Datin Fauziah keluar meninggalkan Wardah dalam bilik itu. Wardah segera ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Seusai solat, dia melipat sejadah dan diletkkan ke tempat asal. Sekeliling bilik dia perhatikan. Tipikal seorang lelaki bujang serba kelabu dan putih.

Sebuah kabinet rona putih dipenuhi dengan frame gambar Wardah hampiri. Terpampar wajah gembira masing-masing dalam gambar itu.

Satu frame gambar Amir Asyraf dia angkat. Lelaki itu, berkot putih doktornya dengan alat stethoscope tersangkut dileher. Universiti Malaya.

Ohh keluaran universiti tempatan rupanya. Mata lelaki itu sedikit sepet apabila senyum. Mata itu mesti diwarisi daripada Datin Fauziah yang ada keturunan cina Sabah.

Wardah baru sedar yang dia masih dalam bilik lelaki yang bukan muhrim terus ke pintu bilik. Baru saja hendak membuka pintu, perut dia memulas lalu dia menukar arah ke bilik air tadi.

Amir Asyraf yang baru tiba ke rumah langsung menuju ke biliknya. Perjalanan jauh yang memakan hampir dua hari menyebabkan badan dia letih.

Bagasi kecil dia letak di hujung bilik.  Tuala mandi dia lilit dipinggang sebelum membuka pakaian. Dia nak bersihkan diri sebelum menuaikan solat zohor.

Saat Amir Asyraf hendak menolak pintu bilik air tiba-tiba ada satu tangan menarik pintu itu dari dalam. Dia terpaku seketika apabila nampak figura seorang wanita di dalam bilik air itu. Yang lebih parah lagi, wanita itu ialah Wardah.

"Aaahhhh...!!" Wardah yang terkejut dengan kehadiran Amir Asyraf dihadapannya.

Amir Asyraf tanpa amaran menutup mulut Wardah yang sedang menjerit. Jeritan Wardah mungkin boleh mengundang sesiapa sahaja ke bilik itu. Dengan keadaan mereka sekarang ini, dia tidak mahu apa apa yang buruk terjadi.

"Hushh.. Jeritan awak tu nanti orang lain fikir apa pulak."

"Awak buat apa dalam bilik abang? Tak sabar nak kahwin dengan abang ke?" Soal Amir Asyraf tapi sempat diperli Wardah.

Dia sebenarnya terkejut tapi tak mahu tunjuk. Tak macho la kalau dia pun jerit sekali. Hilang separuh rasa letih apabila me dengar jeritan nyaring Wardah.

Wardah yang berasa dikena dia berada di situ terus menolak tangan Amir Asyraf yang menekup mulutnya lalu menuju ke pintu bilik.

"Ummi bagi saya tumpang solat dan saya guna bilik air Doktor Amir tadi. Ummi cakap Doktor Amir tak ada di rumah. Lagipun bilik lain sudah occupied. Terima kasih." Sempat dia jelaskan dan mengucapkan terima kasih pada Amir Asyraf.

Setelah keluar dia berdiri tegak di hadapan pintu sambil menenangkan jantung yang berdegup laju.

Terkejut lelaki itu ada depan mata satu hal, lelaki itu hanya bertuala separa pinggang nampak habis badan berotot itu satu hal. Tapi boleh tahan juga badan lelaki itu.

Arghh.. Wardah menjerit dalam hati. Macam mana nak berdepan dengan lelaki itu nanti. Malu.

Amir Asyraf tersenyum dalam diam melihat kekalutan Wardah yang dia rasakan comel itu. Doktor Amir ya awak panggil abang. Kita tengok sampai bila nak berdoktor.

Amir Asyraf segera membersihkan diri lalu menuaikan solat zohor. Dia berdoa lalu memohon ampun kerana menyentuh wanita ajnabi tanpa lapik. Walaupun keadaan darurat, tapi dia tetap salah menyentuh Wardah tadi.

--

"Wardah, tolong Kak Ina pegang Haikal kejap. Kak Ina nak pergi toilet, rasa nak muntah." Amalina terus menyerahkan anaknya, Haikal berusia 11 bulan pada Wardah dan terus berlari masuk ke tandas yang terdekat.

Sudah TertulisWhere stories live. Discover now