AMIRUL KAIRA | 41

Start from the beginning
                                    

"Cak!"

Terhenti suapan Amirul pada Kaira. Dua pasang mata itu terus menoleh ke arah pintu memandang gerangan yang baru masuk itu.

"Hai ucuk masam abang Hud." Hud bersuara riang. Bunga ros yang berada di tangannya dihulurkan kepada Kaira. Terus melebar senyuman gadis itu.

"Thankyou abang Hud." Bunga yang berada di tangannya itu dihidu. Wangi.

"Assalamualaikum Kaira."

"Kak Sara. Kak Ardell. Kak Fiya pun ada." Qhaisara, Ardell dan Afiya tergelak perlahan mendengar panggilan dari Kaira. Pantas ketiga mereka memeluk badan kecil itu.

"Bila korang datang sini?" Soal Amirul pelik apabila melihat Rayyan dan Hariz yang sudah berada di sebelahnya.

Ni tak lain tak bukan Hud lah yang kecoh. Semua benda dia nak bagitau mereka berdua.

"Pagi tadi."

"Kitorang memang dah lama plan nak datang sini lawat Kaira. Tapi tu lah asyik sibuk je. Ni baru boleh datang." Amirul angguk perlahan. Dia kembali menoleh ke arah Kaira.

Terbit satu senyuman di bibir Amirul apabila melihat Kaira yang tidak henti ketawa apabila berbual dengan isteri rakan-rakannya itu.

"Senyum kenapa tu bang?" Rais menyenggol bahu Amirul. Bukan mereka tidak perasan Amirul yang dari tadi tersenyum. Angau mungkin.

"Lama aku tak tengok dia senyum dan gelak macam tu." Kelima-lima mereka terus menoleh memandang Kaira.

Melihatkan Kaira yang tidak henti ketawa membuatkan kesemua lelaki disitu turut tersenyum nipis.

"Thanks korang."

"Kenapa?" Soal Hariz pelik. Dah kenapa jantan ni tiba-tiba terima kasih. Dah sampai ajal ke apa.

"Sebab datang sini, buat Kaira happy balik." Terdiam lima lelaki itu. Tidak pernah mereka melihat sisi Amirul yang ini.

"Aku rindu nak tengok muka happy dia balik." Amirul tunduk kebawah. Mata dikelipkan, menahan air mata dari terkeluar.

Entah kenapa senang sangat dia menangis sejak Kaira sakit. Cengeng. Air mata ni langsung tak bagi kerjasama.

"Tak payah lah sedih sangat. Kita kan kawan. Takkan lah kau dalam kesusahan, kitorang tengok je. Kata nak jatuh bangun sama-sama." Hud menepuk kuat bahu Amirul.

"Betul tu Mirul. Kita ni dah macam adik-beradik. Sorang sakit, semua sakit."

"Thanks korang."

"Tak payah terima kasih sangat. Kau kalau ada masalah cari je kitorang, bukan pendam." Aizat bersuara selepas lama berdiam diri.

"Ye lah Zat."

"Abang Mirul cengeng eh sekarang. Memang Kaira selalu tengok ke dia nangis?" Kesemua yang berada disitu menoleh ke arah suara itu.

"Tak malu betul, tua-tua pun nangis lagi." Amirul mengepal kuat penumbuknya. Jantan ni cari pasal betul.

"Abang Hud nak ganti tempat Kaira atas katil ni ke?" Soal Kaira polos. Sempat dia melihat wajah kemerahan suaminya yang sedang menahan marah itu.

"Eh ya Allah lupa. Abang Hud kena balik dulu, ada kerja. Nanti abang Hud datang lagi tau. Bye pretty." Laju kaki Hud melangkah keluar dari ward milik Kaira. Niatnya hanya satu, ingin melarikan diri dari singa bernama Amirul.

Ni kalau sekali kena penumbuk lelaki itu, mahunya ke ICU dia. Tak pasal-pasal Kaira dah sihat, dia pula yang sakit.

"Tahu takut."

°•❁•°

"Nathalia, Nathalia." Thaqif merenung gambar Nathalia yang tergantung disebelah gambar milik Amirul dan Kaira.

Pisau ditangannya dimainkan. Gaya dia sekarang tidak ubah seperti seorang psycho.

"Patutnya aku kena bunuh kau dari awal." Pisau yang berada ditangannya dibaling tepat ke arah gambar Nathalia. Senyuman sinis mula terpancar pada wajahnya.

"Tapi takpe. Kau yang pilih untuk cabar aku."

Pistol yang terselit di pinggang diambil sebelum diacukan pada gambar itu.

"Kau yang nak main dengan aku, jadi aku layan je permainan kau."

BAM

Peluru yang dilepaskan oleh Thaqif tepat mengenakan kepala Nathalia. Tawa jahat lelaki itu mula kedengaran di segenap ruang itu.

Anak-anak buahnya hanya menunduk. Tidak berani menata wajah psycho milik boss mereka.

"Sebelum aku bunuh Amirul, aku akan pastikan kau dulu yang mati. Nyawa kau sekarang dalam tangan aku, perempuan."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now