk buat aku buntu. Untuk buat aku terjerat di antara dua pilihan.

“Aira… Kau tak bosan ke tanya soalan yang sama dari tadi? Kau hanya perlu bagi aku jawapan, yes or no. Kalau yes, aku akan beli kawan kau dan kau kena kahwin dengan aku. Kalau no, kau akan jadi bibik aku untuk seumur hidup kau dan kawan kau akan terus ada dekat sini sampai dia mati. Kalau nasib dia baik, dia boleh bebas lepas polis tangkap kepala sindiket ni.”

“Kenapa awak tergila-gila sangat nak kahwin dengan saya sampai sanggup buat semua benda ni, Arjuna? Awak boleh jadikan saya kuli batak awak, hamba abdi awak. Tapi kenapa isteri?” Dahi aku dah berkerut-kerut. Hati dah mula dilanda mendung.

Tertekan.

“Sebab kau special…”

“Apa yang special? Saya hanya perempuan yang awak jumpa awal bulan lepas. Yang hanya sempat bersembang sikit dengan awak. Awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak. We don’t know each other.”

Arjuna tersenyum.

“Kau boleh kenal aku lepas kita kahwin. Dan aku boleh kenal kau lepas kita kahwin. We will learn and know about each other.”

You’re mad, Arjuna,” kataku. Kepala aku sudah tergeleng-geleng beberapa kali. Aku tak percaya wujud manusia sepertinya dengan pemikiran sepertinya di dalam dunia ini. Sungguh tak percaya dan tak boleh diterima akalku.

I am. I’m surely am.” Arjuna anggukan kepala sambil tersenyum. Senyuman jahat!

Stop thinking, Aira. Just freaking accept it. Sebab nak atau tak, kau tetap akan jadi milik aku. Bukan milik ustaz tu. Lagipun kau takkan biarkan kawan kau dekat sini. Mungkin kita baru kenal, tapi kau sangat senang untuk dibaca, Aira. Perempuan baik macam kau selalunya bodoh. Kau akan tolong orang dan hancurkan hidup kau sendiri.” Arjuna berjeda seketika.

“Tapi untuk pertahankan pihak aku… Aku boleh cakap pada kau sekarang, yang aku takkan boleh  janji kau akan bahagia dengan aku. Macam yang kau kata, kau tak kenal siapa aku. Mungkin saat kau kenal aku, kau akan terus tinggalkan aku meski jika waktu tu kau bahagia bersama aku. Tapi aku boleh janji yang aku akan bela hidup kau. Kau tak perlu kerja lagi. Aku akan tanggung kau. Keselamatan kau akan terjamin bila kau bersama dengan aku. Kau akan aku jaga dengan segala cara yang ada.” Arjuna bersuara lembut dan tegas. Bagaikan sebuah jani yang dilemparkan kepada aku.

Aku diam.

Mata Arjuna aku tatap buat beberapa ketika lagi. Arjuna kelihatan begitu ikhlas saat dia berjanji tadi. Pandangan matanya pun berubah redup buat beberapa ketika. Dan pandangan Arjuna tadi berjaya untuk buat aku lebih tenang. Pandangan itu seakan sedang menyampaikan bahawa aku akan selamat dengannya. Tak ada apa-apa yang buruk akan berlaku.

ARJUNA ✔️Where stories live. Discover now